omniture

ODEM Aktifkan Kontrak Pintar pada Rantaian Blok Ethereum

ODEM.IO
2018-09-21 18:27 1851

VILNIUS, Lithuania, 21 September 2018 /PRNewswire/ -- ODEM, pencipta bagi Pasaran Pendidikan Atas Permintaan pertama di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan pengaktifan kontrak pintar pada Rantaian Blok Ethereum sebagai sokongan kepada Platform ODEM.

Dr. Adel ElMessiry, Ketua Mentor Teknologi ODEM, menyempurnakan pelaksanaan kontrak hari ini dalam acara secara langsung di Persidangan #SWITCH! bertempat di Vilnius, Lithuania. Audiens yang kebanyakannya pelajar menyaksikan Antanas Guoga, wakil Lithuania ke Parlimen Eropah, menerima sijil pendidikan berasaskan rantaian blok pertama yang dihasilkan oleh Platform ODEM.

"Pengaktifan hari ini merupakan pengesahan hebat daya maju teknikal projek kami," kata Dr. ElMessiry. "Saya berasa amat gembira dengan kemajuan yang dicapai oleh kami ke arah menjadikan Platform ODEM suatu kenyataan."

Pengaktifan kontrak pintar ialah langkah terakhir dalam menguji interaksi antara Sistem Pemfailan InterPlanetary (IPFS) dan Rantaian Blok Ethereum, tonggak bagi Platform ODEM. Pelaksanaan kontrak-kontrak pintar merupakan susulan kejayaan terkini melibatkan beberapa pencapaian penting serta kejayaan dari segi laluan ODEM ke arah pengaktifan penuh Platform ini pada awal tahun 2019. Pencapaian berkenaan termasuk:

  • Pengujian dan pengauditan pihak ketiga untuk DApp (aplikasi terpencar).
  • Penyepaduan Awan ODEM dengan kontrak pintar rangkaian utama.
  • Jaminan kualiti untuk melihat sijil-sijil pendidikan.

Kejayaan pengauditan dan pengujian bebas kontrak-kontrak pintar memberi bukti tentang daya maju dan keselamatan Platform ODEM, portal pendidikan yang diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam mendapatkan pendidikan yang hebat. Ujian penyepaduan Awan dengan kontrak pintar rangkaian utama adalah amat penting bagi menjamin keselamatan sistem ini. Pengesahan sijil-sijil pendidikan bagi tujuan untuk dilihat di luar platform mewujudkan interaksi yang membuahkan hasil antara IPFS dan Rantaian Blok Ethereum.

ODEM, berpangkalan di Zug, Switzerland, ialah peneraju global dalam mengatasi halangan yang ditempuhi oleh pelajar bagi mendapatkan pendidikan lebih tinggi. Platform ODEM ialah portal kolaboratif yang terpencar bagi memperkasa pelajar untuk berhubung dengan ahli-ahli akademik terkemuka bagi mewujudkan pengalaman pendidikan luar biasa pada kos yang munasabah.

#SWITCH! ialah persidangan perangkaian bukan untung yang terbesar di Negeri-negeri Baltik, menumpu pada keusahawanan, maklumat, komunikasi dan teknologi. Lebih 15,000 peserta dijangka hadir di persidangan untuk mendengar ceramah dan menyertai perbincangan yang menumpu pada teknologi rantaian blok, tawaran syiling awal, kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

Untuk maklumat lanjut sila lihat: ODEM.IO. Atau Sertai perbualan ODEM di Telegram.

Sila lihat Acara bagi mendapatkan ringkasan tentang persidangan industri akan datang yang bakal dihadiri oleh pemimpin-pemimpin ODEM.

Alexa Narma, 
Pengarah Kanan, Produk dan Pemasaran
alexa@odem.io  
press@odem.io 
Tel: +1 (424) 327-5682
Via Balestra 66830 Chiasso, Switzerland
Sertai Perbualan ODEM.IO di Telegram
https://www.linkedin.com/company/odem-io/ 
https://www.facebook.com/odemio/ 
https://twitter.com/ODEM_IO

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/639718/ODEM_IO_Logo.jpg

Source: ODEM.IO
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Blockchain