omniture

Firexo: Revolusi Memadam Kebakaran dengan Cecair Rintis Baharu

Firexo
2018-11-07 12:06 324

READING, England, 7 November 2018 /PRNewswire/ -

Cecair baharu dapat memadamkan semua kelas kebakaran dengan segera (A, B, C, D, E, & F)

Mesra alam, sejuk untuk menyentuh, dan memerlukan jumlah kecil untuk memadamkan kebakaran

Masa yang diperlukan untuk memadamkan kebakaran dikurangkan dengan ketara dengan pelancaran global Firexo.

Dalam satu ujian, sembilan liter cecair memadamkan kebakaran kereta hanya dalam masa 53 saat, berbanding dengan kaedah konvensional yang boleh mengambil masa sehingga sejam dan 1,800 liter air.

Tambahan pula, Firexo merupakan satu-satunya penyelesaian yang mampu memadamkan semua kelas kebakaran (A, B, C, D, E & F). Kebakaran eletrik, bahan api, gas, minyak, logam, dan bahan mudah terbakar pepejal, semuanya boleh dipadamkan.

Ahli bomba professional dan orang awam di seluruh dunia, semua orang akan dapat mencapai Firexo tanpa perlu berasa risau tentang jenis pemadam api tertentu yang dapat memadamkan kebakaran yang tertentu.

Firexo juga mesra alam - cecair tidak toksik dibuat daripada bahan-bahan semula jadi dan terbiodegradasikan, dengan PH neutral. Ia menyejukkan bahan kepada suhu yang boleh dikendalikan, mencipta kurang serpihan, dan memerlukan jumlah kecil untuk memadamkan kebakaran.

Sebuah motosikal respons pantas boleh dihantar untuk menangani sebarang kebakaran dan dapat menampung cecair yang mencukupi untuk memadamkan kebakaran sehingga tiga kereta, seperti yang ditunjukkan oleh motor pameran Firexo sendiri.

Pada masa ini, sehingga tiga enjin kebakaran yang lengkap dengan krew boleh digunakan untuk menangani kebakaran kereta. Mereka mungkin juga perlu menggunakan buih sebagai tambahan kepada air, yang berbahaya kepada alam sekitar dan memerlukan kebenaran terlebih dahulu untuk digunakan oleh ahli bomba.

Semasa tahun kewangan lepas, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (FRS) di England menangani 564,827 insiden, meningkat satu peritus berbanding tahun sebelumnya, yang mendasari keperluan untuk penyelesaian yang menjimatkan masa[1].

Dalam tempoh masa memadam kebakaran semasa, bangunan pejabat masih tidak dilindungi secukupnya daripada kemungkinan kerosakan akibat kebakaran sebelum ia dipadamkan. Amat sukar bagi perniagaan untuk pulih selepas kebakaran yang dahsyat - hakikatnya, 80% syarikat gagal dalam tempoh 18 bulan kebakaran besar[2]. Briged bomba dan perniagaan yang dipasang dengan Firexo dapat menurunkan angka ini dengan ketara.

Dave Breith, Ketua Pegawai Eksekutif Firexo, berkata: "Tempoh masa semasa untuk memadamkan kebakaran, walau apapun jenisnya, mengambil masa yang terlalu lama. Orang yang telah kehilangan aset, barang berharga, harta benda, pelaburan dan lebih penting lagi, orang yang tersayang, akan mengakui hal ini. Potensi menyelamatkan nyawa yang dihasilkan Firexo adalah jelas.

"Ia boleh digunakan di setiap tempat di mana pemadam kebakaran semasa ditemui, oleh ahli bomba profesional serta penghuni kediaman apabila benar-benar diperlukan, darippada kebakaran kecil hinggalah kepada kebakaran hutan. Revolusi global dalam memadam kebakaran sudah tiba, dan kemungkinannya tidak berpenghujung."

Firexo akan disediakan dalam empat bentuk berbeza: Sacet, direka untuk menangani kebakaran pan, Spray, produk yang lebih kecil untuk kebakaran kecil, tiga saiz Pemadam Api yang disasarkan untuk rumah dan perusahaan kecil hingga besar, perniagaan, dan Massa, yang disasarkan kepada organisasi besar dan perkhidmatan penyelamat kebakaran. Perjanjian pelesenan global juga tersedia.

Rujukan

1. https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/732555/fire-and-rescue-incident-march-2018-hosb1618.pdf

2. Tinjauan NFU Mutual dilaporkan di: http://elitebusinessmagazine.co.uk/finance/item/up-in-flames

Latar Belakang Firexo  

Firexo komited untuk melindungi kehidupan dengan menyediakan kaedah yang lebih cekap dan lebih selamat untuk memadamkan semua jenis kebakaran, dengan pantas. Sama ada ia memadamkan kebakaran di rumah, di khalayak ramai, atau di organisasi swasta, ia menawarkan penyelesaian paling berkesan dalam pasaran.

Ketahui lebih lanjut mengenai Firexo dengan melawat https://firexo.com/.

Untuk maklumat lanjut hubungi pasukan Perhubungan Awam Firexo di: 
firexo@berkeleypr.com
+44(0)118-334-8126

Sumber: Firexo

Source: Firexo
Keywords: Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics New products/services