omniture

GAC Motor Kembali ke NADA untuk Bertemu Pengedar-pengedar Amerika Utara

GAC Motor
2019-01-29 01:27 946

SAN FRANCISCO, 29 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto GAC Motor kembali ke Pameran Persatuan Pengedar Automobil Kebangsaan (NADA), pameran unggul untuk produk, perkhidmatan dan teknologi auto yang diadakan mulai 25 hingga 27 Januari di San Francisco, untuk bertemu dengan pengedar-pengedar di Amerika Utara tatkala ia terus memajukan rancangannya untuk menembusi pasaran berkenaan.

Bertemakan "Kita Mampu Apabila Bersama" ("Together We Can"), ruang pameran berkeluasan 650 meter persegi terletak di dewan utara Pusat Moscone San Francisco. Susulan kejayaan pamerannya di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS), GAC Motor membawakan model-model kenderaan terkenalnya ke NADA termasuk GS8, GS5 dan SUV GS4, van mini GM8, kereta sedan GA4, NEV GE3 dan kereta konsep ENVERGE.

GAC Motor showcases its star vehicles at NADA
GAC Motor showcases its star vehicles at NADA

Selain mempersembahkan barisan kenderaan canggihnya, syarikat turut menjadi tuan rumah kepada lebih 80 pengedar dan rakan kongsi di sebuah perhimpunan pengedar untuk terus membangunkan jaringan pengedaran GAC Motor di Amerika Utara. Para hadirin menyatakan minat yang tinggi serta kesediaan untuk bekerjasama dengan GAC Motor bagi menubuhkan saluran pengedaran.

"Membina jenama bertaraf dunia dan sebuah syarikat bertaraf global menjadi matlamat pembangunan GAC Motor sejak dari awal lagi. Semasa Pameran NADA tahun lalu, kami menerima banyak maklum balas positif daripada pengedar-pengedar dan rakan-rakan kongsi AS yang banyak menyumbang kepada kemajuan lancar rancangan kami untuk menembusi pasaran AS," kata Zhan Songguang, Naib Presiden Eksekutif GAC Motor.

Group photo of Mr. Zhan Songguang (third from right), Executive Vice President of GAC Motor, with NADA Executives including Mr. Peter Welch (second from left), NADA President and CEO and Mr. Wes Lutz (third from left), NADA Chariman.
Group photo of Mr. Zhan Songguang (third from right), Executive Vice President of GAC Motor, with NADA Executives including Mr. Peter Welch (second from left), NADA President and CEO and Mr. Wes Lutz (third from left), NADA Chariman.

Di perhimpunan tersebut, Pengarah Jualan Wilayah Amerika Utara GAC Motor dan Pontus Fontaeus, Pengarah Reka Bentuk Eksekutif Pusat Reka Bentuk Termaju GAC Los Angeles menyampaikan ucaptama tentang tahap kemajuan GAC dalam menembusi pasaran Amerika Utara, pengenalan kepada Pusat Reka Bentuk Termaju GAC Los Angeles dan kereta konsep ENTRANZE yang diperkenalkan di NAIAS.

"GS8 ialah produk pertama yang dirancang oleh GAC Motor untuk dilancarkan dalam pasaran Amerika Utara. Kami mempunyai beberapa puluh buah kenderaan tersebut di A.S. pada masa kini, menjalani ujian jalan raya dan mengesan keputusan ketahanan dan emisi. Lewat tahun ini, kami juga akan mempunyai beberapa buah kenderaan tersebut di pejabat jualan kami, sedia untuk dipandu uji," kata Pengarah Jualan.

Pada tahun 2018, GAC Motor menyaksikan jualan meningkat dan membuat kemajuan penting dalam semua aspek operasi. GAC Motor mewujudkan jaringan penyelidikan dan pembangunan di Amerika Utara dengan membuka tiga pusat R&D di Silicon Valley, Los Angeles dan Detroit. Secara keseluruhan, syarikat membangunkan sistem R&D global untuk mereka bentuk produk-produk unik, memastikan kualiti produk dan meningkatkan daya saing pasaran. Selain itu, North American Sales Company GAC Motor telah didaftarkan di Irvine, California dan akan mula beroperasi dalam masa terdekat bagi mendorong pewujudan jaringan pengedarannya di Amerika Utara.

Pontus Fontaeus, Executive Design Director of the GAC Advanced Design Center Los Angeles (ADLA), gives keynote speech on introduction of ADLA and the concept car ENTRANZE at Dealer Gathering.
Pontus Fontaeus, Executive Design Director of the GAC Advanced Design Center Los Angeles (ADLA), gives keynote speech on introduction of ADLA and the concept car ENTRANZE at Dealer Gathering.

Selain itu, GAC Motor mengekalkan kedudukan No. 1 antara jenama-jenama Cina dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik selama enam tahun berturut-turut, menunjukkan usaha berterusannya untuk meningkatkan kualiti produk.

GAC Motor kini beroperasi di 16 negara, berganding bahu dengan rakan-rakan kongsinya bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna global.

Melangkah ke hadapan menuju matlamatnya untuk menjadi jenama bertaraf dunia dan sebuah syarikat bertaraf global, GAC Motor menyasarkan untuk menjalin kerjasama yang saling menguntungkan bersama rakan-rakan kongsi globalnya bagi membangunkan pasaran dan mewujudkan kehidupan mobiliti yang lebih menyeronokkan untuk pengguna seluruh dunia.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358091-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358091-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358091-1-c

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation