omniture

MMC Adakan Persidangan Lancar Seluruh Barisan Produk Dron dan Umum Kerjasama Strategik

MMC
2018-09-21 10:00 2097

SHENZHEN, China, 21 September 2018 /PRNewswire/ -- Di Jiaxing, China, Shenzhen MicroMultiCopter Aero Technology Co., Ltd. (MMC) mengadakan persidangan yang memaparkan seluruh barisan produk dron termasuk komponen pesawat, sistem kawalan penerbangan, sistem muatan, sistem komunikasi data dan sistem pendorongan. MMC turut mengalu-alukan konsep kerjasama baharu, iaitu kerjasama strategik yang saling menguntungkan untuk seluruh industri dron.

Kerjasama Strategik

Lebih 200 peserta menghadiri persidangan termasuk pihak-pihak berkuasa ISO Antarabangsa dari AS, Jerman, UK, Itali, Jepun dan Korea Selatan, pembeli dron global, rakan-rakan kongsi (Actiondrone, India Eye, SMD, TOPXGUN, YouUAV), penyepadu dan pembangun sistem, syarikat-syarikat yang terkenal di dunia (Siemens, Nokia, Alibaba Cloud), AEROSPACE, 5iMX selain wartawan daripada Huanqiu.

MMC turut mengumumkan kerjasama strategiknya dengan BSHARK, Artosyn dan Alibaba Cloud untuk menggalakkan pembangunan seluruh industri dron.

Produk-produk

Persidangan ini mempamerkan 2 model dron utama, 1 pengawal penerbangan, 5 pemancar video, 2 stesen darat, pek lengkap dengan bateri pintar dan peranti pengecas, kesemuanya dibangunkan secara bebas oleh MMC.

MX4-850, dron perindustrian bersaiz kecil yang boleh dilipat dan ditanggalkan dengan masa penerbangan selama 51 minit, jarak operasi sejauh 5 km bagi alat kawalan jauh pegang tangan serta stesen kawalan GSP24 profesional dengan jarak operasi sehingga 10 km.

A6 Plus, dron perindustrian paling stabil dengan masa penerbangan selama 70 minit, kapasiti muatan seberat 10 kg dan serasi dengan muatan-muatan berbeza.

Pengawal Penerbangan FC1 dengan struktur penyerap gegaran dan dua reka bentuk lebihan IMU, 5 sistem transmisi video mencakupi jarak komunikasi sejauh 3 - 20 km dengan kependaman terendah dan harga yang paling kompetitif.

Alat Kawalan Jauh Pegang Tangan GSM1P dan Stesen Kawalan GSP24 dengan prestasi transmisi HD pada waktu nyata dan bateri pintar serta peranti pengecasan.

Hadiah Kerjasama

Bagi meluaskan aplikasi dron dan mempercepatkan pembangunan industri dron komersial, MMC menyediakan 1,000 penyambung pasang-dan-pakai sebagai hadiah kepada tetamu.

"Saya percaya bahawa sesebuah syarikat hanya dapat berkembang maju bersama-sama seluruh industri," kata En. Lu, presiden MMC.

Latar Belakang MMC

Ditubuhkan pada tahun 2009, MMC telah menghabiskan masa selama sedekad untuk meningkatkan pertumbuhan dron perindustrian. Bermula dengan kerangka pesawat udara utama dan sistem kawalan penerbangan penting kepada aplikasi praktikal berkaitan muatan, beberapa pusat khidmat global telah dibangunkan untuk membawa perkhidmatan dron yang mudah kepada pelanggan dan memenuhi keperluan mereka tepat pada masanya. MMC amat menghargai kakitangannya yang tekun dan memberi saham kepada mereka. Setiap tahun, pendapatan meningkat sekali ganda dan syarikat telah berkembang daripada 10 kakitangan menjadi 500 orang. www.mmcuav.com

Source: MMC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services