omniture

Yayasan Baharu Bakal Perkenal Penyelesaian Untuk Masa Depan Kolaborasi Data Yang Adil dan Selamat Untuk Dunia Kita

EQITII
2018-09-15 08:54 1302

EQITII Foundation dan platformnya, EQITII Marketplace, diperkenalkan hari ini di Singapura. EQITII menetapkan standard baharu dalam pemilikan data dan diasaskan daripada tiga tonggak: Privasi, Sekuriti dan Pampasan. 

SINGAPURA, 15 September 2018 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif EQITII Mike Mulica dan Pengerusinya Tom Wheeler hari ini mengumumkan pengenalan EQITII Foundation dan EQITII Marketplace. En. Mulica dan En. Wheeler kedua-duanya memberi pandangan mengenai EQITII dalam taklimat akhbar di Mandarin Oriental Singapore.

EQITII Marketplace telah dicipta untuk merevolusikan pemilikan data. EQITII Foundation akan menyokong EQITII Marketplace, iaitu pasaran yang bersifat bebas, teragih dan terbuka untuk hak-hak data. EQITII akan memperkenalkan penyelesaian baharu yang percuma untuk dunia, dibangunkan bagi menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh dunia: terlalu banyak data, dalam terlalu banyak bahagian, terlalu kecil dan terlalu terpecah-pecah untuk diurus secara teknikal, sah atau beretika. EQITII Marketplace akan menyediakan model kolaborasi data global baharu untuk semua jenis data. Disokong oleh sebuah yayasan bebas, ia akan berfungsi sebagai pasaran teragih seluruh dunia, dijamin melalui lejar teragih dan dimudahkan melalui kontrak pintar dan saluran pengangkutan rakan-ke-rakan yang selamat. Hasilnya ialah platform yang bebas dan bersifat demokrasi yang akan menawarkan pemerkasaan kepada pemilik data untuk meraih pendapatan daripada data mereka sekaligus menjadikan lebih banyak data tersedia kepada lebih banyak organisasi, membebaskan maklumat yang pernah disekat dan mempercepatkan kolaborasi data di seluruh dunia.

Pengerusi EQITII Tom Wheeler berkata hari ini: "Matlamatnya adalah untuk mewujudkan paradigma baharu yang mana aset modal bagi abad ke-21, data, boleh diurus dengan berkesan dan tetap oleh perusahaan dan pasaran pengguna."

Untuk maklumat lanjut hubungi:
T. Keith Mangum, Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam; +1.808.358.8274, keith@eqitii.com
www.eqitii.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/740820/EQITII_Logo.jpg

Source: EQITII
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services Data Analytics