omniture

Sushi Saito (Tokyo) Hari Ini Diumum sebagai Restoran Jepun Terbaik dalam Senarai Lebih 100 Restoran Jepun Terbaik Khusus Pertama Opinionated About Dining

Opinionated About Dining (www.opinionatedaboutdining.com)
2019-01-17 11:11 1383

TOKYO, 17 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Platform anugerah restoran global Opinionated About Dining (OAD) hari ini mengumumkan Sushi Saito di Tokyo sebagai restoran nombor satu dalam Senarai Lebih 100 Restoran Jepun Terbaik sulung OAD. Dengan kemasukan tetap dalam Senarai Restoran Asia tahunan yang menyeluruh, Saito diiktiraf untuk pelaksanaannya yang tekal sempurna. Bekas pelatih di Sushi Kanesaka, Saito terkenal kerana menghasilkan nigiri yang diimbangi dengan sempurna dan indah bentuknya, dengan setiap kepingan mempunyai saiz, bentuk dan suhu yang benar-benar sama.

Kedudukan kedua menjadi milik Tenzushi Kyomachi-ten di Fukuoka yang menyajikan sushi gaya Kyushu mae, manakala Ogata, restoran kaiseki perintis di Kyoto baru menjadi restoran ketiga terbaik di Jepun.

Setelah beberapa tahun restoran-restoran Jepun mendominasi Senarai Lebih 100 Restoran Asia Terbaik OAD, pengasas Steve Plotnicki memutuskan bahawa masanya telah tiba untuk memberi ruang untuk menonjolkan bakat dan kaliber restoran-restoran yang perlu diteroka di Jepun dengan lebih luas. Tahun 2019 merupakan pelancaran Senarai Lebih 100 Restoran Jepun Terbaik khusus yang baharu oleh OAD.

Tentang keputusan ini, Steve mengulas: "Dengan adanya minat yang mendalam terhadap segmen Jepun, saya berpendapat bahawa wajar untuk memberikan pembaca kami dengan sebanyak mungkin maklumat tentang restoran di negara tersebut." Restoran-restoran lain dalam kalangan sepuluh terbaik Senarai Lebih 100 Restoran Jepun Terbaik OAD termasuk Hiarsansou di Kyoto, Matsukawa dan Yoroniku Tokyo serta Den yang inovatif, juga di Tokyo.

Sepuluh restoran terbaik di Jepun daripada OAD:

  1. Sushi Saito (sushi)
  2. Tenzushi Kyomachi-ten (sushi)
  3. Ogata (kaiseki)
  4. Hirasansou (kaiseki)
  5. Matsukawa (kaiseki)
  6. Higashiazabu Amamoto (sushi)
  7. Yoroniku (yakiniku)
  8. Kyo Aji (kaiseki)
  9. Kimoto (kaiseki)
  10. Den (inovatif)

Senarai penuh 100 terbaik OAD akan disediakan untuk dibaca secara dalam talian di http://www.opinionatedaboutdining.com/2019/japan.html

Latar Belakang Opinionated About Dining: 

Setiap tahun, OAD berkongsi senarai restoran terbaik di pelbagai wilayah global, seperti yang diundi oleh para pengulas berpengetahuan laman sesawang ini. Berdasarkan ulasan oleh lebih 6,000 pengundi, senarai tersebut merupakan satu-satunya panduan restoran global yang mempertimbangkan latar belakang gastronomi pengunjung yang menjamu selera dan pengalaman tinjauan restoran, serta kualiti restoran yang dikunjungi oleh mereka, apabila menyusun keputusan.

Pada tahun 2019, OAD merancang untuk menerbitkan sembilan senarai mengikut jadual berikut:
Lebih 100 Terbaik Jepun (diumumkan pada 16 Januari 2019)
Instagram: @OADTOP100 
Laman Sesawang: www.opinionatedaboutdining.com

Butiran perhubungan untuk Akhbar dan pertanyaan Umum:

Michelle Mclaughlin - Michelle@wearemuse.co.uk
Nombor Telefon: + 44-782-573-2900

Sumber: Opinionated About Dining (www.opinionatedaboutdining.com)

Source: Opinionated About Dining (www.opinionatedaboutdining.com)
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Awards