omniture
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Peres Center Beri Penghormatan Ronald S. Lauder dengan Makan Malam Intim

2018-09-15 22:37

CHEMI PERES, ANAK LELAKI MENDIANG PRESIDEN ISRAEL SHIMON PERES, SAMPAIKAN 'ANUGERAH KEAMANAN DAN INOVASI' KEPADA LAUDER

Pemimpin-pemimpin ternama berhimpun untuk merenungkan warisan Shimon Peres dan memberi penghormatan kepada usaha sepanjang hayat Lauder untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan makan malam yang mesra dan penuh keraian

NEW YORK, 15 September 2018 /PRNewswire/ -- Duta Ronald S. Lauder diberi penghormatan pada malam Khamis lalu dalam sebuah majlis intim yang dianjurkan oleh Peres Center for Peace and Innovation, menjadi penerima keenam bagi Anugerah Keamanan dan Inovasi berprestij, yang diwujudkan oleh mendiang Shimon Peres sendiri. Acara ini turut dianjurkan bersama-sama Persatuan Wanita untuk Keamanan PBB (UNWFPA), sebuah kumpulan pemerkasaan wanita peringkat antarabangsa.

 

Chemi Peres, salah seorang pemodal teroka teknologi yang paling disegani di dunia, anak lelaki Presiden Israel Kesembilan Shimon Peres dan pengerusi lembaga Peres Center for Peace and Innovation menyampaikan anugerah tersebut. Beliau menyebutkan bahawa strok yang dialami oleh bapa beliau, yang menyebabkan pemergian beliau, berlaku tepat dua tahun lalu hingga hari ini. Beliau merenungkan warisan Shimon, hubungan erat beliau dengan Duta Lauder dan makna istimewa majlis tersebut.

"Duta Lauder ialah salah seorang daripada segelintir pemimpin Yahudi yang berani bersuara, yang menyatakan apa yang beliau fikirkan, yang mengambil peduli, yang bertindak di mana-mana juga dan saya amat berbesar hati dapat menyampaikan anugerah ini kepada beliau pada hari ini," kata Chemi Peres.

Duta Lauder turut berkongsi kenangan persahabatan beliau dengan mendiang President Peres termasuk sewaktu beliau membawa dua cucu lelaki beliau untuk bertemu Peres di Israel dan menjelajah bersama Peres ke persidangan nanoteknologi di University of Pennsylvania dan berasa kagum dengan penguasaan beliau tentang isu tersebut. Beliau turut menyebut untuk meneruskan kerja-kerja Peres berhubung penyelesaian dua negeri itu.

"Menjadi kepercayaan asas saya bahawa masa depan Israel adalah melalui keamanan dengan negara-negara jiran Arab kami," kata Lauder. "Dan sehinggalah tiba saat tersebut, apa yang amat membimbangkan saya adalah kita akan terlepas peluang."

Lauder, yang menjadi Presiden Kongres Yahudi Dunia sejak tahun 2007, ialah salah satu suara yang paling berpengaruh di dunia tentang isu-isu Yahudi dan penyokong kuat bagi penyelesaian dua negeri.

Peres Center for Peace and Innovation ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Presiden Israel Kesembilan dan Penerima Hadiah Nobel Shimon Peres.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Michal Grayevsky, JCS International, P: 347-556-5198, office@mg745fifth.com

Noa Grayevsky for RSL Management
Noa Grayevsky for RSL Management

   

Noa Grayevsky for RSL Management
Noa Grayevsky for RSL Management

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=8yoi17erRGg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/744513/0P9A7838_NG_Chemi_Peres_with_RSL_with_the_Award.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/744514/0P9A7728_NG_Chemi_and_RSL.jpg  

 

Source: Mr. Ronald S. Lauder

Featured Video

Related Keywords:

Awards

Broadcast feed announcements

Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us