omniture

Tissue Genesis Perkenal Icellator® X Canggih

Tissue Genesis LLC
2018-12-13 06:18 1147

 

Sistem pengasingan sel stem diperoleh daripada enzim yang dipertingkat tawar impak dan kecekapan keseluruhan lebih besar dalam bidang perubatan regeneratif   

HOUSTON, 13 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Tissue Genesis LLC hari ini mengumumkan pelancaran Icellator® X, sistem terbaharu dan paling canggih untuk mengasingkan sel stem dalam tisu adipos.

 

Human Life CORD
Human Life CORD

Icellator® X melanjutkan keupayaan Icellator® asal, seraya menonjolkan kemajuan utama dalam aplikasi terapi stem dunia sebenar untuk pesakit.

Icellator® X yang baru dipasarkan menawarkan hasil sel stem yang lebih banyak, kemudahan penggunaan lebih baik dan antara muka pengguna disediakan dalam pelbagai bahasa. Ia serta merta menjadi sistem paling cekap yang tersedia dalam pasaran. Icellator® X 2019 membolehkan ahli-ahli profesional perubatan dan para saintis memulihkan dengan cepat berjuta-juta sel stem dewasa milik pesakit untuk rawatan terapeutik dan kegunaan penyelidikan.

Icellator® X dipamerkan di Persidangan iFats (Persekutuan Antarabangsa untuk Terapeutik dan Sains Adipos) tahunan ke-16 di Cosmopolitan Las Vegas mulai 13-15 Disember. (Reruai #302) Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ifats.org .

Keupayaan Icellator® X termasuk:

  • Isipadu Input Lipoaspirate Volume sehingga 100 mL
  • Pengasingan konsisten bagi hasil sel pecahan vaskular stroma (SVF) tinggi
  • Pemulihan sel SVF 50 juta lazim bagi setiap 100 mL tisu adipos
  • Cell suspension safe for IV delivery
  • Ampaian sel selamat untuk penghantaran IV
  • Masa operasi kira-kira 1 jam
  • Antara muka pengguna skrin sentuh tersedia dalam berbilang bahasa
  • Kit rawatan kartrij pakai buang guna sekali steril
  • Pematuhan  IEC 60601
  • UL disenaraikan pada IEC 60601

"Icellator® X meneruskan tradisi Icellator Tissue Genesis dalam menjadi sistem titik penjagaan yang paling cekap yang tersedia," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Perubatan Tissue Genesis Dr. Marc Penn, M.D., Ph.D., FACC. "Dengan mesin baharu ini, kami berupaya memperoleh hasil sel stem yang jauh lebih banyak dengan cekap, yang membawakan langkah utama ke hadapan untuk penyelidik, doktor dan pesakit."

"Kami teruja untuk berkolaborasi dengan Tissue Genesis untuk mewakili Icellator X di Jepun," kata Presiden Human Life CORD Masamitsu Harata. "Kertas kajian mendemonstrasikan bahawa SVF yang diperoleh daripada enzim ialah persediaan paling berkesan untuk sel stem yang diperoleh daripada adipos. Kami percaya bahawa kecekapan Icellator X dapat menjadikannya sistem unggul di Asia."

Icellator® X Tissue Genesis direka untuk kegunaan mudah yang maksimum oleh kakitangan klinikal: proses yang cekap, tertutup dan automatik. Menggunakan Kit Katrij guna sekali proprietari dan steril, Icellator® X mengasingkan hasil konsisten pecahan vaskular stroma (SVF) daripada sampel kecil tisu adipos kira-kira dalam sejam, menggunakan proses penulenan berpaten.

"Icellator X ialah penaiktarafan penting untuk sistem Icellator asal kami, menggabungkan maklum balas daripada pengguna yang kini dapat memproses lebih banyak lemak. Icellator baharu dapat mengoptimumkan hasil sel menggunakan teknologi perkakasan dan perisian terkini," kata Pengarah Pengurusan Produk Tissue Genesis Dr. Rolf Wolters, Ph.D.

Icellator® asal telahpun digunakan di seluruh dunia untuk meningkatkan hasil yang diingini oleh pesakit bagi merawat keadaan kronik atau untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan yang sihat. Icellator®® X baharu mendorong Tissue Genesis maju ke hadapan sebagai peneraju dalam penghasilan pecahan vaskular stroma (SVF) daripada sel stem diperoleh daripada lemak adipos milik pesakit.

LATAR BELAKANG TISSUE GENESIS

Tissue Genesis, LLC, (TG) menawarkan penyelesaian terapi sel gred klinikal yang terbaik dalam kelasnya, Icellator® X canggihnya merupakan peranti titik penjagaan berprestasi tinggi yang mengekstrak dengan cekap sel stem dewasa daripada sampel kecil tisu adipos autologus melalui proses yang tertutup dan automatik sepenuhnya. Dikeluarkan di bawah cGMP mengikut piawaian ISO 13485 dan FDA tertinggi, Icellator® tidak memerlukan intervensi manusia dan memberikan hasil pecahan vaskular stroma yang cukup tulen untuk membenarkan infusi intravena dalam masa sejam atau kurang. Ditubuhkan pada tahun 2001, TG merupakan sebahagian daripada Okyanos Global Health, Inc. portfolio syarikat yang dikhususkan unutk mempercepatkan sains hayat melalui terapeutik baharu dan inovasi komersial. Icellator® asal Tissue Genesis diluluskan untuk digunakan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan perubatan di Korea Selatan, Ukraine dan Bahamas, dengan percubaan yang disahkan oleh FDA secara berterusan untuk pelbagai indikasi penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tissue Genesis dan produk-produknya layari: http://www.tissuegenesis.com/

LATAR BELAKANG HUMAN LIFE CORD JAPAN

Misi korporat asas Human Life CORD Inc. ialah "Korda kehidupan, terajui masa depan." Ditubuhkan pada awal tahun 2017, Human Life CORD ialah sebuah syarikat terapeutik berkepakaran yang menumpu pada perubatan regeneratif dan peralatan perubatan berkaitan regeneratif bagi menangani keperluan perubatan yang kurang mendapat perkhidmatan. Diterajui oleh Presiden Masamitsu Harata. Human Life Cord mengedarkan produk dan terapeutik perubatan regeneratif termajunya dalam pasaran Jepun dan Asia, menyediakan kepakaran dan sokongan kepada institusi-institusi penyelidikan, klinik-klinik dan juga hospital-hospital.

Hubungan Media: Erik Borg
Tel: (212) 584-7829
Emel:
erik@theleadpr.com

Hubungan Media di Human Life CORD:
Rika Fukazawa
rfukazawa02@humanlifecord.com

 

 

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/796369/Human_Life_CORD.jpg
Logo -
https://mma.prnewswire.com/media/590557/Tissue_Genesis_LLC_Logo.jpg

 

Source: Tissue Genesis LLC
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services