omniture

Miles Software Meterai Perkongsian Strategik Dengan State Bank of Mauritius Group Lancar MoneyWare Seluruh Bank dan NBFC

Miles Software
2018-08-13 22:29 569

MUMBAI, India, DUBAI, Emiriah Arab Bersatu dan PORT LOUIS, Mauritius, 13 Ogos 2018 /PRNewswire/ --

Miles Software, syarikat gergasi Teknologi Kewangan bertaraf Global dalam perniagaan pengurusan Kekayaan, Aset, Portfolio dan Jagaan, hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan SBM Bank (Mauritius) Ltd (SBM) dan SBM (NBFC) Holdings Ltd untuk melancarkan platform teknologi kemegahan mereka, MoneyWare dalam bank dan NBFC.

SBM ialah antara bank-bank terbesar negara di Mauritius. Perkongsian ini menggabungkan visi SBM untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang terkemuka dan paling dipercayai di Mauritius dan selanjutnya, kepakaran pasaran modal Miles, keupayaan platform MoneyWare dalam Kekayaan Persendirian, Jagaan, Penilaian dan Perakaunan, Perkhidmatan Pendaftar, Pengurusan Aset dan Pengurusan Portfolio untuk Pelanggan Pembrokeran.

Samir Khare, Ketua Pegawai Maklumat, SBM (Mauritius) Ltd, menambah, "SBM telah mengukuhkan kedudukannya dalam industri perkhidmatan kewangan serantau dan dengan penglibatan strategik bersama Miles Software ini, pihak bank akan berupaya mengukuhkan kedudukan ini menerusi penyelesaian yang lebih inovatif dan standard khidmat pelanggan yang lebih tinggi. Kami yakin bahawa suit MoneyWare, beberapa modul yang telahpun kami laksanakan dan beroperasi, akan membolehkan SBM menawarkan produk & perkhidmatan kepada pelanggannya dan memberi pengalaman perbankan yang lebih baik. Ini merupakan hubungan strategik yang bertahan lama dengan syarikat teknologi perbankan Persendirian Global dan kami didorong oleh kecemerlangan operasi, kebolehskalaan penyelesaian, kepimpinan pemikiran dan komitmen pasukan mereka."

Milan Ganatra, Ketua Pegawai Eksekutif Miles Software, menambah, "SBM ialah jenama kukuh yang benar-benar mewakili pelanggan luar talian dan dalam talian mereka. Kami kekal komited terhadap strategi kami dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik kami dengan cara berdisiplian yang akan memberi lebih banyak perniagaan dan keuntungan kepada bank. Miles Software melabur ke arah pewujudan jejak yang kukuh di benua Afrika di samping menyediakan asas demi akses yang lebih baik."

SBM Group: SBM Holdings Ltd (sebagai contoh entiti Kumpulan) ialah syarikat pegangan pelaburan kewangan yang tersenarai dalam Bursa Saham Mauritius. Dengan permodalan pasaran sebanyak MUR 23.4 bilion setakat 30 April 2018, SBM Holdings Ltd ialah senaraian ketiga terbesar di Mauritius. SBM Holdings Ltd terlibat dalam perkhidmatan kewangan perbankan dan bukan perbankan serta pelaburan bukan kewangan. Kumpulan ini berada di Mauritius, Kenya, India dan Madagascar.

Miles Software : Syarikat gergasi Teknologi Kewangan bertaraf Global dalam industri pengurusan Kekayaan, Portfolio dan Aset. MoneyWare, produk kemegahan kami menduduki tempat #1 bagi penyelesaian perbankan Persendirian (SLT 2016-18, IBS Intelligence, UK).

Perhubungan Media: 
Nithya Mahesh
nithya.mahesh@milessoft.com

Sumber: Miles Software

Source: Miles Software
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology