omniture

Melakar "Jalan Sutera Tenusu" dengan Kualiti Antarabangsa - Perusahaan Tenusu Besar Asia, Yili Group Tembusi Pasaran Pertama dengan Pantas dalam Asia Tenggara

Yili Group
2018-10-26 20:28 474

JAKARTA, Indonesia, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pada 23 Oktober, di Jakarta, perusahaan tenusu besar China, Yili Group mengadakan satu majlis pelancaran global untuk siri ais krim terkininya, Joyday dan mengumumkan secara rasminya untuk menembusi pasaran Asia Tenggara. Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group berkata di persidangan tersebut: "Menjelang akhir tahun ini, produk-produk Yili akan tersebar di lebih 20 bandar di Indonesia dan dalam masa terdekat akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat ke negara-negara Asia Tenggara yang lain."

Tetamu-tetamu undangan menyaksikan pelancaran global ais krim Joyday di Indonesia.
Tetamu-tetamu undangan menyaksikan pelancaran global ais krim Joyday di Indonesia.

Indonesia telah menjadi ekonomi paling kukuh di Asia Tenggara, dengan populasi seramai 264 juta penduduk, sementara jumlah penduduk seluruh Asia Tenggara ialah 625 juta penduduk. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, negara-negara Asia Tenggara menyaksikan pembangunan pesat dan wujudnya potensi pasaran yang besar. Syarikat-syarikat multinasional bersaing untuk menembusi pasaran Asia Tenggara. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, lonjakan ekonomi China dapat disaksikan di seluruh rantau, perusahaan-perusahaan mempercepatkan langkah untuk menembusi pasaran-pasaran antarabangsa dan berusaha mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara.

Yili Group memilih Indonesia sebagai perhentian pertama dalam strategi Asia Tenggaranya dan ia telahpun mendaftarkan sebuah subsidiari milik penuh - Green Asian Food Indonesia Co., Ltd. Ini akan membantu Yili menembusi pasaran Asia Tenggara dan bagi melakukannya, Yili akan meneroka lokasi baharu untuk pembangunan selanjutnya. Yili Group telah menetapkan matlamat untuk menawarkan perkhidmatan kepada 2 bilion pelanggan global dan ini merupakan satu langkah padu tatkala Yili Group memulakan strategi globalnya. Yili telahpun menembusi pasaran Eropah, Amerika dan Oceania.

Perasmian yang Berjaya

Produk-produk tenusu yang membawa Yili ke negara Khatulistiwa itu mencapai hasil yang hebat. Setakat hari ini, produk-produk Yili boleh didapati di empat bandar utama iaitu Jakarta, Medan, Surabaya dan Bandung. Menurut maklum balas pelanggan, jenama ini mempunyai rasa yang lebih asli, reka bentuknya lebih menarik dan harganya agak rendah.

"Kajian-kajian saintifik menunjukkan bahawa rasa ais krim yang sejuk dan menyegarkan dapat membantu melegakan tekanan dan mencetuskan pemikiran yang menyenangkan. Atas sebab inilah ramai orang yang memakan ais krim tersenyum gembira. Sekiranya anda ingin merasai keadaan fikiran yang menggembirakan dan mendapatkan keadaan fizikal yang lebih baik, ais krim manis merupakan pilihan yang baik," kata Ayoe Sutomo, seorang ahli psikologi Indonesia yang terkenal di persidangan tersebut pada 23 Oktober lalu.

Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group berkata: "Hari ini, pelancaran global Joyday merupakan satu peristiwa penting, ia memaklumkan kepada dunia bahawa Yili bakal menembusi seluruh pasaran Asia Tenggara. Menerusi produk-produk tenusu yang berkhasiat dan enak, Yili telah berusaha untuk membentuk 'Jalan Sutera Tenusu' bagi berkongsi kehidupan yang sihat bersama orang ramai di seluruh dunia. Ini bukan sekadar satu lagi langkah strategik susulan inisiatif-inisiatif bercita-cita tinggi seperti menubuhkan Pusat Inovasi Eropah, Tapak Pengeluaran Oceania dan SINO-U.S. Food Wisdom Valley, malahan, dengan menembusi pasaran Asia Tenggara, ia dapat memindahkan kualiti Yili ke seluruh dunia, menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan membina jalinan persahabatan merentas seluruh benua." 

Kerjasama Saling Menguntungkan

Indonesia ialah negara keempat yang paling ramai penduduk, menempati separuh daripada jumlah populasi Asia Tenggara dan skala pasarannya tidak dapat ditandingi di Asia Tenggara. Sebagai sebuah perusahaan makanan yang berasal dari China, Yili Group telah membuat persiapan yang secukupnya sebelum mengambil langkah ini. Yili telah mengkaji pasaran ini sejak tahun 2015 dan mendaftar sebuah syarikat tempatan dalam tahun yang sama. Semasa kajian dibuat, mereka mula mengumpul maklumat dan memahami dasar dan peraturan tempatan dan mengetahui tentang saluran-saluran pasaran, tabiat makanan tempatan dan budaya serantau; dalam proses ini, mereka menubuhkan pasukan tempatan secara berperingkat-peringkat.

Lebih penting lagi, ia merupakan satu peluang yang diwujudkan berlatarbelakangkan inisiatif "Jalur dan Jalan". Sejak itu, perusahaan-perusahaan China telah mengukuhkan kerjasama dengan Indonesia, Thailand, Laos dan Malaysia; perusahaan-perusahaan sains-dan-teknologi seperti Huawei, Alibaba dan MI, telah berkembang ke Asia Tenggara; dan semakin banyak perusahaan Asia Tenggara menembusi China. Beginilah cara Yili untuk mencapai ekonomi yang saling menguntungkan. Ketua-ketua negara-negara Asia Tenggara telah menyatakan dalam pelbagai acara bahawa mereka percaya inisiatif "Jalur dan Jalan" akan mencipta lebih banyak peluang untuk meluaskan kerjasama ekonomi dan menjadi harapan bersama untuk mengukuhkan perkongsian, memperdalam kerjasama dan meluaskan pelaburan ekonomi dan perdagangan. Kerjasama dalam bidang pertanian dan makanan merupakan item penting dalam inisiatif berkenaan.

Memandangkan pasaran makanan Indonesia berada di bawah pengurusan dan peraturan yang ketat, Yili Group berbangga kerana dapat memenuhi peraturan tempatan dan menembusi pasaran ini.

Susun Atur Yili Group

"Joyday telah berada di empat bandar utama Indonesia iaitu Jakarta, Medan, Surabaya serta Bandung, dan telah diterima baik." Ketua Pegawai Eksekutif Zhang Jianqiu berkata: "Indonesia ialah perhentian pertama dalam strategi Asia Tenggara Yili. Yili Group berharap dapat berganding bahu dengan Indonesia dan merancang perspektif yang lebih luas demi kerjasama yang saling menguntungkan!"

Yili Group mengekalkan kedudukan No. 1 yang terunggul di Asia. Dalam peta global Yili, Indonesia sememangnya merupakan lokasi signifikan serta nod penting antara susun atur global Yili.

Sehingga kini, Yili Group telah menubuhkan SINO-U.S. Food Wisdom Valley di Amerika Utara dan memainkan peranan dominan dalam penubuhannya; di New Zealand, Yili menubuhkan Tapak Pengeluaran Produk Tenusu Oceania sebagai sebahagian daripada "Jalan Sutera Maritim"; di Eropah, dengan kerjasama beberapa universiti ternama, ia menubuhkan Pusat Inovasi Eropah.

Tatkala perusahaan tenusu China berkembang dan menjadi semakin berpengaruh, demi menyahut cabaran pasaran-pasaran antarabangsa, perusahaan-perusahaan Cina perlu mengambil inisiatif dalam persaingan antarabangsa. Hanya dengan berbuat demikian mereka dapat menembusi lebih banyak lokasi untuk pertumbuhan selanjutnya, dan pastinya inilah sebenarnya yang sedang diusahakan oleh Yili.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2277749-1

Source: Yili Group
Keywords: Beverages Food/Beverages