omniture

Procter & Gamble labur tambahan US$30 juta melalui perkongsian dengan Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura pacu transformasi digital Singapura

Hanya lebih setahun sejak pengumuman pelaburan pertama sebanyak US$100 juta, P&G perluas komitmennya untuk kukuhkan kepimpinan digital Singapura menerusi pelancaran E-Pusat 2.0
Procter & Gamble
2018-10-29 14:15 461

SINGAPURA, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE: PG), dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), hari ini mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak US$30 juta atau S$45 juta dalam pusat inovasi digitalnya di Singapura, hanya lebih setahun selepas pelancarannya. Dirasmikan oleh tetamu kehormat En. Chan Chun Sing, Menteri Perdagangan dan Industri (MTI), E-Pusat 2.0 ialah satu peluasan daripada program inovasi digital sedia ada, menumpu untuk meletakkan Singapura di barisan hadapan transformasi digital dalam barangan pengguna dan industri peruncitan di rantau Asia Pasifik.

(Left to right) Mr. Gokul Chandar, P&G CFO Asia-Pacific and Indian Subcontinent, Middle East and Africa; Mr. Chan Chun Sing, Minister for Trade and Industry; Mr. Magesvaran Suranjan, President, P&G Asia Pacific and Indian Subcontinent, Middle East and Africa and Dr. Beh Swan Gin, Chairman of the Singapore Economic Development Board launched P&G E-Center 2.0.
(Left to right) Mr. Gokul Chandar, P&G CFO Asia-Pacific and Indian Subcontinent, Middle East and Africa; Mr. Chan Chun Sing, Minister for Trade and Industry; Mr. Magesvaran Suranjan, President, P&G Asia Pacific and Indian Subcontinent, Middle East and Africa and Dr. Beh Swan Gin, Chairman of the Singapore Economic Development Board launched P&G E-Center 2.0.

Melalui pelaburan ini, P&G meluaskan E-Pusatnya dan meraikan pencapaian penting yang baharu dalam e-Perniagaan menerusi perasmian Pusat Omnisaluran Digital i-Singapura (i-SIDOC), pusat runcit omnisaluran digital pertama yang membolehkan P&G bekerjasama dengan para peruncit dari seluruh rantau bagi mewujudkan pengetahuan yang boleh diambil tindakan dan penyelesaian runcit untuk berkhidmat dengan lebih baik, menambah nilai dan memacu disrupsi dalam pasaran pengguna hari ini. Platform kolaborasi inovatif ini dikhususkan sepenuhnya untuk Asia dan ditempatkan bersama-sama secara unik dengan Pusat Inovasi P&G Singapura yang canggih dan gedung omnisaluran.

(Left to right) Dr. Beh Swan Gin, Chairman of the Singapore Economic Development Board; Mr. Magesvaran Suranjan, President, P&G Asia Pacific and Indian Subcontinent, Middle East and Africa and Mr. Chan Chun Sing, Minister for Trade and Industry are visiting the P&G E-Center 2.0, an expansion of the existing digital innovation program that is designed to place Singapore at the forefront of digital transformation and train employees to become future ready.
(Left to right) Dr. Beh Swan Gin, Chairman of the Singapore Economic Development Board; Mr. Magesvaran Suranjan, President, P&G Asia Pacific and Indian Subcontinent, Middle East and Africa and Mr. Chan Chun Sing, Minister for Trade and Industry are visiting the P&G E-Center 2.0, an expansion of the existing digital innovation program that is designed to place Singapore at the forefront of digital transformation and train employees to become future ready.

E-Pusat 2.0 akan turut membawakan projek-projek baharu dalam pengurusan rantaian bekalan, i-Bekalan, seperti pembangunan teknologi pengautomatan dan pendigitan untuk proses-proses pembuatan serta penggunaan pembelajaran mesin dan analitik termaju untuk mengautomasi proses membuat keputusan serta meningkatkan sistem perancangan di dalam rantaian bekalan. Kemajuan-kemajuan ini perlu dibuat serentak dengan peningkatan kemahiran kakitangan, yang turut dilakukan oleh P&G melalui latihan tentang kemahiran digital dan analitik demi membina himpunan bakat yang bersedia untuk masa depan.

Dari segi e-Analitik, P&G menubuhkan pasukan saintis data baharu bagi membangunkan keupayaan dan penyelesaian digital yang terbaik dalam kelasnya bagi mengukuhkan operasi APAC dengan menawarkan penyelesaian jenama tersuai dan capaian lebih baik melalui rancangan media yang dioptimum. Analitik termaju turut dimanfaatkan sebagai komponen penting untuk mempercepatkan pembangunan produk-produk unggul dan pempakejan daripada Pusat Inovasi Singapura.

Melalui E-Pusat, P&G turut komited untuk menyokong rakan kongsi dan kakitangan dengan melengkapi mereka dengan kemahiran berkaitan bagi memanfaatkan teknologi digital dan menyelesaikan masalah perniagaan. Pada minggu menjelangnya perasmian E-Pusat 2.0, P&G Asia Pasifik menganjurkan acara teknologi digital sulungnya, ONward, termasuk sebuah universiti digital yang mana lebih 1,000 kakitangan menjalani latihan selama 5,000 jam hanya dalam masa 5 hari.

Sementara itu, lebih 500 syarikat teknologi digital termasuk syarikat baharu, PKS dan syarikat lain memohon bagi membangunkan penyelesaian untuk 9 cabaran perniagaan yang diberikan kepada mereka oleh P&G dalam usaha untuk menginovasi bersama-sama dengan pakar-pakar luar.

P&G mengambil komitmen ini terhadap inovasi bersama dengan lebih lanjut menerusi perkongsian antara P&G dan Wavefront, inkubator yang berpangkalan di Singapura. Melalui perkongsian dengan EDB, P&G dan Wavefront akan menumpu pada pemperibadian penjagaan kulit untuk pengguna Asia melalui teknologi.

"P&G ialah rakan kongsi strategik dalam usaha kami untuk meletakkan Singapura sebagai peneraju inovasi digital untuk perniagaan pengguna. E-Pusat 2.0 akan terus membina keupayaan digital dalam peruncitan, pengurusan rantaian bekalan dan analitik perniagaan serta menawarkan peluang-peluang menarik untuk warga Singapura dan perusahaan tempatan kami," kata Dr. Beh Swan Gin, Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB). "Kami turut berbesar hati untuk menyokong usaha-usaha oleh korporat-korporat peneraju seperti P&G untuk menginovasi bersama-sama dan memangkinkan pembentukan usaha baharu di Singapura dan rantau ini."

"Sejak kejayaan pelancaran E-Pusat tahun lalu, kami berupaya mengasah kekuatan teras kami dengan unik dan mempercepatkan transformasi digital serta pertumbuhan kami di rantau ini. Kami berbangga dengan kejayaan kami dan ia memberikan kami keyakinan untuk melakukan lebih lagi. Hari ini dengan E-Pusat 2.0, kami terus mendedikasikan usaha kami untuk mengukuhkan lagi kepimpinan Singapura dalam ekonomi digital dan membina keupayaan bertaraf dunia serta turut berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi tempatan utama selain memupuk bakat tempatan dan antarabangsa," kata En. Magesvaran Suranjan, Presiden P&G Asia Pasifik dan P&G Subbenua India, Timur Tengah dan Afrika dalam majlis pelancaran tersebut.

Negara ini turut menjadi tuan rumah kepada ibu pejabat Asia Pasifik P&G sejak 30 tahun lalu dan menjadi pusat kepada dua tapak pengeluaran di Tuas serta Pusat Inovasi Singapura yang canggih dan juga E-Pusat.

Latar Belakang Procter & Gamble

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia menerusi salah satu portfolio paling kukuh yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berkepimpinan termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G adalah termasuk operasi-operasi di kira-kira di 70 negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini tentang P&G serta jenama-jenamanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Belen Carazo           

Debapriya Bhattacharya

Procter & Gamble Asia Pasifik.    

MSL Singapore

Tel: (65) 9725 7762     

Tel: (65) 86612952

Emel: carazo.b@pg.com

Emel: debapriya.bhattacharya@mslgroup.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181026/2280678-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181026/2280678-1-b

Source: Procter & Gamble
Related Stocks:
NYSE:PG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Workforce Management/Human Resources