omniture

Exosystems bakal jalankan ujian percubaan penyelesaian rehabilitasi ICT baharu di Vietnam

K-ICT Born2Global Centre
2018-10-10 21:03 1806

SEOUL, Korea Selatan, 10 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat robotik penjagaan kesihatan Exosystems tidak lama lagi bakal menjalankan ujian percubaan untuk penyelesaian rehabilitasi otot ICT "ExoRehab" di hospital-hospital Vietnam.

Exosystems has signed a partnership contract with Medipeace Vietnam, which is already involved in local rehabilitative care projects, and plans to introduce ExoRehab in Vietnamese hospitals by December 2018.
Exosystems has signed a partnership contract with Medipeace Vietnam, which is already involved in local rehabilitative care projects, and plans to introduce ExoRehab in Vietnamese hospitals by December 2018.

 

ExoRehab
ExoRehab

Exosystems, sebuah syarikat ahli K-ICT Born2Global Centre, telah menandatangani satu kontrak perkongsian dengan Medipeace Vietnam yang telahpun terlibat dalam projek-projek jagaan rehabilitatif tempatan dan merancang untuk memperkenalkan ExoRehab di hospital-hospital Vietnam menjelang Disember 2018. Medipeace ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan projek-projek sokongan perubatan di seluruh dunia.

Dibangunkan secara bebas oleh Exosystems, ExoRehab ialah penyelesaian rehabilitasi otot generasi seterusnya yang menggabungkan rawatan perubatan dengan teknologi maklumat serta komunikasi. Digunakan bersama-sama rangsangan elektrik neuromuskular (NMES), kaedah rawatan yang sedang digunakan pada masa kini, ia memberi pesakit bermain permainan pemulihan yang dibangunkan oleh ahli-ahli profesional perubatan dan menyediakan program jagaan rehabilitative yang sistematik. ExoRehab berkesan mempercepatkan kadar rehabilitasi pesakit dan dapat membantu kakitangan perubatan dalam menyediakan penjagaan dan pengurusan pesakit yang berkesan.

Melalui perkongsiannya dengan Medipeace Vietnam, Exosystems bakal menembusi kedua-dua pasaran rehabilitasi Korea dan antarabangsa. Ujian kepatuhan untuk ExoRehab telah diselesaikan di Wonju Severance Christian Hospital pada November 2017, manakala ujian klinikal dengan Seoul National University Bundang Hospital kini sedang dijalankan. Produk ini dijadual untuk dilancarkan dalam pasaran Amerika Utara pada separuh kedua tahun 2019.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exosystems Hooman Lee berkata, "Exosystems telah menyelesaikan prosedur pembangunan dan pensijilan untuk alat ExoRehab kami hanya dalam tempoh setahun setengah selepas penubuhan syarikat pada Januari 2017, dan giat berusaha untuk membekalkan produk kepada pelanggan kami. Kami berharap agar ujian percubaan untuk ExoRehab di Vietnam akan menggalakkan penyediaan teknologi termaju dalam bidang jagaan rehabilitatif yang merupakan aspek penting dalam masalah penuaan penduduk yang dihadapi oleh banyak negara di serata dunia pada masa kini."

Exosystems ditubuhkan oleh para penyelidik yang mengkhusus dalam sistem robotik pintar yang dahulunya bergabung dengan Institut Penyelidikan Elektronik dan Telekomunikasi. Pada bulan Mei 2017, syarikat menerima pelaburan sebanyak KRW 300 juta daripada Kakao Ventures, sebuah firma modal usaha niaga Korea yang ternama.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang Exosystems, kunjungi https://www.exosystems.io/.

Perhubungan Media
Hooman Lee
Ketua Pegawai Eksekutif Exosystems
exosystems@exosystems.io

Jina Lee 
Pengurus Perhubungan Awam Born2Global
jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2258781-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181008/2258781-1-b

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts