omniture

Apollo Hospitals Buka Pusat Terapi Proton untuk Kanser Pertama Asia Tenggara

Apollo Hospitals
2019-01-29 12:06 786

CHENNAI, India, 29 Januari 2019/PRNewswire/ --

Apollo Hospitals Enterprise Ltd. (BSE: 508869) (NSE: APOLLOHOSP), jaringan hospital berbilang kepakaran yang pertama di India, hari ini membuka Pusat Kanser Proton Apollo (APCC), bagi memberi akses kepada pesakit kanser terhadap bentuk radioterapi khusus yang amat tepat dalam membunuh sel-sel kanser. Pusat Kanser Proton Apollo ini dirasmikan di Chennai oleh Yang Berhormat Naib Presiden India, Shri Venkaiah Naidu.

generated by system

Memulakan kemajuan baharu dalam penjagaan kanser, APCC dengan 150 katil berkenaan ialah sebuah hospital kanser bersepadu di Chennai yang menyediakan penjagaan kanser komprehensif 360[o] bertaraf dunia dan menawarkan prosedur rawatan diperibadikan yang khusus tapak/organ paling maju. APCC ini akan menawarkan para pesakit dengan terapi proton berbilang bilik termaju dengan teknologi pengimbasan alur pensel termaju yang menyediakan tahap ketepatan tertinggi.

Bercakap tentang pembukaan pusat ini, Yang Berhormat Naib Presiden India, Shri Venkaiah Naidu berkata, "Kanser ialah punca utama kematian di seluruh dunia dan merupakan punca kematian di India. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Prathap C. Reddy dan kumpulan Apollo Hospitals atas pelancaran pusat terapi Kanser Proton pertama yang akan menawarkan perkhidmatan kepada pesakit bukan sahaja di India, tetapi juga negara-negara jiran kami di Asia Tenggara. Rawatan rintis ini juga menandakan pencapaian baharu dalam perjalanan perubatan untuk negara kami."

Berucap semasa majlis pelancaran, Dr. Prathap C. Reddy, Pengerusi, Apollo Hospitals Group berkata, "Pelancaran Pusat Kanser Proton Apollo meletakkan India di peta global untuk rawatan kanser yang terbaik dan terkini serta akan memberi harapan baharu kepada pesakit-pesakit kanser bukan sahaja di India, tetapi di seluruh Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika. Dengan rasa bangga, kami dedikasikan Pusat Kanser Proton Apollo ini kepada kesihatan negara."

Apollo Hospitals: 

Pada tahun 1983, Dr. Prathap Reddy memulakan usaha rintis dengan melancarkan hospital korporat pertama India - Apollo Hospitals di Chennai. Selama bertahun-tahun, Apollo Hospitals mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat kepada rawatan jantung terbesar di India dengan lebih 160,000 pembedahan jantung. Apollo Hospitals juga merupakan penyedia penjagaan kanser persendirian yang terbesar di dunia dan mengendalikan program transplan organ pepejal yang terkemuka di dunia. Sebagai kumpulan penjagaan kesihatan yang terbesar dan paling dipercayai di Asia, kehadirannya melibatkan lebih 10,000 buah katil dalam 71 Hospital, 3000 Farmasi, lebih 90 Rawatan Asas dan Klinik Diagnostik, berserta 110 Pusat Teleperubatan.

Hubungi: 
Apollo Hospitals | Karan Thakur - 9871774433 

http://www.apollohospitals.com / https://www.apolloprotoncentre.com/ 
Twitter: @HospitalsApollo

Source: Apollo Hospitals
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services