omniture

Pertandingan Robotik MakeX 2018 Perkenal Juara Global dan Program 2019 untuk Pertandingan Dalam Talian

Makeblock
2018-12-11 19:35 1288

- MakeX 2019 bakal bawakan tema/program baharu dan adakan pertandingan kreatif secara dalam talian

SHENZHEN, China, 11 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember, Pertandingan Robotik MakeX, diasaskan dan ditaja oleh Makeblock, mengadakan pusingan akhir global tahun 2018 di Nansha Stadium Guangzhou serta turut mengumumkan juara tahunannya selain tema dan juga program pertandingan baharu bagi tahun 2019.

Sebanyak 350 pasukan dengan kewarganegaraan berbeza telah mendaki ke kedudukan teratas, muncul dalam pusingan akhir selepas berbulan-bulan menyertai pertandingan di 50 bandar merentas 20 negara di Eropah, benua Amerika, Asia dan Oceania.

Pusingan Akhir Global MakeX 2018
Pusingan Akhir Global MakeX 2018

Bermula pada 7 Disember 2018, pertandingan ini diakhiri dengan 8 pasukan memenangi 500,000 RMB daripada Dana Impian Pendidikan STEAM.

Coding Academy ialah sebuah kumpulan dari Mexico yang datang dari jauh untuk menyertai pertandingan peringkat akhir. "Kami amat berbangga dengan pelajar-pelajar belia kami dan berasa gembira dapat menyaksikan mereka bersuka ria dalam permainan tersebut," kata pengajar. "Pelajar-pelajar tersebut gilakan robot. Ibu mereka semua berada di sini bersama-sama mereka hari ini. Sememangnya mereka bekerja keras agar berpeluang untuk bermain di sini, namun kesemuanya berbaloi."

Peserta-peserta MakeX Dari Mexico
Peserta-peserta MakeX Dari Mexico

Jasen Wang, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock, pengasas dan penaja MakeX, berkata: "Robotik ialah cara terbaik untuk mengajar kanak-kanak cara untuk mengekod. Dengan bersaing bersama robot, mereka menguji kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, komunikasi dan penciptaan dan mengenali dunia digital melalui apa yang dikod oleh mereka. Kami ingin menganjurkan pertandingan robotik terbaik dan berharap agar suatu hari nanti MakeX akan dapat dibawa ke setiap pelosok dunia."

Sebagai peringkat akhir pertandingan, Jawatankuasa Pertandingan Robotik MakeX mengumumkan program-program pertandingan baharu untuk MakeX 2019:

  • MakeX Spark-My City, program ambang rendah yang kreatif untuk pelajar-pelajar berumur 6 hingga 18 tahun;
  • MakeX Coding-Multiple Themes, program komuniti dalam talian kreatif.

Pihak Jawatankuasa turut memperkenalkan tema-tema baharu kepada program-program sedia ada untuk musim 2019:

  • MakeX Starter-City Guardian;
  • MakeX Challenge-Courageous Traveler;
  • MakeX Premier-Strong Alliance.

MakeX 2019 akan meneruskan semangat kreativiti, kerja berkumpulan, perkongsian dan keseronokan MakeX dengan pendidikan STEAM sebagai terasnya. Peserta-peserta akan diuji dalam aspek kejuruteraan, kolaborasi dan taktik. Lebih banyak pilihan peralatan akan disediakan di MakeX 2019 seperti model papan utama baharu, komponen elektronik, motor dan bahagian struktur demi membawakan pengalaman yang lebih menyeronokkan, berdaya saing dan lebih segar kepada pertandingan tersebut. Dengan menyertai MakeX, peserta-peserta akhirnya akan dapat memperkayakan pengetahuan mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik.

Latar Belakang MakeX

Pertandingan Robotik MakeX ialah satu pertandingan robotik belia global yang dianjurkan oleh Makeblock bagi tujuan mempromosi pendidikan STEAM, menyasarkan untuk memupuk generasi penginovasi akan datang. Pertandingan Robotik MakeX menetapkan penanda aras untuk pertandingan-pertandingan robot antarabangsa melalui peraturan pertandingan termajunya dan pengaturan acara bertaraf profesional. Setakat ini, ia telah menarik ratusan malah ribuan pelajar dari seluruh dunia untuk menyertai pertandingannya yang menarik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181210/2321780-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181210/2321780-1-b

Source: Makeblock
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Education Sports STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)