omniture

Lazada jalin kerjasama dengan pengawal selia harta intelek Korea lindungi jenama dan pengguna

Lazada Group
2018-11-30 09:02 1916

SINGAPURA, 30 November 2018 /PRNewswire/ -- Firma eDagang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pengawal selia harta intelek Korea Selatan, Agensi Perlindungan Harta Intelek Korea (KOIPA), bagi mewujudkan rangka kerja yang akan melindungi hak-hak harta intelek jenama-jenama Korea dan membendung perdagangan haram pada platform eDagang.

Gladys Chun, Peguam Utama, Lazada Group (kiri) dan Hae Pyeung, Lee, Presiden Agensi Perlindungan Harta Intelek Korea (KOIPA) (kanan) bersalaman selepas menandatangani MoU untuk melindungi hak-hak IP jenama-jenama Korea di negara-negara tempat Lazada beroperasi
Gladys Chun, Peguam Utama, Lazada Group (kiri) dan Hae Pyeung, Lee, Presiden Agensi Perlindungan Harta Intelek Korea (KOIPA) (kanan) bersalaman selepas menandatangani MoU untuk melindungi hak-hak IP jenama-jenama Korea di negara-negara tempat Lazada beroperasi

 

MOU ini, yang merupakan perkongsian pertama seumpamanya antara pengawal selia harta intelek Korea Selatan dengan sebuah syarikat eDagang di Asia Tenggara, akan membolehkan Lazada dan KOIPA untuk memulakan proses yang membolehkan pelaporan dan penyingkiran senaraian yang melanggar hak-hak Harta Intelek (IP) jenama-jenama Korea di negara-negara Lazada beroperasi. Lazada akan memanfaatkan teknologi canggihnya dan hubungan erat dengan pemegang-pemegang kepentingan seperti pemegang hak IP, persatuan perdagangan dan kerajaan bagi melaksanakan amalan terbaik untuk melindungi hak IP. Di samping itu, Lazada dan KOIPA akan turut menganjurkan seminar bersama tentang perlindungan hak IP bagi meningkatkan kesedaran dan bertukar-tukar maklumat tentang isu-isu hak IP.

"Langkah-langkah berkenaan untuk membendung perdagangan barangan haram melalui Lazada bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan mengekalkan kepercayaan para pembeli pada platform kami," kata Peguam Utama Lazada Group dan Ketua Hal Ehwal Kerajaan, Gladys Chun.

"Di Lazada, kami menghormati dan berkolaborasi dengan pemegang-pemegang hak bagi melindungi IP mereka melalui kombinasi antara langkah-langkah yang proaktif dan reaktif. Menjadi kewajipan kami untuk mewujudkan ruang yang dipercayai kepada pembeli belah dan jenama-jenama, bagi memberikan mereka ketenangan bahawa kami akan sentiasa bertindak demi kepentingan terbaik mereka," kata Chun.

Hae Pyeung, Lee, Presiden Agensi Perlindungan Harta Intelek Korea berkata, "Kami berasa amat sukacita kerana dapat bekerjasama (dengan) Lazada dalam inisiatif ini. Sokongan terhadap perlindungan IP menawarkan syarikat-syarikat Korea dengan jaminan bahawa jenama-jenama mereka akan sentiasa terlindung dan akan menarik lebih banyak penjual Korea untuk menyertai Lazada bagi mendekati ribuan peminat sebenar mereka."

Perkongsian Lazada dengan KOIPA merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan Lazada sebagai destinasi yang dipercayai untuk jenama, penjual dan pembeli. Langkah-langkah terkini termasuk pelancaran LazMall, gedung beli belah terbesar Asia Tenggara yang menjamin pembeli belah dengan pengalaman beli belah berkualiti tertinggi dengan 100% produk asli, antara faedah-faedah lain.

Dengan peningkatan minat terhadap segala-gala aspek dari Korea, bermula dengan drama, K-Pop, makanan dan selebriti, produk-produk Korea semakin popular di Asia Tenggara. Bagi memenuhi peningkatan permintaan ini, Lazada, selaku platform beli belah dan jualan dalam talian yang terkemuka di rantau ini, komited sepenuhnya untuk menjadi destinasi dipercayai oleh pembeli belah untuk produk-produk Korea.

Eksport-eksport dari Korea ke negara-negara ASEAN melonjak hampir 30% sepanjang 12 bulan lalu, menurut juruhebah Korea, Arirang News. Agensi Kandungan Kreatif Korea (KOCCA), sebuah badan kerajaan yang memantau dan menyelaraskan promosi daripada industri kandungan Korea, turut berkata bahawa Indonesia merupakan pasaran yang paling pesat berkembang untuk kandungan Hallyu dengan kadar pertumbuhan tahanan diramalkan mencecah 11.8 peratus sehingga tahun 2019. Ia juga merupakan pasaran terbesar di Asia Tenggara.

Latar Belakang KOIPA

Agensi Perlindungan Harta Intelek Korea ialah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan di Korea Selatan yang dikhususkan kepada pewujudan infrastruktur untuk perlindungan hak-hak harta intelek ("IPR") penjual-penjual Korea Selatan di dalam dan luar negara. KOIPA menjalankan pelbagai aktiviti dan komited untuk menyokong dan mengambil tindakan terhadap perlindungan IPR dalam negara bersama Pasukan Polis Kehakiman Khas Pejabat Harta Intelek Korea. KOIPA menyediakan khidmat rundingan bagi tujuan pencegahan pertikaian IPR untuk kemasukan syarikat-syarikat Korea ke dalam pasaran-pasaran luar negara. Di samping itu, KOIPA bekerjasama dengan syarikat-syarikat e-dagang global seperti Alibaba group untuk membendung perdagangan barangan yang melanggar undang-undang. Selain itu, portal IP-NAVI menyediakan maklumat yang boleh disemak oleh sesiapa jua bagi menyelesaikan isu-isu berhubung entiti bukan pengamal (NPE) dan broker tanda dagangan.

Latar Belakang Lazada Group

Dilancarkan pada tahun 2012, Lazada ialah destinasi beli belah dan jualan dalam talian nombor satu di Asia Tenggara dan berada di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sebagai perintis bagi ekosistem eDagang di Asia Tenggara, Lazada mempunyai 400,000 penjual dan 3,000 jenama yang menawarkan perkhidmatan kepada 560 juta pelanggan di rantau ini melalui platform pasarannya, disokong oleh pelbagai penyelesaian pemasaran, data dan perkhidmatan tersuai. Dengan lebih 300 juta SKU tersedia, Lazada menawarkan rangkaian produk terluas dalam kategori-kategori bermula dengan kecantikan, fesyen dan barangan elektronik pengguna kepada barangan rumah, alat mainan, peralatan sukan dan barangan runcit. Menumpu untuk membawakan pengalaman pelanggan yang cemerlang, ia menawarkan pelbagai kaedah pembayaran termasuk tunai semasa hantar (COD), penjagaan pelanggan yang komprehensif dan pulangan tanpa masalah melalui cabang penyerahan kepada vendor dan kepada pengguna akhir miliknya sendiri yang disokong oleh kira-kira 100 rakan kongsi logistik. Majoriti Lazada Group dimiliki oleh Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181128/2311556-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160928/8521606183LOGO

Source: Lazada Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Contracts