omniture

Royal Canadian Mint lancar duit syiling perak dwicekung baharu antara produk akhir tahun 2018

Royal Canadian Mint
2018-12-08 00:37 2130

OTTAWA, Ontario, 8 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint dengan sukacitanya memperkenalkan hasil ciptaan perak 10 auns yang membawa reka bentuk duit syiling ke tahap baharu yang berani. Produk hasil daripada ujian termaju oleh makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mint, Duit Syiling Dwicekung Perak Halus $100 2019 Nature's Grandeur: Brown Bear itu berukuran 16 mm di bahagian tepinya dan hanya 4 mm di bahagian pusatnya. Gambaran Artis Denis Mayer Jr. terhadap beruang perang yang mengagumkan dalam habitat semula jadinya pada permukaan berkontur mendalam, menarik perhatian mereka yang melihatnya kepada suatu pemandangan yang mengasyikkan, manakala bahagian depannya menampilkan imej Yang Mulia Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt memberi kesan yang serupa.

The Royal Canadian Mint's Fine Silver Double Concave Coin "Nature's Grandeur - Brown Bear" Reverse Angle View
The Royal Canadian Mint's Fine Silver Double Concave Coin "Nature's Grandeur - Brown Bear" Reverse Angle View

Duit syiling unik ini turut disimpan dalam kapsul dwicekung bagi membolehkan pengumpul menghargai bentuknya yang dramatik dan luar biasa dengan sepenuhnya. Produk eksklusif ini, yang terhad kepada tempaan seluruh dunia hanya sebanyak 500 keping dan berharga $999.95 CAD, kini tersedia.

Turut melengkapkan tahun ini ialah syiling boleh kumpul yang berikut:

  • Duit Syiling Perak Halus $100 2018 bersadur emas secara terpilih, 10 auns – Keepers of Parliament: The Lion, menampilkan kerja seni oleh Patrick Bélanger;
  • Duit Syiling Perak Halus $20 2019 – Canada's Historical Stamps: Coat of Arms and Flag Special Delivery;
  • Duit Syiling Perak Halus $30 2019 - Zentangle® Art: The Big Horn Sheep, menampilkan kerja seni oleh Jori Van Der Linde;
  • Dua keluaran terakhir Duit Syiling Perak Halus $3 2018 rekaan  Frank Polson -
     The Thirteen Teachings series: Big Spirit Moon and Little Spirit Moon; dan,
  • Siri baharu dipertingkat dengan kristal yang menampilkan 12 buruj zodiak tahun kalendar, bermula dengan Duit Syiling Perak Halus $5 2019 – Zodiac: Capricorn, direka oleh artis Jori van de Linde.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di laman sesawang Mint. Imej duit syiling boleh dilihat di sini.

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada,1-800-268-6468 di AS, atau dalam talian di www.mint.ca. Duit syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Sebuah syarikat yang diperakui ISO 9001, Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Penasihat Kanan, Komunikasi Luar, Royal Canadian Mint, Tel: (613) 949-5777, reeves@mint.ca

The Royal Canadian Mint's Fine Silver Double Concave Coin "Nature's Grandeur - Brown Bear" Obverse Angle View
The Royal Canadian Mint's Fine Silver Double Concave Coin "Nature's Grandeur - Brown Bear" Obverse Angle View

 

The Royal Canadian Mint's Fine Silver Double Concave Coin - "Nature's Grandeur - Brown Bear" Reverse
The Royal Canadian Mint's Fine Silver Double Concave Coin - "Nature's Grandeur - Brown Bear" Reverse

   

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/795027/Natures_Grandeur_Brown_Bear_Reverse_Angle.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/795028/Natures_Grandeur_Brown_Bear_Obverse_Angle.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/795029/Natures_Grandeur_Brown_Bear.jpg

 

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Canadian Federal Government