omniture

Venture Global LNG Peroleh Modal Baharu $220 Juta dengan Kemudahan Kredit daripada Morgan Stanley Senior Funding, Inc.

Venture Global LNG, Inc.
2018-12-07 22:49 1799

ARLINGTON, Virginia, 7 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian kemudahan pinjaman jangka pendek bernilai $220 juta dengan Morgan Stanley Senior Funding, Inc. serta pemberi pinjaman bersekutu. Tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat biasa sebelum ini, hasil pinjaman tersebut akan disediakan serta merta dalam jumlah penuh dan akan digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja kejuruteraan dan memulakan aktiviti pembinaan tapak untuk projek eksport LNG Calcasieu Pass 10 juta tan setahun (MTPA) syarikat setelah menerima kelulusan kawal selia dan sebelum FID rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Mike Sabel dan Bob Pender bersama-sama menyatakan, "Dari peringkat awal lagi, Morgan Stanley mengiktiraf strategi inovatif dan pelaksanaan terperinci kami serta mereka telah menjadi rakan kongsi jangka panjang yang amat dihargai buat pasukan kami. Nilai $220 juta ini, berserta modal ekuiti sebanyak $635 juta yang telah dikumpul setakat ini, membolehkan kami menyelesaikan kerja-kerja kejuruteraan termaju, membeli peralatan dan memulakan aktiviti pembinaan di kemudahan Calcasieu Pass kami dalam tempoh terdekat, seraya dapat mengurangkan risiko jadual untuk pelanggan dagangan kami."

Kemudahan Calcasieu Pass 10 MTPA akan menggunakan penyelesaian proses yang komprehensif daripada GE Oil & Gas, LLC, sebahagian daripada Baker Hughes, sebuah syarikat GE (BHGE) dan akan memanfaatkan kemudahan pencecairan berskala pertengahan, modular dan fabrikasi-kilang. Kontraktor EPC terpilih Calcasieu Pass LNG, Kiewit akan memulakan kerja-kerja pembinaan kilang ini susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang diperlukan, termasuk Perintah Akhir daripada Suruhanjaya Pengawalseliaan Tenaga Persekutuan (FERC) A.S. yang kini dijadualkan untuk dikeluarkan selewat-lewatnya pada 22 Januari 2019. Projek ini memeterai perjanjian dagangan mengikat selama 20 tahun dengan rakan-rakan kongsi bertaraf dunia termasuk Shell, BP, Edison S.p.A., Galp, Repsol dan PGNiG.

Syarikat turut membangunkan kemudahan eksport LNG Plaquemines 20 MTPA di Plaquemines Parish, Louisiana, yang telah memeterai perjanjian dagangan mengikat pertama selama 20 tahun dengan PGNiG. Venture Global LNG dijangka mengambil keputusan pelaburan akhir (FID) rasmi untuk projek-projek LNG Calcasieu Pass dan Plaquemines pada tahun 2019.

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Sistem proses pencecairan Venture Global LNG akan menggunakan suit produk yang amat cekap dan andal yang dibekalkan oleh BHGE. Venture Global LNG membangunkan kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 1,000 ekar yang terletak di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dengan Teluk Mexico) dan kemudahan LNG Venture Global Plaquemines 20 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 630 ekar di Plaquemines Parish, Louisiana, 30 batu di bahagian selatan New Orleans, Sungai Mississippi). Venture Global telah mengumpul modal sebanyak $855 juta setakat ini bagi menyokong pembangunan projek-projeknya. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

 

 

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Financing agreements