omniture

Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global

China (Guzhen) International Lighting Fair
2018-10-27 03:55 725

ZHONGSHAN, China, 27 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pada sebelah pagi 22 Oktober, GILF kali ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018 dirasmikan secara besar-besaran.

Pameran Lampu Guzhen ditaja bersama-sama Persatuan Industri Lampu China dan Ibu Kota Lampu China (Guzhen), dianjurkan oleh Guzhen Lighting Expo Co., Ltd., dan disokong oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhongshan. Pameran ini meliputi pameran-pameran terbaik daripada seluruh rantaian industri, membangunkan platform belian lampu yang berkesan kos di Kawasan Teluk Lebih Besar untuk menawarkan perkhidmatan kepada dunia.

Dengan mod pautan "1+7" antara Pameran & Gedung Mega, pameran ini membangunkan kawasan pameran seluas 1,500,000+ m2 secara keseluruhan dan menghimpunkan lebih 2,000 pempamer berkualiti tinggi. Bilangan pameran mencecah tahap tinggi baharu dan perkhidmatan pameran serta pengangkutan dalam talian/luar talian dioptimumkan.

Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global
Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global

Pameran ini diadakan serentak dengan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen, bertujuan untuk bersama-sama meluaskan kesan ekonomi pameran dan menyelaraskan teknologi kebudayaan, kesenian dan lampu untuk memaparkan pembangunan Bandar Guzhen sepenuhnya.

Majlis Perasmian - tema "sumber lampu asli untuk 6 bilion orang di seluruh dunia" diketengahkan.

Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global
Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global

Di majlis perasmian, pegawai-pegawai daripada Persatuan Industri Lampu China, Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhongshan dan Kerajaan Rakyat Bandar Guzhen masing-masing menyampaikan ucapan dan mengesahkan peranan utama GILF dalam pembangunan industri lampu China. Dasar-dasar dan semangat berorientasikan pasaran dikongsikan dalam ucapan mereka. Seterusnya, "Platform Pengujian Pensijilan Antarabangsa Guzhen untuk Lampu & Demonstrasi Platform Khidmat Awam untuk Perusahaan Kecil & Sederhana bagi Majlis Perasmian Wilayah Guangdong", "Majlis Penganugerahan Perusahaan Layak untuk Tanda Dagang Sumber Asli Lampu" dan "Majlis Penganugerahan Penulis Sastera Cina Piala Guzhen" diadakan mengikut ketetapan.

Lebih 2,000 Pempamer Hadir

GILF ke-22 menjadikan Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen sebagai tempat utamanya manakala Lihe Lighting Expo Centre, Huayi Plaza, Star Alliance Lighting Center, Lighting Era Center, Besun Lighting Plaza, Huayu Plaza dan China International Streetlight City menjadi subtempat untuk mewujudkan kawasan pameran seluas lebih 1.5 juta meter persegi yang meliputi lebih 2,000 pempamer, termasuk 816 pempamer di tempat utama. Jenama-jenama terkenal seperti Huayi, Kinglong, OML Technology for GILF dan Link, Foguang, Nork, SF, dan XQL untuk Ekspo Pembuatan Lampu Guzhen turut berada di lapangan.

Lebih 20 Forum Tonjol Trend Industri

Lebih 20 forum dan aktiviti turut diadakan. Salah satu acara yang paling menggamit perhatian ialah "Majlis Penganugerahan Pertandingan Reka Bentuk Lampu Antarabangsa China" yang mana pereka industri dan golongan elit membincangkan isu-isu utama, pembangunan masa depan dan trend industri. Selain itu, forum dan persidangan unggul seperti "Pemadanan Perolehan Pasaran Luar Negara dalam Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) 2018", "Simposium Pensijilan Antarabangsa untuk Produk Lampu" dan "Peluang-peluang Pasaran di Afrika Timur dan Afrika Tengah" akan diadakan.

Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global
Perasmian Besar-besaran Pameran Lampu Antarabangsa China (Guzhen) ke-22 dan Festival Lampu Antarabangsa Guzhen 2018: Tumpuan Perhatian Global

Pameran Lampu Berteknologi Tinggi, GILF Lebih Baik

Pameran ini bukan sahaja membawakan produk-produk lampu inovatif dan teknologi-teknologi canggih kepada pembeli, tetapi turut membangunkan program mini Wechat yang menggabungkan maklumat pameran, pendaftaran, sistem bayaran pendaftaran di lapangan, pondok gambar dan platform B2B dalam satu. Aplikasi jurnal elektronik, sistem pengecaman wajah dan perkhidmatan pintar lain sebahagian besarnya meningkatkan pengalaman pengunjung.

Ringkasan:

GILF kali ke-22 akan meneruskan kegemilangannya dan memulakan gelombang perolehan lampu di seluruh dunia. Pameran berikutnya pasti akan menerajui industri untuk maju ke hadapan dikelilingi inovasi.

Untuk Maklumat Lanjut:

Karmen Wu
Tel: +760-2235-3188
Hubungi: Karmen.Wu@glexpo.com.cn 
Laman Sesawang: www.denggle.com
Facebook: @guzhenlightingfair

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181025/2279405-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181025/2279405-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181025/2279405-1-c

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news