omniture

Degup Jantung Kanak-kanak Kawal Cahaya Krismas London Bantu Badan Amal, Tiny Tickers

Tiny Tickers
2018-12-26 10:58 5788

LONDON, 26 Disember 2018/PRNewswire/ --

Jalan-jalan deretan membeli belah London, Seven Dials, terletak di tengah-tengah West End, bakal meraikan Cahaya Krismas dengan sesuatu yang berbeza Disember ini.

Lihat video yang menakjubkan: https://vimeo.com/307275165

generated by system

Cahaya yang biasanya statik itu disambungkan ke monitor jantung Billy, pesakit jantung berusia 2 tahun menggunakan teknologi baharu yang inovatif – jadi ia berkelip mengikut rentak degupan jantung Billy

Aktiviti ini membantu memberikan kesedaran tentang pahit getir bayi dan kanak-kanak yang tidak dapat menyambut Krismas disebabkan oleh keadaan penyakit jantung yang serius

Tiny Tickers, badan amal kecil yang dikhususkan untuk membantu menambah baik pengesanan, penjagaan dan rawatan bayi dengan keadaan penyakit jantung yang serius, menonjolkan keadaan tatkala orang lain mengagumi cahaya Krismas, ramai bayi dan kanak-kanak yang melalui Krismas yang sangat berbeza; di dalam hospital menantikan, atau pulih daripada, pembedahan terbuka jantung.

Billy didiagnos dengan Transposisi Arteri Besar (TGA) sewaktu imbasan 20 minggu ibunya.  TGA ialah keadaan di mana dua saluran darah utama yang keluar dari jantung tertukar dan ia terjadi pada 1 dalam 10,000 bayi.  Selepas pembedahan trauma selama 13 jam pada usia 7 hari, Billy semakin beransur pulih dengan pantas.

Ibu Billy mengulas tentang pengaktifan ini: "Krismas sepatutnya menjadi detik tahunan yang paling gembira namun mudah sekali kita melupakan bahawa banyak keluarga yang mungkin melalui saat yang getir – dan sedih sekali mereka tidak dapat menikmati perayaan bersama-sama."

"Saya benar-benar ingin terlibat dalam idea ini kerana sememangnya amat penting untuk terus bersuara dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit jantung – tetapi juga turut memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang impak yang lebih meluas yang dirasai oleh keluarga 

"Bersyukurlah kerana kami mendapat sokongan yang hebat daripada badan amal seperti Tiny Tickers – tetapi pembiayaannya tidak datang bergolek, ia bergantung kepada derma daripada orang ramai.  Jadi saya amat berharap pengaktifan ini menggalakkan orang ramai untuk menderma – walaupun ia sekadar jumlah yang kecil." 

  • Billy dilahirkan pada 9 Mei 2016, dan menjalani pembedahan jantung pada 16 Mei 2016
  • 312 bayi UK dengan penyakit jantung yang serius bakal dilahirkan dalam tempoh Krismas
  • 1 dalam setiap 125 bayi yang dilahirkan di UK mempunyai kecacatan jantung
  • 1,000 bayi meninggalkan hospital UK setiap tahun dengan penyakit jantung yang tidak dikesan
  • Badan Amal Tiny Tickers menyeru orang ramai untuk memberikan "hadiah harapan" kepada seorang kanak-kanak yang sakit dengan cara menderma semasa Krismas

Maklumat Hubungan:

Siobhan Filsell
+44-07557-508610
sfilsell@golin.com

Ross Stebbing
rstebbing@golin.com

Jade Lancashire
jlancashire@golin.com 

Source: Tiny Tickers
Keywords: Health Care/Hospital Children-related news Not for profit