omniture

Kaneka secara rasmi mulakan pengilangan berterusan di bawah GMP

Kaneka Corporation
2018-08-14 07:29 3514

Pengeluaran komersial menggunakan kimia aliran bermula Jun 2018 di Kaneka Singapura

TOKYO, 14 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Kaneka Corporation (Ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden: Mamoru Kadokura) telah memasang peralatan pengilangan berterusan untuk diaplikasikan kepada produk-produk farmaseutikal di Kaneka Singapore Co. (Pte.) Ltd, (Ibu Pejabat: Singapura; Presiden: Kazuhiko Yamada) dengan pengeluaran komersial menurut cGMP telahpun dijalankan mulai Jun 2018.

Kaneka officially starts continuous manufacturing under GMP
Kaneka officially starts continuous manufacturing under GMP

Dalam bidang produk farmaseutikal molekul kecil, permintaan terkini telah mula menunjukkan trend ke arah peningkatan bilangan sasaran yang lebih pelbagai dan berjumlah lebih kecil. Dengan perubahan ini, teknologi pengeluaran yang lebih cekap diperlukan bagi menangani keperluan rangkaian sasaran lebih luas. Pengilangan berterusan atau Kimia Aliran, ialah teknologi pengilangan yang membolehkan pengenalan bahan-bahan mentah dengan sedikit atau tiada pendedahan pengendali dan membawakan pendekatan yang mudah, selamat dan senang terhadap pengilangan termasuk tindak balas yang mungkin memerlukan keadaan yang sukar atau berbahaya di bawah keadaan tindak balas kelompok yang biasa. Peralatan kami merupakan reaktor rekaan Kaneka yang unik, mendayakan kepelbagaian aplikasi melalui kebolehan untuk memilih parameter tiub tindak balas berkaitan mengikut makmal dan kajian meluas yang memberikan prestasi tindak balas tertinggi. Kaneka Singapura diberi kelayakan sebagai pengeluar daripada FDA AS *1 pada tahun 2017 dan kami berharap dapat mengaplikasikan infrastruktur pengilangan berterusan ini kepada pelbagai Bahan Permulaan Pengawalseliaan (RSM), Perantaraan dan projek API, termasuk sasaran yang memerlukan pengeluaran GMP *2.

Kaneka mempunyai keupayaan bermula daripada pembangunan proses kepada pengeluaran komersial dengan jaminan kualiti yang cemerlang dan kini kami menyasarkan untuk meluaskan perkhidmatan penyelesaian kami dalam bidang perniagaan Penjagaan Kesihatan dengan menggunakan teknologi baharu ini.

*1 Nama singkatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan. Ia merupakan agensi dalam Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia di AS dan bertanggungjawab untuk mengawal selia proses pengilangan, pemasaran dan pengedaran produk farmaseutikal.
*2 Nama singkatan Amalan Pengilangan yang Baik, garis panduan dan keperluan minimum yang disyorkan bagi menjamin agar produk-produk tekal berkualiti tinggi.

< Kaneka Singapore Co. (Pte.) Ltd. >
Wakil: Ketua Pegawai Eksekutif, Kazuhiko Yamada
Modal Berbayar: 16 juta dolar Singapura
Ibu Pejabat: Singapura
Tahun Penubuhan: 1979
Bidang perniagaan: Jualan dan pengeluaran produk farmaseutikal.

Hubungi:
Alan Walker
Naib Presiden Pharma, Kaneka Americas Holding
(212) 705-4392

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/729329/Kaneka_Press_Release_Image.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/635217/Kaneka_Corporation_Logo.jpg

Source: Kaneka Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion