omniture

12cm lancar cap echoss sebagai perkhidmatan inovatif mewakili Singapura

K-ICT Born2Global Centre
2018-10-02 16:48 1145

SEOUL, Korea Selatan, 2 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- 12cm, sebuah syarikat ahli K-ICT Born2Global Centre, ialah sebuah syarikat teknologi sumber untuk perkhidmatan pintar "cap echoss" dan subsidiari perniagaan luar negaranya 12cm Global memulakan perkhidmatan komersial cap echoss dalam pasaran Singapura.

echoss stamp
echoss stamp

Hal ini dapat dicapai melalui satu perkongsian dengan perusahaan sosial di bawah NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan). NTUC ialah satu konfederasi kesatuan sekerja kebangsaan serta jaringan persatuan-persatuan profesional dan rakan-rakan kongsi dalam semua sektor di Singapura.

Sebagai salah satu perusahaan sosial NTUC, NTUC Link komited untuk menambah baik kehidupan keluarga di Singapura dengan menampung keperluan aspirasi melibatkan kelas pertengahan yang semakin bertambah, dengan menawarkan akses dan nilai.

NTUC Link mengendalikan Plus!, salah satu program kesetiaan pengguna yang terbesar dan paling berjaya di Singapura. Program Plus! mempunyai lebih 2.1 juta ahli dan lebih 1,200 outlet peniaga yang mengambil bahagian menerusi ciri-ciri seperti tebusan segera, ganjaran dalam talian dan promosi penebusan inovatif. Bagi memacu inovasi dan transformasi digital, NTUC Link menandatangani kontrak perkongsian strategik dengan 12cm Global untuk menawarkan perkhidmatan cap pintar melalui aplikasi mudah alih mereka. Kolaborasi pertama antara cap echoss dan Plus! berlangsung di Artbox Singapore 2018 yang merupakan pasaran kreatif sementara terbesar Singapura pada Mei tahun ini. Sejak itu, mereka telah cuba untuk meluaskan pelbagai perkhidmatan melalui jaringan rakan kongsi mereka.

Inisiatif Negara Pintar (Smart Nation) Singapura dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 24 November 2014. Usaha ini sejajar dengan inisiatif ini bahawa Plus! ialah aplikasi mudah alih pertama dalam negara kota yang membuka perkhidmatan berasaskan teknologi cap digital. Cap echoss ialah format yang melibatkan pengecapan terus pada skrin telefon bimbit. Setiap cop mempunyai corak geometri unik yang dapat dikenal pasti dan diaktifkan oleh kuasa elektrik statik daripada tubuh manusia. Cap echoss kini dilindungi oleh kira-kira 220 hak paten.

Permulaan penawaran perkhidmatan cap echoss amat membuahkan hasil, dilancarkan dalam pasaran kreatif yang terbesar di Singapura "Artbox Singapore 2018" (diadakan di Marina Bay pada 25~27 Mei dan 1~3 Jun) berserta pelbagai acara.

Jay Cha, pengarah 12cm Global, berkata, "Meskipun saiznya agak kecil, pasaran Singapura merupakan peneraju di Asia Tenggara. Pembukaan perkhidmatan kami melalui kontrak dengan perusahaan sosial yang ternama seperti NTUC Link adalah penting di sini, namun demikian, paling utama, ia dijangka bertindak sebagai momentum untuk peluasan ke Asia Tenggara." Cha menambah, "Kami berharap dapat menarik lebih banyak tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti luar negara 12cm, memandangkan syarikat merupakan contoh yang jarang berlaku bagi sebuah perniagaan Korea yang aktif di persada global melalui teknologi sumber miliknya sendiri."

Sejak diasaskan pada tahun 2013, 12cm, telah menubuhkan subsidiari-subsidiari dan usaha sama di tujuh negara, termasuk Jepun, AS dan China. Ia berjaya menarik lebih USD 27 juta pelaburan dan berkembang pesat sebagai sebuah syarikat O2O/teknologi kewangan terkemuka dengan model perniagaan yang menggabungkan perisian berasaskan awan, perkakasan cop pintar dan perkhidmatan pengesahan.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.12cm.co.kr/en/12cm/.

Jina Lee
jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180927/2250490-1

 

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Computer/Electronics New products/services