omniture

Pelancaran TCO Certified baharu - produk IT yang lebih lestari boleh didapati

TCO Development
2018-12-04 16:00 1080

STOCKHOLM, 4 Disember 2018, /PRNewswire/ --  

Hari ini ialah pelancaran TCO Certified, generation 8. Menumpukan kepada cabaran kelestarian yang paling relevan, TCO Certified membantu organisasi membuat pilihan bertanggungjawab apabila membeli produk IT. 72 produk telah diiktiraf daripada Dell, Eizo, Lenovo  dan HP.

Kriteria yang baharu dan dikemas kini mendorong tanggungjawab dan ketelusan dalam rantaian bekalan. Dengan pendekatan bundar, pengiktirafan ini menjadikan produk IT yang lebih lestari boleh didapati di pasaran. Kriteria menumpu kepada melanjutkan jangka hayat produk IT dan membantu organisasi yang membeli untuk menyumbang kepada matlamat kelestarian kebangsaan dan global.

generated by system

"Ini adalah langkah terbesar kami setakat ini ke arah kitaran hayat bundar dan lestari bagi produk IT. Menyokong perkembangan ke arah Matlamat Pembangunan Lestari 2030 PBB, TCO Certified, generation 8 membantu jenama dan pembeli untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari" , kata Sören Enholm, CEO TCO Development, organisasi di sebalik TCO Certified.

Kebundaran bermakna beralih daripada model ambil, buat, lupus linear, kepada model yang produknya digunakan lebih lama dan boleh diguna semula atau dikilangkan semula sebelum dikitar semula. Mengekalkan bahan dalam penggunaan bernilai tinggi selama yang mungkin juga bermakna mengurangkan kebergantungan pada bahan mentah dan mengurangkan sisa toksik.

Dalam TCO Certified, generation 8, penyelesaian bundar didayakan melalui bidang baharu pelanjutan tempoh hayat produk. Kriteria baharu yang menumpu kepada ketahanan, kebolehbaikan dan kebolehnaiktarafan produk adalah penambahan kepada kriteria sedia ada berkenaan dengan pemulihan dan kitar semula bahan.

Kriteria juga bertujuan untuk mengurangkan atau menghapuskan penggunaan bahan berbahaya dalam produk IT, merangkumi logam berat, halogen, perencat api tidak berhalogen dan pemplastik. Pekerja di kilang mesti memakai peralatan perlindungan dan dididik tentang risiko apabila menggunakan bahan kimia proses berbahaya.

"Dengan menyertakan generasi terbaru TCO Certified dalam pemerolehan, anda mendapat akses kepada kriteria kitaran hayat komprehensif dan pengesahan pematuhan bebas. Tidak lama lagi, kami menjangkakan lebih banyak produk akan diiktiraf menurut TCO Certified, generation 8, Sören Enholm membuat kesimpulan.

Senarai penuh produk yang diiktiraf boleh didapati di Pencari Produk kami.

Mengenai TCO Certified
Dengan 25 tahun pengalaman, TCO Certified adalah pensijilan kelestarian terkemuka di dunia untuk produk IT. Kriteria komprehensif kami direka bagi memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar di sepanjang kitaran hayat produk . Meliputi lapan kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan disahkan secara bebas, untuk kedua-dua pra dan pos pensijilan. Sertai kami bagi memacu kemajuan ke arah kelestarian produk IT.

Perhubungan media:
Gabriella Mellstrand
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi
press@tcodevelopment.com
+46 706 35 83 51
Bilik Media


 

Source: TCO Development
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services