omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

nChain Perkenal Projek Metanet Perintis Perkasa Internet melalui Rantaian Blok Bitcoin SV

2018-12-07 00:01

LONDON, 7 Disember 2018 /PRNewswire/ -- nChain, peneraju global bagi penyelidikan dan pembangunan rantaian blok, memperkenalkan projek "Metanet" perintisnya bagi memperkasa dan menyepadukan Internet melalui rantaian blok Bitcoin. Menggunakan harta intelek yang telah dicipta olehnya, nChain akan membangunkan Metanet secara eksklusif melalui Bitcoin SV (BSV), yang memperlihatkan protokol dan reka bentuk Bitcoin asal.

Metanet merupakan hasil ciptaan Ketua Saintis nChain Dr. Craig S. Wright, yang mengumumkan mengenai projek ini dalam ucapan beliau pada 30 November di persidangan Minggu CoinGeek yang diadakan di London. Dr. Wright menjelaskan:

"Apa yang kami akan hasilnya sebenarnya ialah satu alternatif selamat kepada Internet, dibangunkan melalui rantaian blok. Internet menjadi sebahagian daripada rantaian blok Bitcoin. Metanet ialah rangkaian bernilai—seluruh sistem global melibatkan aktiviti dan data dalam talian terhubung secara komersial."

Internet telah mengubah cara kita menjalani kehidupan dan beroperasi, namun ia dicipta dalam era pra-rantaian blok. Dari segi luaran, Metanet seakan-akan menyerupai Internet. Namun demikian, Metanet dikuasakan oleh perbezaan teknikal dari segi bagaimana data dapat disimpan dan diakses melalui transaksi rantaian blok, yang menyediakan kelebihan kecekapan sekuriti dan ekonomi berbanding teknologi Internet semasa. Metanet akan mengubah bagaimana Internet beroperasi dengan menggunakan transaksi Bitcoin untuk memindahkan data termampat, mendayakan pertukaran separa automatik yang andal pada laman web dan maklumat lain.

Metanet akan membawakan cara baharu untuk mengedarkan kandungan web dan memudahkan model-model perniagaan e-dagang baharu yang dapat dilakukan oleh transaksi mikro Bitcoin. Ini dapat membolehkan syarikat-syarikat memperoleh bayaran mikro segera untuk klik, kandungan dan data. Dengan memanfaatkan keselamatan dan kestabilan ekonomi rantaian blok, Metanet dapat bertindak untuk mengurangkan potensi penipuan lantaran kualiti dan integriti data yang lebih tinggi yang disediakan oleh storan data sokongan rantaian blok.

Ini membolehkan syarikat-syarikat mencipta model-model perniagaan baharu melalui pengedaran kandungan dan transaksi mikro berasaskan rantaian blok yang (sehingga kini) belum dapat dilaksanakan secara ekonomi melalui Internet. Sebagai contoh, penyelesaian baharu akan membolehkan:

  • Pengesahan akses kepada kandungan web, akaun media sosial dan sistem teragih dengan selamat, pada waktu nyata dan dengan identiti peribadi
  • Perkhidmatan carian Internet, maklumat dan kandungan yang bergantung pada pembayaran mikro oleh pengguna dan bukannya model pengiklanan tradisional
  • Model perniagaan untuk kandungan bayar-setiap-penggunaan dan aset digital pada waktu nyata dan terjamin.
  • Sistem dompet bersepadu untuk penyepaduan dan pengalaman pengguna lancar
  • Kontrak automatik dan pengagihan produk belian (digital dan fizikal)
  • Pengurusan rantaian bekalan waktu nyata dengan cara yang boleh disahkan dan boleh dikesan
  • Pengautomatan polisi insuran tanpa borang dan pada waktu nyata
  • Jaminan tiket acara, pengangkutan dan tempahan hotel waktu nyata

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan nChain Jimmy Nguyen menyebutkan:

"Awalnya, Metanet akan meningkatkan dan kemudiannya memacu Internet, menjadikan Bitcoin SV sebagai lejar awam global yang memperkukuh semua aktiviti Internet. Ia merupakan konsep yang amat mengagumkan dengan kemungkinan tanpa had berdasarkan sekuriti, kecekapan dan integriti data tambahan pada rantaian blok dan merupakan satu lagi visi Craig Wright untuk menyerlahkan kuasa sebenar Bitcoin. Kami telah mengambil langkah awal dan sedia maklum bahawa ia akan memerlukan kerjasama pihak-pihak lain untuk menjadikan Metanet suatu kenyataan."

Projek Metanet ialah satu usaha besar yang akan memerlukan masa untuk menentukan dan menyampaikan dengan cara yang mesra perniagaan. nChain akan meneruskan usahanya dan mencari rakan-rakan kongsi kolaborasi terpilih bagi membantu membangunkan Metanet secara progresif.

Tonton pembentangan Craig Wright yang mengumumkan projek Metanet di sini.

Untuk penjelasan lanjut, tonton wawancara bersama Craig Wright di sini.

LATAR BELAKANG NCHAIN:  nChain ialah peneraju global bagi penyelidikan dan pembangunan teknologi rantaian blok. Misinya adalah untuk mendayakan pertumbuhan besar-besaran dan penerimaan seluruh dunia rangkaian Bitcoin, menumpu pada Bitcoin SV (BSV) sebagai Bitcoin asal yang akan memenuhi Visi Satoshi.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/717215/nChain_Logo.jpg

Source: nChain
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Banking/Financial Service

Computer Software

Computer/Electronics

New products/services

Blockchain

Financial Technology

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us