omniture

Elevating Front Camera Vivo jadi Pengubah Industri

Vivo
2019-01-25 03:12 565

SHENZHEN, China, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Vivo telah mengalami tahun hebat dalam melancarkan inovasi-inovasi sebenar pada tahun 2018. Baru-baru ini, syarikat menerbitkan sebuah video untuk menonjolkan penyelesaian inovatif yang utama dalam industri -- Elevating Front Camera.

Logo Vivo
Logo Vivo

Pada masa lalu, jenama-jenama mencuba untuk mengecilkan bezel sisi dan mengurangkan saiz takuk bagi memperoleh paparan skrin penuh, namun demikian takuk masih kekal. Untuk Vivo, ia mula meneroka cara-cara untuk merintis status quo ini, bertujuan untuk mencipta pengalaman paparan telefon kurang-bezel untuk pengguna.

Setelah bertahun-tahun menyelidik dan menguji pelbagai reka bentuk, Vivo membawakan telefon pintar konsep APEX™ FullView™ dengan Elevating Front Camera ikonik di MWC 2018. Cabaran untuk Vivo kemudiannya adalah untuk mengubah telefon konsep ini menjadi kenyataan.

Hanya 4 bulan selepas penampilan sulungnya di MWC, Vivo menunaikan janjinya untuk menjadikan impian telefon kurang-bezel suatu kenyataan dengan NEX - telefon pintar keluaran besar-besaran yang pertama dengan Elevating Front Camera. Ini merupakan kamera periskop kecil yang timbul apabila mengambil swafoto dan masuk ke dalam secara automatik apabila pengguna tidak lagi menggunakan mod swafoto. Telefon kurang-bezel yang sebenar akhirnya tercapai.

Vivo memperbaharui semula peraturan dalam industri telefon pintar dengan mengikis sepenuhnya takuk menerusi hasil ciptaan rintis ini. Menerusi teknologi hebat sedemikian yang kini tersedia kepada pengguna, Vivo semestinya akan membawa Elevating Front Camera selangkah ke hadapan pada tahun 2019.

Diambil daripada video Vivo tentang Elevating Front Camera
Diambil daripada video Vivo tentang Elevating Front Camera

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190123/2354452-1-logo
Foto -  https://photos.prnasia.com/prnh/20190123/2354452-1

Source: Vivo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Wireless Communications New products/services