omniture

Buatlah Pelaburan Besar-Besaran dalam Persahabatan Pada Hari Kopi Sedunia Ini

Julius Meinl Coffee
2018-09-24 17:35 760

LONDON, 24 September 2018 /PRNewswire/ --

Inisiatif 'Meet With A Poem' global membolehkan orang ramai berhubung kembali menerusi puisi

Dalam usaha untuk membantu orang ramai menghargai hubungan bermakna dalam dunia yang semakin bersifat digital, perendang kopi Vietnam Julius Meinl menggalakkan orang ramai untuk melabur dalam persahabatan mereka menerusi inisiatif Meet With A Poem (Bertemu Dengan Sebuah Puisi) tahunannya.

generated by system

Berlangsung di lebih 25 negara pada Hari Kopi Sedunia (1 Oktober), para pengguna diundang untuk bertemu rakan sambil menikmati kopi atau teh serta menyemarakkan semula persahabatan mereka melalui puisi sebagai outlet kreatif untuk luahan rasa.

Dengan komunikasi yang kini ditakrifkan dengan leret dan klik, persahabatan kita boleh termusnah, hanya wujud khususnya pada aplikasi dan laman perangkaian. Namun demikian, komunikasi dalam talian sering membuatkan kita rasa terasing, dengan masa yang digunakan pada peranti memberi kesan secara dramatik bagaimana kita menjalin hubungan sesama manusia. Kini, kita mula melihat perubahan dramatik yang jauh dari budaya yang menyelaraskan ketersambungan yang sentiasa aktif dan dengan ini, timbullah kesedaran untuk mengaturkan pertemuan pada waktu nyata bersama-sama rakan taulan.

Rancangan unik Julius Meinl adalah menggalakkan orang ramai untuk berkumpul bersama-sama dan membawakan lebih banyak puisi ke dalam dunia, dengan menggunakan teh atau kopi sebagai pendorong untuk menyemarakkan detik-detik yang lebih puitis dan kreatif dalam kehidupan.

Inisiatif Meet With A Poem bertujuan untuk membantu menyatukan orang ramai dalam "kehidupan sebenar". Ideanya ringkas, pada Hari Kopi Sedunia, mereka yang membawa persahabatan mereka dalam kehidupan sebenar dan bertemu di kedai-kedai kopi boleh mendapatkan kopi 2-untuk-1 di lokasi-lokasi Julius Meinl, semuanya sebagai tukaran untuk menulis bersama-sama sebuah cerita atau puisi yang mengisahkan bagaimana mereka bertemu. Para pengguna dijemput untuk berkongsi foto puisi mereka di media sosial agar berpeluang menjadikan puisi mereka diubah menjadi lagu.

Duta global Julius Meinl, penyanyi-penggubah lagu dengan jualan platinum yang juga penggemar kopi, JP Cooper mengetahui kepentingan komunikasi bertulis bagi mengekspresikan diri – membawa persamaan dengan penulisan lagu dan puisi. Beliau mengulas: "Ia bukanlah satu rahsia bahawa media sosial memberikan kita rasa terhubung yang palsu, menggalakkan kita untuk berkomunikasi dengan ayat-ayat yang tidak ditulis sepenuhnya dan emotikon.

Untuk kempen seterusnya, JP Cooper akan bekerjasama dengan rakan lama beliau dan penerbit muzik, Hannah V, pemuzik sesi di belakang nama-nama hebat yang utama seperti Rihanna, Jessie J dan Jason Derulo.

Untuk mengetahui bagaimana anda dapat mengambil bahagian, layari meinlcoffee.com. Ikuti perbualan sosial menggunakan #MeetWithAPoem #PoetryForChange.

Sumber: Julius Meinl Coffee

Source: Julius Meinl Coffee
Keywords: Beverages Entertainment Non-Alcoholic Beverages