omniture

Archipelago International Lancar Jenama Baharu: Nomad Hostel

Archipelago International
2018-08-13 15:33 803

JAKARTA, Indonesia, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Archipelago International, syarikat pengurusan hospitaliti berpangkalan di Indonesia yang terkemuka, mengumumkan pelancaraan usaha niaga terkini, Nomad Hostel, satu jenama baharu yang menyediakan bilik dan bilik mandi berkongsi berorientasikan penjimatan dan gaya hostel, selain kemudahan orang ramai yang meriah seperti ruang istirehat, restoran, kemudahan dobi dan Wi-Fi berkelajuan tinggi.

Nomad Hostels ialah jenama jimat sepenuhnya yang pertama daripada Archipelago International, turut serta bersama-sama segmen-segmen lain daripada kumpulan tersebut, termasuk favehotel dan Hotel NEO berservis pilihan, Quest Hotel dan Harper yang menjimatkan serta Aston, Alana, Aston Heritage Collection and Kamuela yang mewah.

Nomad Hostel disebut sebagai "penyelesaian pintar untuk pengembara yang tercari-cari penginapan yang bergaya dan selesa namun amat berpatutan." Setiap hostel akan menampilkan reka bentuk unik dengan perkhidmatan profesional, manakala ada juga yang menyediakan kelebihan tambahan seperti ruang berbilang fungsi dengan bilik permainan terhubung, mesin layan diri, kemudahan dobi dikendalikan duit syiling dan kedai kopi awam yang mana para tetamu boleh beristirehat di ruang tempat duduk luar.

Hostel pertama bakal dibuka di Kemang, salah satu daerah paling ikonik di Jakarta untuk hiburan siang dan malam. Dikenali sebagai Nomad Hostel - Kemang, hostel serba baharu itu akan menyediakan 14 bilik, 4 jenis bilik dan 192 katil. Hostel ini juga akan menyediakan bilik rehat dengan permainan pingpong, biliard dan ruang istirehat, selain kedai kopi & bar, gelanggang bola keranjang dan Jakuzi. Hostel sulung itu dibuka pada 8 Ogos 2018.

Presiden dan CEO Archipelago International, John Flood berkata, "Kami berasa amat teruja untuk merintis jalan baharu melalui pelancaran Nomad Hostel. Bukan sahaja Archipelago International akan memulakan satu usaha niaga yang serba baharu, kami juga akan mengukuhkan kehadiran antarabangsa kami dengan tumpuan diberikan terhadap pasaran luar negara pada masa depan. Ini merupakan satu pencapaian hebat dalam sejarah syarikat dan kami berharap dapat memajukan lembaran baharu ini dengan lebih jauh."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nomad Hostel, ikuti jenama ini melalui media sosial di facebook.com/NomadHostel dan Instagram.com/nomad_hostels, atau layari laman sesawang NomadHostels.com.

Latar Belakang Archipelago International 

Archipelago International mengendalikan portfolio terbesar Indonesia melibatkan lebih 135 hotel dengan tambahan 100 hartanah baharu yang sedang dibangunkan di seluruh Indonesia, Caribbean, Filipina, Arab Saudi dan Malaysia. Dengan lebih 18,000 bilik dan 9 jenama di lebih 55 bandar, jenama-jenamanya melibatkan Nomad Hostels, favehotel, Neo, Quest Hotel, Harper, Aston, Alana, Aston Heritage Collection dan Kamuela. Rangkaian hotel terdiri daripada vila ultra mewah hinggalah hotel berservis pilihan.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ArchipelagoInternational.com 

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180425/2114636-1LOGO

 

Source: Archipelago International
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services