omniture

PULSUS Group berkolaborasi dengan Anbu Kochi Sumbang untuk Mangsa Banjir Kerala

PULSUS
2018-09-20 11:50 1829

Anbu Kochi ganding bahu dengan PULSUS Group bantu Mangsa Banjir Kerala

SINGAPURA dan LONDON, 20 September 2018 /PRNewswire/ -- Menerusi usaha kemanusiaan, PULSUS Group, dengan kerjasama Anbu Kochi bertindak balas terhadap musibah banjir baru-baru ini yang julung kali terjadi di negeri Kerala, India dengan memberi sumbangan bagi membantu langkah-langkah bantuan dan pemulihan. PULSUS Group mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan dengan menderma pakaian, barangan makanan, ubat-ubatan, sanitasi, produk kebersihan termasuk produk boleh makan (makanan bayi, paket/elektrolit ORS, biskut rusk, biskut) serta produk tidak boleh dimakan (losen antiseptik, serbuk peluntur/serbuk kapur, lampin bayi, lampin dewasa, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi, sabun badan, sabun pencuci, pakaian lama/baharu, tin air, lilin dan kotak mancis). PULSUS Group dan Anbu Kochi mengumpulkan barangan keperluan harian dan bahan bantuan lain demi membantu mangsa banjir Kerala. PULSUS Group dan Anbu Kochi menyokong Kerala dengan membantu mangsa banjir melalui barangan keperluan dan derma.

Di samping itu, semua kakitangan PULSUS Group dengan murah hati mengumpul dana untuk tujuan kebajikan tersebut, Dr. Srinubabu Gedela, Ketua Pegawai Eksekutif, Pulsus & Omics International, mengulas tentang isu berkenaan dengan berkata, "Apa yang dialami oleh Kerala hari ini tidak dapat ditandingi oleh apa-apa bencana yang pernah dilalui oleh negeri tersebut kebelakangan ini. Kami mengambil tanggungjawab sosial untuk menyokong mereka. Pembinaan semula negeri tersebut boleh mengambil masa bertahun-tahun. Setiap rupee dan sumbangan yang didermakan adalah sebagai bantuan untuk kesejahteraan dan menambah baik negeri tersebut. Ingatan dan doa kami mengiringi mangsa banjir, individu tersisih, keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan pada suatu masa tertentu yang memerlukan kami bertindak demi menangani keperluan segera mereka bagi menyediakan tempat perlindungan, mata pencarian dan barangan bukan makanan."

Latar Belakang PULSUS Group: PULSUS Group ialah penerbit ulasan setara dan penganjur persidangan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang beroperasi sejak tahun 1984. Beribu pejabat di Singapura, PULSUS Group mempunyai pejabat-pejabat di London (UK), Ontario (Kanada) dan Chennai, Gurgaon, Hyderabad (India). Diiktiraf oleh persatuan-persatuan perubatan dan persatuan-persatuan saintifik, PULSUS mempromosikan jurnal perubatan berwasit dengan kerjasama persatuan-persatuan perubatan dan persatuan-persatuan saintifik antarabangsa. PULSUS menganjurkan lebih 500 mesyuarat global setiap tahun di seluruh dunia, membolehkan pakar perubatan dan ahli profesional industri berhimpun bersama-sama dan membentuk strategi yang konklusif demi aspek-aspek terapeutik dan rawatan termaju. PULSUS Group berusaha mendekati pelbagai kumpulan sasaran yang luas dan pemimpin pasaran mencakupi spektrum yang pelbagai dalam bidang penyelidikan, demi menyediakan maklumat berkualiti tinggi di seluruh AS, Eropah, Asia Pasifik dan ME.

Untuk pertanyaan media, tuliskan kepada: contactus@pulsus.com Tel: 650-268-9744

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/544592/PULSUS_Logo.jpg

 

Source: PULSUS
Keywords: Health Care/Hospital Publishing/Information Service Corporate Social Responsibility Natural Disasters