omniture

Berlin Summit: EasyStack Pertonton Produk OpenStack Sentiasa Berubah Pertama Dunia

EasyStack
2018-12-03 09:42 924

BERLIN, 3 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pada 15 November 2018, EasyStack mempertontonkan rangkaian produk pengkomputeran awan generasi baharunya kepada pembangun dan pengguna OpenStack utama di OpenStack Summit Berlin. Dipamerkan di atas pentas merupakan produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan pertama dunia yang berupaya menyediakan evolusi berterusan dan penaiktarafan bergilir menerusi keupayaannya. Syarikat ini membawakan dan mempamerkan ciri-ciri produk termasuk operasi dan penyelenggaraan automatik, pemantauan menyeluruh 360-darjah, pengaturan sumber dipacu tindakan visual dan pemulihan bencana sedia-beroperasi perusahaan berdasarkan pusat-pusat dwidata yang direka khusus untuk pengkomputeran awan. Produk generasi baharu ini dan demonstrasi langsungnya memperlihatkan kepimpinan EasyStack dalam inovasi berteknologi dalam pengkomputeran awan sumber terbuka.

Live demo at OpenStack Summit Berlin
Live demo at OpenStack Summit Berlin

I.   Mendemonstrasi generasi baharu produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan

Menurut "Laporan Tinjauan Pengguna OpenStack 2018" yang dikeluarkan baru-baru ini oleh OpenStack Foundation, tiga aspek utama yang memerlukan peningkatan selanjutnya yang dititikberatkan oleh pengguna global OpenStack ialah dokumentasi, penaiktarafan dan pengalaman pengguna.

Berdasarkan maklum balas yang disebutkan di atas, EasyStack melancarkan rangkaian produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan berdasarkan perkakas revolusioner generasi baharu dengan menggabungkan teknologi pengkomputeran awan sumber terbuka canggih dan amalan terbaik melalui penawaran perkhidmatan kepada lebih 300 pelanggan perusahaan bersaiz besar dan sederhana. Rangkaian produk ini menampilkan reka bentuk untuk operasi gagal dengan seni bina HA perkhidmatan mikro teragih inovatif yang berupaya untuk menjalani penaiktarafan bergilir. Ia membolehkan Seni Bina Infrastruktur IT pelanggan perusahaan untuk terus berevolusi mengikut keperluan perniagaan, menyediakan mereka dengan ketangkasan dan kefleksibelan yang belum pernah terjadi sebelum ini serta membantu mereka mempercepatkan inovasi perniagaan.

Generasi baharu produk-produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan EasyStack:

1. Seni bina HA perkhidmatan mikro teragih inovatif dayakan penaiktarafan bergilir satu klik dan evolusi berterusan

Reka bentuk seni bina HA perkhidmatan mikro teragih membolehkan komponen-komponen perkhidmatan asas pada platform awan dibangunkan bagi memenuhi keperluan penaiktarafan bergilir dan evolusi berterusan pada seluruh platform. Generasi baharu produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan EasyStack membantu pengguna menangani cabaran penaiktarafan yang membebankan dan kompleks, seraya menawarkan produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan dengan ciri kemudahan penggunaan produk perisian pengguna.

2. Pengaturan Sumber Dipacu Tindakan Visual

Enjin pengaturan dipertingkat berupaya memperuntukkan sumber awan yang mencakupi pengkomputeran, rangkaian dan penyimpanan menggunakan operasi tarik dan lepas visual, tetapi juga membolehkan senario pengaturan bercampur dengan sumber-sumber sedia ada. Sementara itu, ia dapat menggunakan sumber secara automatik kepada pasaran aplikasi dan membentuk gelung tertutup dengan pasaran aplikasi dengan merujuk semula aplikasi yang telah digunakan oleh enjin pengaturan untuk membantu perusahaan membangunkan dan mengagihkan aplikasi dengan cepat, membolehkan pengguna perusahaan mengendalikan platform pengkomputeran awan mereka dengan menumpu pada aplikasi dan penyelesaian perniagaan.

3. Keupayaan pemulihan bencana sedia-beroperasi perusahaan berdasarkan dwidata

Dilaksanakan merentas dua pusat data, produk ini menyokong pemulihan bencana yang direka untuk platform awan. Ia menumpu pada sumber awan untuk perusahaan, menyediakan replikasi banyak-dengan-banyak, sandaran data menghampiri waktu nyata, prestasi tinggi, QoS dan strategi sandaran fleksibel boleh dikonfigurasi yang dapat membantu mengurangkan kerumitan operasi dan penyelenggaraan perusahaan. Sementara itu, generasi baharu produk pengkomputeran awan peringkat perusahaan EasyStack turut menawarkan komponen-komponen teras seperti Perkhidmatan Pengautomatan Awan EasyStack (ECAS) dan Perkhidmatan Pengawasan EasyStack (ECMS) menyeluruh 360 darjah, memungkinkan pengguna perusahaan untuk mengendalikan dan menyelenggara platform awan dengan mudah.

II. R ico Lin dianugerah gelaran "Wira Rakyat"

EasyStack komited untuk menjadi perusahaan pengkomputeran awan bertaraf dunia berdasarkan ekosistem sumber terbuka. Memanfaatkan pelbagai pilihan perisian sumber terbuka termasuk OpenStack, Ceph, Kubernetes dan Docker, ia menyediakan produk dan perkhidmatan pengkomputeran awan yang bersifat terbuka, stabil, andal dan berprestasi tinggi untuk pelanggan perusahaah, di samping menyumbang kepada komuniti sumber terbuka secara berterusan dan mendorong pengkomersialan teknologi sumber terbuka. Perlu dinyatakan bahawa Rico Lin daripada EasyStack diiktiraf atas sumbangan beliau yang berhati mulia dan tekal kepada komuniti OpenStack dan dianugerahkan gelaran "Wira Rakyat" semasa Anugerah Penyumbang Komuniti di OpenStack Summit Berlin, menjadikan beliau sebagai satu-satu penerima anugerah daripada sebuah syarikat Cina.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181129/2312934-1

Source: EasyStack
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services