omniture

Telefon Pintar HONOR Dominasi Jualan Hujung Minggu Black Friday Seluruh Eropah, Timur Tengah dan AS

Honor
2018-12-02 23:31 1157

Peningkatan jualan tahun ke tahun 250% yang mengagumkan berbanding tahun 2017 merentas rantau pan-Eropah

Permintaan terhadap telefon pintar HONOR capai nilai tinggi baharu dan habis terjual melalui Amazon dan Newegg di AS

BEIJING, 2 Disember 2018 /PRNewswire/ -- HONOR, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, mencatatkan prestasi jualan yang mengagumkan pada hujung minggu Black Friday dan Cyber Monday di Eropah, Timur Tengah dan AS, dengan produk-produk HONOR mengungguli senarai produk terlaris Amazon di Perancis, Jerman, Itali dan UK.

Angka-angka tahun ini mendedahkan peningkatan jualan tahun ke tahun 250% yang hebat berbanding dari tahun 2017 merentas rantau pan-Eropah sempena hujung minggu Black Friday dan Cyber Monday, dengan jualan di Sepanyol melonjak 300%.

HONOR 9 Lite merupakan telefon pintar No. 1 paling laris terjual secara dalam talian dalam kategori EUR150-EUR200 dengan tawaran untuk semua telefon bimbit, manakala HONOR 10 menduduki kedudukan tinggi dalam senarai 10 Teratas Amazon bagi jualan hujung minggu Black Friday. Kedua-dua catatan rekod membuktikan bahawa telefon pintar HONOR semakin popular dalam kalangan pembeli di seluruh Eropah.

Sementara itu di AS, permintaan terhadap HONOR View 10 mencecah angka tinggi baharu dan habis terjual melalui Amazon dan Newegg semasa Promosi Black Friday dan menyaksikan pertumbuhan jualan yang mengagumkan sepanjang hujung minggu di Timur Tengah. Semasa Hujung Minggu Black Friday, HONOR menduduki kedudukan No.1 dalam kategori telefon pada semua saluran jualan di Finland, manakala Republik Czech menyaksikan pertumbuhan telefon pintar HONOR keseluruhan mencecah 200% berbanding pada tahun 2017, dengan peningkatan 300% berbanding tahun sebelumnya untuk HONOR 10. Di Poland, HONOR Play mencatatkan pertumbuhan jualan 500% semasa hujung minggu Black Friday, habis terjual melalui Euronet, X-kom dan Media Expert dalam masa dua jam, justeru mencapai pertumbuhan jualan keseluruhan sebanyak 150%.

Top-Selling Smartphone Brand on Black Friday
Top-Selling Smartphone Brand on Black Friday

Menerusi kesemua tawaran telefon pintar HONOR yang hebat, terdapat sesuatu yang disediakan untuk setiap orang pada musim ini. Telefon bimbit baharu HONOR 8X menerajui perubahan sebagai keluaran baharu terbaik, menduduki tempat pertama antara produk baharu melalui Amazon Germany dan menjadi Produk Paling Laris bagi jualan dalam talian telefon pintar Perancis[1] sejak pelancaran global pada Oktober lalu. Di Rusia, HONOR 8X kini merupakan telefon pintar dengan jualan paling laris dalam talian dan ia telah melangkaui jualan produk terdahulunya, HONOR 7X, dengan peningkatan sebanyak 500%.

Keputusan ini menunjukkan pertumbuhan berterusan HONOR sepanjang tahun lalu dan peningkatan populariti model-model berkuasa AI seperti HONOR 10, dengan dwikamera berkuasa AI yang utama dalam industri dan lapisan belakang kaca 3D dengan salutan optik skala-nano yang mengagumkan serta HONOR Play yang menawarkan pengalaman permainan '4D' dengan GPU Turbo serta pengecaman waktu nyata, malah HONOR 8X, yang mana teknologi canggihnya serta harga yang berpatutan menjadikannya pemenang bagi musim ini.

"Saya berasa gembira dan bersyukur atas sokongan yang kami terima daripada pengguna semasa jualan Black Friday tahun ini. Lonjakan jualan terkini ini mengungguli tahun yang membuahkan hasil untuk jenama HONOR dan kami mengharapkan satu lagi tahun yang pesat berkembang pada tahun 2019. Menerusi usaha berterusan dalam teknologi inovatif dan reka bentuk produk termaju, kami akan terus menyediakan telefon pintar terbaik dengan pengalaman pengguna unggul kepada semua pengguna seluruh dunia," kata George Zhao, Presiden HONOR.

[1] Menurut laporan GFK, W41 2018

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah e-jenama telefon pintar yang terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hiHONOR.com atau ikuti kami di:

https://www.facebook.com/HONORglobal/ 
https://twitter.com/HONORglobal 
https://www.instagram.com/HONORglobal/ 
https://www.youtube.com/c/HONORofficial/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181201/2314281-1

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Telecommunications Telecommunications Equipment Sales reports