omniture

Minggu Fesyen Plateno Group lancar produk baharu untuk 2019 dan "pengalaman tanpa batasan" hasilkan model komersial baharu untuk hotel

Plateno Group
2019-01-23 09:00 1547

SHENZHEN, China, 23 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pada sebelah malam 14 Disember 2018, acara besar-besaran tahunan dalam industri perhotelan China, Minggu Fesyen Plateno Group 2019 membuka tirainya di OCT Harbor, Shenzhen, China.

 

Pertunjukan fesyen hotel dinaik taraf dan pameran pengalaman produk baharu pengaruhi fesyen hotel pada 2019

Dalam majlis perasmian Minggu Fesyen ini, pelbagai jenama di bawah Plateno Group menghidupkan produk ruang statik melalui idea-idea pentas kreatif dengan nada yang berbeza-beza.

Acara Jenama yang Hebat dan Beranimasi
Acara Jenama yang Hebat dan Beranimasi

Tujuh belas jenama memaparkan penyepaduan ruang dengan unsur fesyen dalam pameran pengalaman tersebut; Festival Peminat, dengan kegirangan yang tiada batasan, hadiah mewah dan permainan menyeronokkan yang disediakan, menjadi karnival yang bergaya dan menarik. Jenama-jenama hotel dan pangsapuri di bawah Plateno Group turut melancarkan produk baharu mereka dan elemen baharu untuk tahun 2019.

Produk-produk baharu 2019 terajui gaya hospitaliti
Produk-produk baharu 2019 terajui gaya hospitaliti

Mempromosi usaha "menjadi alami tanpa kekangan", Lavande Hotels melancarkan "Lavande Energy Pavilion", direka berdasarkan konsep unsur batu tenaga dan siri tenaga Lavande melibatkan produk baharu rentas sempadan; James Joyce Coffetel membawakan jenama versi utamanya James Joyce Elite untuk membolehkan audiens mengalami idea kreatif "pengembara masa" dan menghidupkan semula klasik sepanjang zaman dengan menjelajah ke ruang angkasa. 7Days Inn melancarkan 7 Days Premium 3.0 serba baharu yang baru dipertingkat, bertujuan untuk memberi pengalaman ruang perjalanan berkualiti tertinggi dengan ruang paling kompak dan menakrif semula standard hotel-hotel ekonomi; Xana Hotelle menggabungkan IP luaran dengan konsep jenama Xana, menyediakan kotak muzik berputar 1910-an dengan teliti yang membuatkan para peminat menyelami suasana tersebut dan merasai cinta abadi; ZMAX memaparkan ruang pengalaman berbilang dimensi tanpa batasan secara komprehensif dengan unsur-unsur huruf jenama untuk menonjolkan elemen utama jenamanya "membangunkan kebebasan" sepenuhnya.

Pengalaman tanpa batasan akan menjadi model komersial serba baharu untuk industri perhotelan

Zheng Nanyan, pengasas, pengerusi lembaga dan ketua pembina jenama Plateno Group, menyebut dalam kenyataan di lapangan beliau bahawa "keindahan tanpa batasan" berasal daripada misi Plateno untuk "menghubungkan semua pengalaman yang bagus". Minggu Fesyen Plateno Group tahun ini menerobos sempadan dalam industri perhotelan menerusi pengalaman, peluasan, penginapan, libur dan hiburan serta pejabat bersama dan menjadi minggu fesyen bersepadu tanpa batasan.

Menurut ramalan oleh Zheng Nanyan, dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, pengalaman kediaman hotel selanjutnya akan berasaskan sains dan teknologi, kepintaran dan data; nilai ruang hotel akan dirombak dan pengalaman tanpa batasan dalam industri perhotelan akan menjadi model komersial serba baharu untuk masa depan.

Plateno Group menjadikan "Keutamaan Jenama" sebagai daya penggeraknya dan konsep perniagaan teras serta beralih daripada syarikat pengurusan hotel tradisional dipacu pelaburan dan dipacu pengurusan operasi kepada syarikat harta intelek yang dikuasakan oleh jenama dan keutamaan emosi pengguna. Ia akan memperbaharui model operasi industri perhotelan untuk memaparkan gaya yang sama sekali berbeza dalam pengalaman penggunaan.

Sebagai salah satu perusahaan paling inovatif di China, Plateno Group menyahut misi "menghubungkan semua pengalaman yang bagus" dan membangunkan kitar hayat pengalaman beraneka melalui penciptaan, pelaburan dan kerjasama. Kitar hayat pengalaman Plateno melibatkan jenama-jenama hotel dan pangsapuri seperti Lavande Hotels, James Joyce Coffetel, Xana Hotelle, ZMAX Hotels, Hampton by Hilton, Chonpines Hotel, 7 Days Premium, IU, PAI Hotels dan Wowqu serta platform tempahan "Plateno Travel" menerusi lebih 130 juta ahli Plateno serta lebih 5,000 hotel yang meliputi lebih 470 bandar seluruh dunia.

Pada 18 September 2015, Plateno bekerjasama secara strategik dengan Jinjiang dan kini telah berkembang menjadi kumpulan hotel antarabangsa kedua terbesar di dunia.

Selepas empat tahun menjalani peluasan luar negara yang aktif, Plateno Group berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara, Eropah dan Afrika. Selain itu, Plateno turut melaksanakan penggunaan aktif dalam Lingkungan Pasifik, negara-negara di sepanjang Jalur dan Jalan serta Eropah Tengah dan Timur. Dalam tempoh lima tahun akan datang, dianggarkan bahawa terdapat banyak projek dijalankan khusus untuk membangunkan kitar hayat pengalaman yang pelbagai untuk pengguna global, menyokong langkah syarikat ke arah menjadi "jenama hotel Cina yang paling berpengaruh di dunia."

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20180118_2351102.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190118/2351102-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190118/2351102-1-b

Source: Plateno Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel