omniture

Vivo Terajui Era "Telefon Cerdas" Terbenam 5G, Percepat Penyelidikan dan Pembangunan AI

Vivo
2018-10-26 04:18 700
  • Vivo sampaikan ucapan dasar tentang AI di Sidang Kemuncak 4G/5G Qualcomm
  • Vivo berjaya laksana "Panggilan Pertama 5G" pada Ogos 2018 dan rancang untuk pamerkan keputusan pembangunan aplikasi perisian berasaskan 5G pada Disember
  • Vivo umum rancangan untuk lancar telefon pintar terbenam 5G Vivo pertama juga dikenali sebagai "Telefon Cerdas"

HONG KONG, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Vivo, rakan kongsi jangka panjang Qualcomm, berkongsi visi dan wawasannya tentang pembangunan 5G dan bagaimana ia akan memperkasa era kehidupan pintar yang baharu semasa Sidang Kemuncak 4G/5G Qualcomm yang diadakan di Hong Kong pada 22 – 24 Oktober 2018. Sidang Kemuncak 4G/5G Qualcomm selama tiga hari itu menghimpunkan ramai pemimpin industri mudah alih yang terkemuka di dunia.

Semasa persidangan, Zhou Wei, Naib Presiden Vivo, Ketua Institut Penyelidikan Global Kecerdasan Buatan Vivo menyampaikan ucapan dasar semasa Forum AI sidang kemuncak itu dan memfokus ucapan beliau pada "Telefon Cerdas sebagai kunci kejayaan pembangunan 5G".

En. Zhou menekankan penyepaduan mendalam antara 5G dan AI, dan bagaimana elemen-elemen ini akan menjadi kunci kepada pertumbuhan masa depan telefon pintar terbenam 5G, yang dinamakan oleh Vivo sebagai "Telefon Cerdas". AI membolehkan telefon pintar untuk benar-benar belajar dan berfikir, sementara 5G pula akan menyediakan telefon pintar dengan keupayaan sambungan yang dipertingkat dan lebih pantas. Kombinasi faktor-faktor ini akan mengubah telefon pintar daripada "pintar" kepada "cerdas" di samping menyediakan pengguna dengan ciri-ciri baharu yang luar biasa serta pengalaman mudah alih yang terbaik.

Menurut En. Zhou, Vivo merancang untuk menyelesaikan pembangunan dan pengeluaran besar-besaran telefon pintar 5G NSA dan SA pertama pada tahun 2019 bagi melancarkan kumpulan pertama telefon pintar 5G prakomersial. Syarikat menyasarkan untuk mencapai pengkomersialan penuh telefon pintar 5G menjelang tahun 2020. Sebagai peneraju industri dalam inovasi, Vivo telah banyak melabur dalam pembangunan dan penyelidikan telefon pintar 5G dan berusaha untuk memberikan pengguna dengan pengalaman mudah alih terbaik dalam tempoh masa sesingkat mungkin.

Zhou Wei membuat penyampaian di atas pentas di Persidangan 4G/5G Qualcomm
Zhou Wei membuat penyampaian di atas pentas di Persidangan 4G/5G Qualcomm

Pemacu awal dalam pembangunan 5G

Bermula dengan 2G pada tahun 1990-an, sehingga era 4G pada hari ini, keupayaan ketersambungan rangkaian, ciri-ciri dan fungsi-fungsi telefon pintar berubah secara dramatik. Setiap penaiktarafan teknologi komunikasi disertai dengan keperluan industri dan menginspirasikan penambahbaikan terhadap kehendak pengguna. Pada masa kini, perubahan yang semakin berkembang terhadap keperluan pengguna menjadi daya penggerak utama di sebalik pembangunan teknologi komunikasi 5G generasi seterusnya.

Sebagai peneraju dalam industri komunikasi, Vivo ialah salah satu pelopor antara syarikat-syarikat terminal mudah alih untuk menerajui R&D dan penyeragaman teknologi 5G. Pada tahun 2016, Vivo menubuhkan pusat institut penyelidikan 5G di Beijing, menyediakan asas untuk pembangunan dan penyeragaman teknologi 5G. Dalam tahun yang sama, Vivo turut serta dalam 3GPP (Projek Perkongsian Generasi ke-3, Program Rakan Kongsi Generasi ke-3) serta memulakan penyertaannya dalam usaha penyeragaman 5G. Syarikat kini bergiat aktif dalam RAN1, RAN2, RAN4, SA2, CT1 dan kumpulan-kumpulan teknologi teras yang lain dalam 3GPP. Sehingga kini, Vivo telah menghantar lebih 1,500 usul teknikal kepada 3GPP dan merupakan salah satu penyumbang utama sebagai sebuah syarikat terminal mudah alih dalam 3GPP.

Vivo membuat pelaburan besar dalam 5G, dan merupakan pemacu awal dalam pembangunan 5G
Vivo membuat pelaburan besar dalam 5G, dan merupakan pemacu awal dalam pembangunan 5G

Pada tahun 2018, Vivo secara rasminya melancarkan penyelidikan dan pembangunan prototaip penguji pengisyaratan 5G dan berjaya melaksanakan Panggilan Pertama 5Gnya pada Ogos tahun ini. Ini merupakan pencapaian penting peringkat awal dalam menyelesaikan pembangunan perkakasan dan perisian telefon pintar 5G untuk kegunaan komersial. Berdasarkan pencapaian ini, Vivo mempunyai rancangan untuk mempamerkan aplikasi didayakan 5G miliknya dalam terminal mudah alih pada Disember ini.

Pembangunan telefon mudah alih 5G Vivo: Cabaran teknikal dan perkembangan terkini
Pembangunan telefon mudah alih 5G Vivo: Cabaran teknikal dan perkembangan terkini

Sebagai salah satu rakan kongsi utama dalam "Inisiatif Pendahulu Peranti 5G Mudah Alih China", Vivo telah memaksimumkan nilainya pada platform berkenaan dan membuat beberapa sumbangan penting berhubung penyeragaman ciri-ciri terminal 5G, seperti swagangguan, penjimatan penggunaan kuasa, berbilang antena 5G, kependaman rendah dan keandalan tinggi, reka bentuk protokol tahap tinggi, reka bentuk protokol lapisan fizikal dan ciri-ciri terminal lain. Syarikat turut berkolaborasi dengan erat bersama rakan-rakan kongsi utama untuk terus memacu pembangunan 5G demi kemunculan era 5G.

Protptaip penguji isyarat 5G Vivo
Protptaip penguji isyarat 5G Vivo

Pengguna takrifkan telefon pintar terbenam 5G

Vivo sentiasa berpegang pada pendekatan berorientasikan pengguna apabila menginovasi produk-produk baharu, yang memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman dan perkhidmatan diperibadikan. Untuk era 5G akan datang, Vivo percaya bahawa pengguna akan kekal menjadi tumpuan utama dalam ekosistem industri telefon pintar dan Vivo akan terus menjadi pengusaha utama dalam menakrifkan pertumbuhan telefon pintar terbenam 5G.

Biarpun masalah-masalah teknikal yang mencabar kini dapat ditangani hasil daripada pembangunan pesat telefon pintar dan rangkaian mudah alih, jangkaan pengguna terhadap telefon pintar terus meningkat, akhirnya, telefon pintar masa kini perlu dilengkapi dengan lebih kefleksibelan untuk berfikir dan menyediakan perkhidmatan diperibadikan. Untuk Vivo, perubahan ini telah mendorong jenama ini bukan sahaja untuk membuat kemajuan penting dalam pembangunan teknologi 5G, tetapi turut memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang "kehidupan lebih pintar" dan ekosistem telefon pintar. Matlamatnya adalah untuk melengkapi telefon pintar dengan kecerdasan yang lebih baik demi memenuhi kehendak pengguna dengan lebih baik.

Seperti mana yang dikongsikan oleh En. Zhou dalam ucapan dasar beliau, "kami percaya bahawa pembuatan telefon pintar juga akan berkembang bermula dengan penyediaan fungsi-fungsi asas kepada penyediaan ciri-ciri cerdas. Kesemua ini akan memastikan kehendak pengguna terhadap telefon cerdas masa depan akan dapat dipenuhi. Pada masa depan, pembangunan 5G dan AI akan menjadi pemacu utama untuk banyak senario dan aplikasi baharu."

Teknologi AI sebagai kunci untuk Vivo bangunkan "Telefon Cerdas"

Vivo percaya bahawa kombinasi 5G dan AI akan menjadi trend utama untuk era telefon pintar terbenam 5G. Selain terlibat secara aktif dalam menyediakan asas untuk teknologi 5G, Vivo turut menerajui pembangunan penyelidikan AI. Pada Jun 2017, Vivo telah menubuhkan Makmal AI untuk memulakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan AI. Pada Mac 2018, Vivo melancarkan Jovi, sub-jenama AI baharu. Selepas lebih setengah tahun usaha berpasukan, Vivo telah membuat kemajuan besar dalam teknologi AI.

En. Zhou menekankan bahawa AI bukan sekadar mengenai pengecaman suara, NLP atau pembelajaran mendalam, dan sebagainya. Berasaskan teknologi-teknologi inilah AI dapat menyediakan pengguna dengan rangka kerja untuk rangkaian produk dan perkhidmatan serba baharu. Dengan itu, Vivo sentiasa proaktif dalam menghasilkan telefon bimbit yang bertindak sebagai terminal pintar yang berfungsi sebagai pusat sambungan, seterusnya mencipta platform yang sepadan, bersama dan terbuka untuk memberikan perkhidmatan yang relevan dengan menghubungkannya kepada keperluan pengguna.  

En. Zhou turut menghuraikan dalam ucapan beliau tentang pemahaman Vivo terhadap AI, selain penumpuan syarikat dalam sektor ini. 5G akan memupuk senario aplikasi baharu, masa depan telefon pintar pada dasarnya akan berupaya untuk belajar sendiri, menemui sendiri dan mengesyorkan sendiri.

Vivo memimpin penubuhan Perikatan Ekosistem Terbuka IoT
Vivo memimpin penubuhan Perikatan Ekosistem Terbuka IoT

Pada 4 Julai 2018, Vivo telah menubuhkan Perikatan Ekosistem Terbuka IoT bersama-sama syarikat-syarikat perwakilan industri IoT utama yang lain. Melalui ekosistem ini, interaksi penuh antara peranti dapat juga didayakan walaupun adaptasinya adalah dengan pelbagai jenama. Ia juga memastikan apabila pembangun melancarkan suatu produk, ia dapat menyediakan pelanggan dengan pengalaman pengguna yang sempurna. Paling penting, ia juga dapat memberi pengguna dengan kebolehan untuk memilih produk-produk pilihan mereka mengikut keperluan dan pengalaman mereka. Berasaskan platform ini, Vivo membangunkan ekosistem "Telefon Cerdas" miliknya sendiri dengan membuat pelaburan yang banyak dan menerajui industri bagi merealisasikan pembangunan aplikasi teknologi 5G dan menyediakan pengguna dengan pengalaman pengguna yang terbaik.

Sila muat turun daripada pautan ini untuk mendapatkan lebih banyak imej

Latar Belakang Vivo

Vivo ialah sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, komited untuk mencipta inovasi dan perkhidmatan mudah alih pintar penetap trend. Vivo berdedikasi untuk membentuk ekosistem internet mudah alih yang hebat dan kini memiliki dan mengendalikan jaringan operasi penyelidikan yang luas, melalui pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di AS (San Diego) dan China (Dongguan, Shenzhen, Nanjing, Beijing dan Hangzhou). Pusat-pusat ini menumpu pada pembangunan teknologi-teknologi pengguna termaju termasuk 5G, AI, fotografi mudah alih dan reka bentuk telefon pintar generasi seterusnya.

Menjelang akhir tahun 2017, Vivo telah mempunyai lebih dua ratus juta pengguna yang menikmati produk dan perkhidmatan mudah alihnya di seluruh dunia. Vivo berada dalam 18 pasaran seluruh dunia dan mempunyai kedai-kedai runcit luar talian di lebih 1,000 bandar seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277948-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277948-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277948-1-c  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277948-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277948-1-e

 

Source: Vivo
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services