omniture

Media global nantikan masa depan pemusatan media dan teroka pembangunan baharu

CCTV News Content (CCTV+)
2018-10-11 19:47 1678

CHONGQING, China, 11 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Media Global CGTN ke-2 dan Forum Media Video Global CCTV+ (VMF2018) ke-8 bakal diadakan di Chongqing mulai 16-17 Oktober 2018, dianjurkan oleh The China Global Television Network (CGTN) dan CCTV News Content (CCTV+), serta turut dianjurkan bersama China Global Television Network Corporation, Jawatankuasa Pengurusan Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi Tinggi Chongqing serta Communication University of China (CUC).

Acara ini akan diadakan di bawah tema "Membuka dan Menghubungkan Dunia", dengan para delegasi meneroka cara mewujudkan ekosistem media yang sihat dan stabil. Beberapa ceramah dasar, perbincangan panel dan analisis kes akan dijalankan berkisar topik-topik hangat seperti ekologi media baharu dan bagaimana rantaian blok dan 5G akan menyokong pembangunan industri media. Perhimpunan selama dua hari ini akan mengumpulkan sehingga 100 agensi media dan perusahaan dengan hampir 400 wakil dari lebih 70 negara dan wilayah seluruh dunia, termasuk China Media Group (CMG), stesen radio dan televisyenwilayah dan perbandaran China, Tencent, Sina, ByteDance, serta The Associated Press, Thomson Reuters, Bloomberg L.P., Agence France-Presse (AFP), Turner Broadcasting, Fox News Channel, NHK dan YouTube.

Di samping itu, Perhimpunan Agung Perikatan Berita Jalur dan Jalan (BRNA) kali ke-2 akan turut diadakan semasa sidang kemuncak ini. Berdasarkan Inisiatif Jalur dan Jalan, BRNA akan membantu organisasi-organisasi media di negara-negara dan wilayah-wilayah di sepanjang Jalur dan Jalan untuk bekerjasama dalam kandungan berita, berkongsi sumber media dan inovasi teknologi maklumat. Ia bertujuan untuk membangunkan "jalan sutera maklumat berita" dalam era baharu.

Forum Media Video Global CCTV+ (VMF), mula dicipta oleh CCTV+ pada tahun 2011, dikenali di dalam dan luar negara sebagai forum profesional tahunan untuk organisasi-organisasi media video. CCTV+ komited untuk menghubungkan media Cina dan asing serta meningkatkan komunikasi dan juga pertukaran. Forum ini dijangka menyediakan satu platform untuk ahli-ahli profesional media dari seluruh dunia untuk belajar dari satu sama lain, meninjau pembangunan kerjasama dan berkongsi peluang-peluang dalam era media baharu.

Source: CCTV News Content (CCTV+)
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television