omniture

Dorae Inc. Selesaikan Pembiayaan Siri B

Dorae Inc
2019-01-09 22:53 622

LONDON, 9 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Dorae Inc., awan komoditi fizikal, telah menyelesaikan pembiayaan Siri B bernilai USD 50 juta bagi mempercepatkan usaha peluasan globalnya.

Peserta-peserta Siri B Dorae termasuk pelabur-pelabur Amerika Utara dan Eropah. Aethel Partners bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Dorae.

Ricardo Santos Silva, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Dorae mengulas, "Kami berasa amat gembira dengan kemajuan kami pada tahun 2018 untuk kerajaan-kerajaan dan para pengawal selia bagi memastikan faedah-faedah pengautomatan dan AI adalah luas dan mendalam. Dari segi praktikal, ini bermaksud meminimumkan "gangguan" yang menyokong penekanan kepada kesalingbolehoperasian dan pengalaman pengguna yang lancar. Dalam aspek-aspek ini, kami merupakan peneraju yang jelas dan ini merupakan daya penggerak untuk Dorae."

Dorae ialah awan komoditi fizikal, yang melonjakkan peserta pasaran dan pemegang kepentingan lain dalam perdagangan global daripada amalan 1970-an kepada teknologi masa depan.

Aba Schubert, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorae menambah, "Bahagian sukar dalam sebarang proses pengautomatan ialah 1% bahagian terakhir. Ia seakan-akan kereta tanpa pemandu. Ia siap 99%, namun masih belum dapat mengubah kehidupan kita. Di Dorae, kami telahpun menumpu pada 1% bahagian terakhir bersama pelanggan kami; kami telah mendapat kepercayaan mereka menerusi dedikasi kami terhadap penyelesaian yang boleh digunakan. Membawakan teknologi terkini untuk membina laluan praktikal kepada nilai untuk pelanggan-pelanggan kami dalam industri-industri komoditi, pertanian dan yang serupa dengannya adalah apa yang dilakukan oleh Dorae."

Dorae mempunyai pejabat-pejabat di Palo Alto, London, Azores dan Kepulauan Cayman.

Latar Belakang Aethel Partners:

Aethel Partners ialah firma ekuiti persendirian multinasional, pengurusan aset alternatif dan perkhidmatan kewangan yang beribu pejabat di London. Divisyen Aethel yang dikhususkan kepada modal usaha niaga utama dan perniagaan didayakan kecerdasan buatan bertanggungjawab terhadap mandat Dorae.

Hubungi:
Aba Schubert
aba@dorae.com
+44(0)203-709-7794

Source: Dorae Inc
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Venture Capital