omniture

'Opera Beijing' persembah kolaborasi menakjubkan antara Budaya Indonesia dan Cina

Meikarta
2018-09-30 10:34 922

JAKARTA, Indonesia, 30 September 2018 / PRNewswire / - Sebagai sebahagian daripada penghargaan budaya terbaik dunia, Meikarta menganjurkan persembahan Opera Beijing oleh Chu Lanlan, seorang artis yang sangat berbakat dan terkenal dari China, di Avenue of The Star, Lippo Mall Kemang, Jakarta Selatan.

Persembahan Chu Lanlan untuk Opera Beijing berkolaborasi dengan penari-penari Indonesia.
Persembahan Chu Lanlan untuk Opera Beijing berkolaborasi dengan penari-penari Indonesia.

Persembahan Opera Beijing Chun Lanlan merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia dilengkapi dengan set panggung yang menakjubkan dan lampu yang berwarna-warni dan mengagumkan. Persembahan beliau juga diselitkan dengan lagu-lagu merdu dan tarian-tarian opera yang gemalai.

Persembahan ini menjadi titik sejarah bagi hubungan perpaduan budaya antara Indonesia dan China kerana ia menggabungkan legenda Cina yang asli dengan legenda kebudayaan Indonesia. Dalam persembahan ini, Chu Lanlan berjaya menggabungkan "A Beauty With an Umbrella" dengan lagu tradisional Batak "Sing Sing So".

Persembahan Opera Beijing Chu Lanlan mempunyai reputasi antarabangsa. Chu Lanlan merupakan Profesor Kolej Vokasional Seni Opera Beijing dan Ketua Teater Lanxin New Beijing Opera. Hasil karya beliau telah menerima beberapa anugerah di dalam dan di luar negara, dan mendapat penghormatan muncul dalam pelbagai acara politik.

Persembahan bertaraf antarabangsa seperti Opera Beijing menandakan persahabatan dan rasa saling menghormati antara Indonesia dan China dan menunjukkan keinginan kedua-dua negara untuk terus bekerjasama di masa depan. China mempamerkan keikhlasannya untuk membangunkan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan di Indonesia dan menggerakkan pembangunan perindustrian di kawasan Bekapur (Bekasi, Karawang, Purwakarta). Bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara, Meikarta komited untuk terus bekerjasama terutamanya dalam aspek budaya antara kedua-dua negara.

Pengurus Besar Strategi Jenama Meikarta, Guan Zhijian berkata: "Kami berharap melalui persembahan Opera Beijing oleh Chu Lanlan, kami akan mewujudkan hubungan yang indah dan mampan antara Indonesia dan China. Acara ini juga merupakan cerminan keikhlasan dan komitmen Meikarta untuk membina Indonesia (yang lebih baik)".

Artis Opera Beijing, Chu Lanlan berkata: "Kami menyediakan persembahan istimewa lagu dari Indonesia yang dinamakan 'Sing-Sing So' secara khusus dengan kolaborasi bersama pasukan persembahan Opera Beijing dan menghasilkan karya yang indah antara budaya Indonesia dan Cina. Selain itu, kami juga membawa beberapa persembahan tempatan dan kolaborasi Opera Beijing dengan persembahan budaya tempatan Indonesia ".

Untuk maklumat lanjut:
www.meikarta.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180928/2251643-1

Source: Meikarta
Related Links:
Keywords: Art Entertainment