omniture

Habanos S.A. Dilancar di Warsaw dan Diperkenal sebagai Hoyo de Monterrey Escogidos Pertama Dunia

HABANOS SA
2018-09-24 21:00 637

HAVANA, Cuba, 24 September 2018 /PRNewswire/ --

- Hoyo de Monterrey Escogidos bakal dipamerkan oleh Fifth Avenue Products Trading, G.M.B.H. pada 26 September di Warsaw   

- Vitola Escogidos daripada jenama Hoyo de Monterrey Habanos akan dijual secara eksklusif melalui jaringan kedai francais antarabangsa La Casa del Habano.

Habanos, S.A., melalui pengedar rasminya bagi Jerman, Austria dan Poland, Fifth Avenue Products Trading GmbH, melancarkan penampilan awal seluruh dunia Hoyo de Monterrey Escogidos, sepuluh Habanos yang dihasilkan secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang, hasil daripada pemilihan daun-daun tembakau yang amat teliti - kertas pembungkus, isian dan pengikat dari ladang-ladang San Juan y Martínez*, sebuah daerah di tengah-tengah wilayah Vuelta Abajo* di Pinar del Río*, Cuba*.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8409351-habanos-launches-in-warsaw/

Penampilan Hoyo de Monterrey Escogidos dijadual diadakan pada 26 September di Warsaw. Sebuah acara yang dianjurkan oleh Fifth Avenue Products Trading GmbH dengan slogan "Hemos sido escogidos - Kami telah dipilih". Sepanjang pameran, para tetamu akan diberi keistimewaan untuk merasai Habanos ini selain diberi peluang untuk menikmati beberapa kejutan lain yang tidak dijangkakan.

Hoyo de Monterrey Escogidos (49 tolok gelang x 180 mm panjang) akan dijual secara eksklusif melalui jaringan kedai francais antarabangsa La Casa del Habano. Habanos ini juga telah "dipilih" khusus untuk acara ini, seraya memberi penghormatan kepada jenama vitola yang juga merujuk kepada fasa-fasa agroindustri dan pengeluaran dalam proses penghasilan tembakau yang dikenali sebagai "pemilihan - Escogida". Produk ini dibezakan oleh proses-proses pengeluaran dan pembangunannya yang terhad dan teliti.

La Casa del Habano ialah jaringan kedai pakar francais antarabangsa yang mempunyai sejarah yang bermula sejak lebih 25 tahun lalu. Kedai pertama mula beroperasi di peringkat antarabangsa di Cancun, Mexico pada tahun 1990.

La Casa del Habano ialah sebuah butik tembakau premium yang mengkhusus dalam menjual Habanos. Ia dicirikan melalui penyediaan perkhidmatan terbaik dan penjagaan pelanggan yang diperibadikan, yang mana mereka yang menggemari seni merokok yang baik boleh membeli dan merasai tembakau yang terbaik di dunia. La Casa del Habano kini telah menjadi sebahagian daripada lebih 140 kedai mewah yang berada di 65 negara.

Jenama Hoyo de Monterrey tercipta di ladang dengan nama yang sama di San Juan y Martínez*, di tengah-tengah wilayah Vuelta Abajo*. Ladang Hoyo de Monterrey, salah satu Vegas de Primera yang paling terkenal, terletak di lokasi berkenaan, dengan ukiran terkenal tertera di pintu masuknya: "Hoyo de Monterrey, José Gener. 1860". Semua vitola daripada jenama Hoyo de Monterrey Habanos dihasilkan secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang", oleh pakar torcedores Cuba, penggulung cerut yang bekerja dengan teliti untuk memenuhi kehendak peminat Habano yang paling mendesak.

Fifth Avenue Products Trading, GmbH, ialah pengedar rasmi Habanos, S.A. untuk Jerman, Austria dan Poland.

*Apelasi Asal Terpelihara

Sumber-sumber grafik: https://eshare.yr.com/fl/btxL1RbYec

Untuk maklumat lanjut mengenai Habanos, S.A.:    

http://www.habanos.com 
https://www.instagram.com/habanos_oficial/ 
https://twitter.com/Habanos_Oficial 
https://www.youtube.com/channel/UCstGLy96wdZG7eCM4855_DA

Untuk maklumat lanjut: Carla Lladó, Tel: +34932011028, press.habanos@yr.com

generated by system

Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8409351-habanos-launches-in-warsaw/

Source: HABANOS SA
Keywords: Tobacco New products/services Future Events