omniture

Get Ride Lancar Platform Perkongsian Tunggangan berasaskan Komuniti di Mandalay

Get
2018-09-12 19:35 1010

MANDALAY, Myanmar, 12 September 2018 /PRNewswire/ -- Get Ride, platform perkongsian tunggangan berasaskan komuniti tempatan, secara rasminya dilancarkan Mandalay, Myanmar. Get Ride ialah salah satu infrastruktur utama Platform Perdagangan Digital Omnisaluran Get, yang membangunkan infrastruktur ekonomi digital bagi meningkatkan punca pendapatan orang ramai daripada kumpulan berpendapatan paling rendah melalui rangkuman ekonomi.

Get Ride Mandalay Team
Get Ride Mandalay Team
Get Ride Tricycle Fleet
Get Ride Tricycle Fleet

Get Ride telah menguji platformnya dalam versi beta di Mandalay sejak 1 Januari 2018 dan kini mengendalikan operasi Mandalaynya dengan ribuan pemandu menyediakan perkhidmatan tunggangan kepada pelanggan menggunakan motosikal, Tuk-tuk dan kereta. Pada masa kini, Get Ride tidak mengenakan sebarang bayaran daripada pemandu sehingga akhir tahun 2018. Sebagai platform perkongsian tunggangan berasaskan komuniti, Get Ride akan mengenakan bayaran mengikut kadar yang dirangka oleh komuniti pemandu dan pelanggan bermula pada 1 Januari 2019. Get Ride komited untuk menyediakan perkhidmatan tanpa komisen kepada pemandu motosikal sebagai usaha Tanggungjawab Sosial Korporatnya.

Usaha yang lebih hebat untuk meningkatkan taraf hidup pemandu di Myanmar menggesa Get Ride untuk mewujudkan peluang kepada pemandu di Mandalay baru-baru ini untuk memiliki kenderaan tiga roda atau Tuk-tuk memandangkan kenderaan tiga roda semakin pantas menjadi cara yang digemari untuk bersiar-siar di Myanmar. "Sebagai sebuah syarikat tempatan yang diterajui oleh pasukan kepimpinan berpengalaman, Get Ride memahami perkara asas tentang Myanmar dan benar-benar mengambil berat untuk mewujudkan platform perkongsian tunggangan yang menjadikan aspek keselamatan, keandalan, kemudahan dan kemampanan jangka panjang sebagai keutamaannya. Dalam usaha melakukan sedemikian, Get Ride telah meletakkan keutamaan untuk menggaji siswazah tempatan yang baru tamat pengajian dengan sedikit atau tanpa pengalaman bekerja dalam usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada golongan muda Myanmar, yang akan mendapat latihan yang betul tentang pekerjaan tersebut dan membangunkan platform berasaskan komuniti ini dari bawah di bandar-bandar mereka," kata Nyein Chan Soe Win, Ketua Pegawai Eksekutif Get.

Get Ride didorong dengan satu-satunya misi untuk meningkatkan punca pendapatan pemandu dengan meningkatkan pendapatan harian pemandu dan dengan menyediakan pengangkutan awam yang selamat, terjamin dan mudah dengan bantuan teknologi di seluruh Myanmar. Pada masa kini, Get Ride turut menguji versi beta di dua bandar utama yang lain iaitu Yangon dan Monywa serta merancang untuk meliputi 3 bandar tambahan sebelum berakhir tahun 2018. Matlamatnya adalah untuk membangunkan platformnya di kebanyakan bandar Myanmar menjelang akhir tahun 2019.

Latar Belakang Get

Get ialah syarikat Platform Perdagangan Digital Omnisaluran berpangkalan di Singapura, diasaskan pada tahun 2017. Pada masa kini Get mengendalikan jaringan perkongsian tunggangan berasaskan komuniti Get Ride dan Kedai Digital Get platform O2O di Myanmar. Get membangunkan infrastruktur ekonomi digital untuk meningkatkan punca pendapatan orang ramai daripada kumpulan berpendapatan paling rendah melalui rangkuman ekonomi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180910/2232515-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180910/2232515-1-b

 

Source: Get
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion New products/services