omniture

FE CREDIT Capai Tiga Kemenangan di Anugerah Kad dan Pembayaran Elektronik Antarabangsa (CEPI) Asia 2018

FE CREDIT
2018-10-08 13:18 1220

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- VPBank Finance Company Limited (VPB FC) - FE CREDIT yang telah muncul sebagai salah satu pengeluar Kad Kredit yang terbesar di Vietnam, meraih tiga kemenangan di Anugerah CEPI Asia Tahunan 2018 kali ke-5, menambah catatan anugerahnya daripada 2 kemenangan tahun lalu.

Pasukan Pengurusan Kanan FE CREDIT bersama Anugerah CEPI Asia
Pasukan Pengurusan Kanan FE CREDIT bersama Anugerah CEPI Asia

Anugerah CEPI Asia mengiktiraf tawaran-tawaran yang utama dalam pasaran menerusi kad, mudah alih dan e-bayaran, kiriman wang, perolehan peniaga dan kempen pemasaran di seluruh rantau Asia Pasifik.

FE CREDIT memenangi anugerah 'Reka Bentuk Kad Terbaik' untuk kad kredit edisi terhad pertama Vietnam, TET Card, dilancarkan sempena Tahun Baharu Lunar 2018.

Bagi anugerah 'Pelaksanaan Teknologi Terbaik – Bahagian Depan', FE CREDIT menerima anugerah Pujian Tinggi untuk produk uniknya, Fast Cash. Dalam pasaran dengan kepadatan ATM yang amat rendah, Fast Cash membolehkan pemegang kad mendapatkan wang tunai dengan hanya satu SMS dan tanpa sebarang ATM.

FE CREDIT turut memenangi anugerah Pujian Tinggi bagi 'Pelancaran Produk, Perkhidmatan atau Inovasi Baharu Terbaik' untuk MPlus+, penyelesaian kad digital unik yang dibangunkan secara tempatan untuk menangani cabaran garis masa penghantaran kad fizikal di Vietnam.

En. Kalidas Ghose, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata: "Inovasi bertumpu pelanggan menjadi teras perniagaan kami. Pengiktirafan utama dalam industri sedemikian menginspirasikan kami untuk berusaha lebih keras demi manfaat pelanggan kami."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menambah, "Inovasi berterusan adalah penting untuk menarik dan melibatkan segmen pelanggan kami buat pengguna kad kali pertama. TET Card, Fast Cash dan MPlus kesemuanya adalah pencapaian penting dalam perjalanan ini untuk menarik peserta kategori & menjadi pengeluar Kad Kredit nombor 1 di Vietnam."

Latar Belakang FE CREDIT

Perintis dalam Pembiayaan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran dalam pemberian pinjaman pengguna. FE CREDIT muncul sebagai salah satu pengeluar kad kredit utama di Vietnam.  FE CREDIT kini menyediakan pengguna dengan perkhidmatan pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama dan kad kredit. FE CREDIT berkhidmat kepada lebih 10 juta pelanggan, bekerjasama dengan 8,400 rakan kongsi merentasi 12,200 outlet jualan di seluruh negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2258733-1

Source: FE CREDIT
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Awards