omniture

China Tobacco Anhui Industry Corporation Umum Toop-One (Dian), Produk Pemanasan-Homo Zarah Magnetik Baharu Bakal Tersedia Tidak Lama Lagi

China Tobacco Anhui Industry Corporation
2019-01-29 23:49 520

HEFEI, China, 29 Januari 2019 /PRNewswire/ -- China Tobacco Anhui Industry Corporation, subsidiari China National Tobacco Corporation, mengumumkan bahawa produk MaPH baharu daripada generasi produk-produk Toop, Toop-One (Dian) bakal tersedia pada 28 Januari. Pada ketika itu, aktiviti-aktiviti pengalaman pengguna akan dijalankan di Shenzhen dan Hefei China, membolehkan para pelanggan mengalami secara dekat mod serba baharu penggunaan tembakau.

Toop-one (Dian)
Toop-one (Dian)

Dibandingkan dengan alat pemanas tembakau tidak mudah terbakar lain yang terdapat dalam pasaran, Toop baharu mempunyai kelebihan-kelebihan jelas melalui penggunaan kreatif MaPH. Menerusi prinsip-prinsip teknologi pemanasan induksi magnetik, pemindahan tenaga tanpa sentuh dijalankan bagi memastikan kawalan suhu yang tepat dan pemanasan yang seragam serta menggalakkan pelepasan gas serombong yang pantas dan stabil. Kadar penukaran tenaganya dapat melangkaui 80% dan 12 batang rokok boleh dihisap setelah dicas selama hanya 45 minit. Badannya bersaiz kecil dengan hanya seberat 77 gram, yang mampu mencapai kombinasi sempurna antara reka bentuk yang cantik dan ketahanan jangka panjang.

Toop-one (Dian)
Toop-one (Dian)

Dari segi MaPH, Toop-One (Dian) mempunyai output dwimod dan menghasilkan "dwipengekstrakan" (asap dan nikotin dengan kepekatan tinggi serta rendah) dalam satu alat. Didatangkan dengan lima warna popular: terumbu karang hidup, merah magnetik, firus, hitam dan putih, Toop-One (Dian) dapat memenuhi keperluan individu melibatkan pengguna-pengguna berbeza dan membawakan pengalaman baharu kepada penggunaan tembakau menerusi daya tenaga muda, fesyen indah dan citarasa mewah.

Toop-one (Dian)
Toop-one (Dian)

Rokok istimewa yang baharu ini menerima pakai saiz emas 75mm rokok pendek, menghubungkan dengan lancar pengalaman penggunaan rokok tradisional. Dalam masa yang sama, dengan rod penapis penyejuk yang inovatif dan pengoptimuman pemprosesan tembakau serta proses perumusan, pelepasan asap menjadi lebih lancar, bersih dan mesra alam.

Pada masa kini, produk-produk tembakau baharu dibawakan oleh alat pemanas tidak mudah mudah terbakar menjadi trend pembangunan produk-produk tembakau antarabangsa. Dapat diramalkan bahawa pelancaran produk pemanasan-Homo Zarah Magnetik Toop-One (Dian) oleh China Anhui Tobacco bakal mewujudkan pengalaman serba baharu untuk penggunaan tembakau.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358229-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358229-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190128/2358229-1-c

Source: China Tobacco Anhui Industry Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Tobacco New products/services