omniture

Alami Templestay di NATAS Holidays 2018 di Singapura

Cultural Corps of Korean Buddhism
2018-08-13 15:36 1837

SEOUL, Korea Selatan dan SINGAPURA, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Sekiranya anda ingin mengetahui tentang "Templestay," ini merupakan peluang yang baik untuk mengunjungi NATAS Holidays 2018 yang bakal diadakan selama tiga hari mulai 17 hingga 19 Ogos di Dewan Singapore EXPO. Cultural Corps of Korean Buddhism akan turut menghadiri acara tersebut sekali lagi tahun ini.

Alami Templestay di NATAS Holidays 2018 di Singapura
Alami Templestay di NATAS Holidays 2018 di Singapura

Templestay ialah program kebudayaan unik yang membolehkan pengunjung mengalami kehidupan pengamal agama Buddha di tokong-tokong tradisional yang mengekalkan sejarah Buddhisme Korea yang berusia 1,700 tahun lamanya. Templestay telah meraih perhatian yang hebat daripada Korea dan Singapura apabila ia disiarkan melalui salah satu rancangan TV popular, berjudul 'Superman Returns'. Dalam salah satu episod program berkenaan kembar tiga Song Il-Gook dan anak lelaki penghibur Ko Ji-Yong telah mengunjungi tokong Buddha dan meluangkan masa selama beberapa hari di tokong tersebut bagi mempelajari bagaimana sami menjalani kehidupan, makan dan bermeditasi.

Semasa Ekspo berkenaan, para pengunjung dibenarkan untuk menyertai pelbagai program amali yang menjadi simbol Buddhisme seperti menghasilkan lukisan pada kipas pegang tangan, membuat pelapik bercorak tradisional dan tanglung teratai. Selain itu, cenderamata akan turut diberikan di Ekspo berkenaan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam acara-acara promosi yang diiklankan melalui halaman Facebook rasmi.

Sejak tahun 2017, Cultural Corps of Korean Buddhism telah membangunkan dan melancarkan pakej-pakej pelancongan seperti Templestay di Singapura, Taiwan dan negara-negara yang bertutur dalam bahasa Cina. Dua pakej jelajah yang paling popular ialah dua hari perjalanan untuk mendaki gunung dan Templestay, serta dua hari perjalanan untuk berbasikal dan Templestay.

Ven. Wonkyeong, Pengarah Cultural Corps of Korean Buddhism berkata, "Kami berasa gembira kerana berpeluang menghadiri NATAS Holidays 2018 sekali lagi selepas tahun lalu dan kerana berpeluang memperkenalkan Templestay kepada warga Singapura. Kami telah mempersiapkan pelbagai program pengalaman yang pastinya akan membantu penduduk bandar yang sibuk untuk melepaskan tekanan mereka dan mencapai kestabilan psikologi." Tambah beliau, "Sekiranya anda berpeluang melawat Korea, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengalami Templestay di salah sebuah tokong Korea yang indah."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Templestay di https://eng.templestay.com.

  • Acara : NATAS Holidays 2018 ke-53
  • Waktu & Tarikh : 10:00 pagi - 9:30 malam, 17 – 19 Ogos 2018
  • Tempat : Singapore EXPO, Dewan 3 & 4
  • Laman Sesawang : http://natastravelfair.travel

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180809/2208126-1

Source: Cultural Corps of Korean Buddhism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Travel Religion Future Events