omniture

GCL Perkukuh Projek-projek Solar Dalam Negara-negara 'Jalur dan Jalan'

GCL-SI
2018-10-23 22:03 742

SUZHOU, China, 23 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Di Forum Peralihan Tenaga Antarabangsa 2018 ("Forum") di Suzhou, China, En. Zhu Gongshan, Pengerusi GCL Group ("Kumpulan") dan En. Luo Xin, Presiden GCL System Integration Technology Co., LTD. (SZ: 002506) ("GCL-SI"), penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka di dunia untuk projek-projek solar, menawarkan perkembangan terkini berhubung pertumbuhan dan pengembangan Kumpulan dalam syarikat-syarikat yang berada dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan" (BRI) China.

Mr. Zhu Gongshan attended the 2018 Belt and Road Energy Ministerial Conference and International Forum on Energy Transition
Mr. Zhu Gongshan attended the 2018 Belt and Road Energy Ministerial Conference and International Forum on Energy Transition

GCL-SI menyaksikan lonjakan jualan pada separuh pertama tahun ini, dengan jualan modul-modulnya menokok daripada 14% tahun lalu kepada 45.8% manakala bahagian pasaran globalnya mencecah hampir 5%. Kedua-duanya mengesahkan bahawa GCL Group akan mengukuhkan strategi pengeluaran globalnya dan mengembangkan saluran jualannya demi meningkatkan jumlah jualan luar negaranya.

"China merupakan pengeluar terbesar di dunia bagi peralatan tenaga hijau, seperti fotovolta dan kemudahan kuasa angin," kata En. Zhu. "BRI merupakan kawasan pengagihan sumber minyak dan gas yang paling penting di dunia dan syarikat-syarikat tenaga Cina bergiat aktif menerima dan membangunkan platform bersama yang berskala luas, meningkatkan sumber minyak dan gas luar negara serta kuasa tenaga baharu China untuk disepadukan secara meluas pada skala global dan mempercepatkan revolusi tenaga. GCL Group menyasarkan untuk menjadi sebahagian besar daripada evolusi ini."

Menurut En. Luo, GCL-SI bersedia untuk membangunkan ekosistem perindustrian yang komprehensif, menggabungkan "tiga platform dan satu sistem", yang mengguna pakai 'model PV tambahan'. Sebagai contoh, kami menyasarkan untuk menambah baik model perniagaan berbilang dimensi, seperti penyepaduan fotovolta dan simpanan tenaga, pembiayaan rantaian bekalan serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan, antara lain, bagi mencipta nilai lebih besar buat para pelanggan kami."

"GCL Group akan bersungguh-sungguh melaksanakan strategi 'pengantarabangsaan fotovolta', mengukuhkan penyusunan syarikat dalam saluran pengeluaran dan jualan global serta meningkatkan jumlah jualan luar negara. Pada masa depan, kemajuan saintifik dan teknologi akan terus meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa fotovolta pada kos yang lebih rendah, manakala pasaran secara keseluruhan akan berusaha mencapai pariti grid serta membangunkan teknologi Polihabluran dan Monohabluran secara serentak," kata Zhu Gongshan.

Latar Belakang GCL System Integration Technology Co., Ltd.

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem tenaga bersepadu sehenti dan canggih serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181022/2274862-1

Source: GCL-SI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities