omniture

Agile Alliance bakal Anjur Agile India 2019

Agile Alliance
2019-01-18 10:40 1931

Persidangan Agile ulung di Asia diadakan pada 17 - 24 Mac di Bengaluru, India

PORTLAND, Oregon, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Agile Alliance hari ini mengumumkan ia bakal menganjurkan Agile India 2019, persidangan ulung antarabangsa yang terbesar berhubung kaedah-kaedah Pembangunan Perisian Agile dan Lean di Asia. Acara tahunan tersebut, yang dijadual berlangsung pada 17 - 24 Mac di Bengaluru, India, menghimpunkan Eksekutif, Pengurus, Pembangun, Perunding, Pemilik Produk, Penganalisis Perniagaan, Penguji, Pereka Kebolehgunaan dan Produk, Ilmuwan dan ramai lagi untuk belajar daripada pakar-pakar bertaraf dunia dan mengamalkan kemahiran mereka bersama-sama.

Menerusi tahun ke-15nya, Agile India dianjurkan oleh Agile Software Community of India (ASCI). ASCI ialah sebuah persatuan berdaftar yang bukan berasaskan keuntungan, ditubuhkan pada tahun 2004 dengan visi untuk memperkenalkan cara-cara baharu dan moden dalam membawakan produk dan perkhidmatan untuk menggembirakan pengguna. Sepanjang 15 tahun yang lalu, ASCI telah menganjurkan 57 persidangan merentas 13 bandar di India dan menjadi tuan rumah kepada lebih 1,000 penceramah dari 38 negara, yang mengadakan lebih 1,200 sesi kepada lebih 10,000 hadirin.

"Agile Alliance berbangga untuk menganjurkan Agile India 2019," kata Phil Brock, Pengarah Urusan, Agile Alliance. "Sebagai persidangan terbesar tentang kaedah-kaedah Pembangunan Perisian Agile dan Lean di Asia, acara ini meneruskan misi kami untuk menyokong orang ramai yang meneroka dan mengaplikasikan nilai, prinsip dan amalan Agile untuk menjadikan pembangunan penyelesaian perisian lebih berkesan, bersifat manusiawi dan lestari. Komuniti Agile yang hebat di India mengalu-alukan dan memupuk amalan serta teknik baharu yang membolehkan organisasi-organisasi mencipta dan bertindak balas kepada perubahan. Ini dapat meningkatkan nilai perniagaan dalam persekitaran yang tidak menentu dan bergolak."

"Kami telah memodelkan diri kami melalui Agile Alliance," kata Naresh Jain, Pengasas, Agile India. "Kami mengikuti jejak langkah mereka untuk membina platform yang inklusif dan neutral yang mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin belajar dan menyebarkan kesedaran tentang kaedah-kaedah Agile. Kami komited untuk menganjurkan persidangan bertaraf dunia tahunan pada harga yang amat berpatutan untuk menggalakkan capaian yang lebih luas. Sokongan Perikatan tersebut terhadap Agile India 2019 amat bermakna buat komuniti Agile di Asia ini."

Penceramah-penceramah ucapan dasar bagi tahun ini termasuk Anita Sengupta (Saintis Roket, Naib Presiden Kanan di University of Southern California, "Masa Depan Pengangkutan Berkelajuan Tinggi"); Amy Jo Kim (Pereka Permainan, Usahawan, dan Jurulatih Perniagaan Baharu, "Pemikiran Permainan untuk Inovasi Pesat"); Brian Robertson (Perintis, Holacracy, "Holacracy: Serlahkan Keusahawanan dalam Pasukan anda"); Chad Fowler (Ketua Pegawai Teknologi, Microsoft, "Masa Depan Pembangunan Perisian"); Dave Farley (Perintis, Penyerahan Berterusan, "Bawakan Kembali 'Kejuruteraan Perisian': Ketukangan Tidak Memadai"); Doug Kirkpatrick (Rakan Kongsi A.S., NuFocus Strategic Group, "Futurework: Mengurus Kerumitan Dengan Kesederehanaan"), dan Jezz Humble (Perintis, Penyerahan Berterusan, "Membina dan Meluaskan Organisasi-organisasi Teknologi Berprestasi Tinggi"). Sila semak senarai penuh 83 penceramah dan jadual persidangan.

Agile India ialah sebuah persidangan hebat yang bermula dengan Kem Pelatih Agile selama satu hari diikuti dengan 6 bengkel Pra-Persidangan. 4 hari persidangan utama masing-masing menumpu pada Penetapan Minda Agile, Ketangkasan Perniagaan, Inovasi Rekaan serta Penyerahan Berterusan dan DevOps. Dua hari terakhir acara tersebut dikhususkan kepada 5 bengkel pascapersidangan.

Pada hadirin dapat belajar daripada 83 pakar Agile tempatan dan antarabangsa. Mereka juga akan berpeluang berangkaian dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka bersama lebih 1500 peserta antarabangsa yang mengamalkan atau meneroka produk Agile, Scrum dan Lean serta pendekatan pengurusan projek.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar, layari laman sesawang persidangan.

Latar Belakang Agile Alliance

Agile Alliance ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mengkhusus untuk mempromosi konsep Pembangunan Perisian Agile sebagaimana yang digariskan dalam Manifesto Agile. Dengan hampir 50,000 ahli dan pelanggan dari seluruh dunia, Agile Alliance didorong oleh prinsip-prinsip daripada kaedah-kaedah Agile dan nilai yang dibawakan kepada pembangun, organisasi dan pengguna akhir. Agile Alliance menganjurkan dan menyokong acara-acara untuk menyatukan komuniti Agile pada skala global. Agile India 2019 berlangsung pada 17 - 24 Mac di Sheraton Grand Bangalore Hotel di Bengaluru, India.

Hubungan Media

Pam Hughes
Ketua Pemasaran, Agile Alliance

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/161703/agile_alliance_logo.jpg

Source: Agile Alliance
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news Future Events