omniture

Persidangan Pengasas Jawatankuasa Akademik Minggu Reka Bentuk Zhuhai

Zhuhai Huafa Group
2019-01-29 23:55 678

Pereka-pereka ternama berhimpun di Zhuhai, China; inovasi tingkatkan pembangunan perindustrian

ZHUHAI, China, 29 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pada sebelah petang 24 Januari yang lalu, Jawatankuasa Akademik Minggu Reka Bentuk Zhuhai mengadakan persidangan pengasasnya di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Zhuhai. Para hadirin termasuk Wang Min, timbalan pengarah jawatankuasa akademik China Central Academy of Fine Arts; beberapa anggota akademik, antaranya Chen Dongliang; pengarah eksekutif UNESCO ICCSD (Pusat Kreativiti dan Pembangunan Mampan Antarabangsa); wakil-wakil daripada Zhuhai Huafa Group, penganjur Minggu Reka Bentuk Zhuhai; dan anggota-anggota sekretariat bagi jawatankuasa akademik.

Penganjur Minggu Reka Bentuk Zhuhai mengeluarkan surat lantikan kepada anggota-anggota akademik
Penganjur Minggu Reka Bentuk Zhuhai mengeluarkan surat lantikan kepada anggota-anggota akademik

Di pertemuan tersebut, penganjur akademik Wang Min memberikan pengenalan tentang latar belakang jawatankuasa, anggota-anggota dan orientasi akademik Minggu Reka Bentuk Zhuhai. Xi Xiaole, wakil daripada Huafa Group yang merupakan penganjur acara, mengeluarkan surat lantikan kepada anggota-anggota, sementara Ma Chenfeng, setiausaha agung jawatankuasa tersebut, menyampaikan ucapan yang mana beliau mengulas tentang acara tahun 2018 dan menyatakan tentang harapan beliau terhadap Minggu Reka Bentuk Zhuhai 2019.

Pereka-pereka ternama berhimpun di Zhuhai, bentuk kumpulan pemikir berprofil tinggi

Wang menyampaikan pembentangan terperinci tentang latar belakang dan anggota-anggota jawatankuasa di pertemuan tersebut. Beliau berkata bahawa jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk bertindak sebagai platform pertukaran akademik berkualiti tinggi dengan matlamat untuk menambah baik dan mengukuhkan organisasi, meningkatkan kandungan dan kedudukan jenama Minggu Reka Bentuk Zhuhai, sebagai langkah untuk terus mengekalkan kualiti akademik tahap tinggi acara dan menggabungkan sumber-sumber untuk melanjutkan pembangunan industri reka bentuk di Zhuhai.

Jawatankuasa akademik terdiri daripada satu penganjur akademik dan lapan anggota akademik yang merupakan pengamal-pengamal cemerlang dalam industri reka bentuk atau berkaitan reka bentuk, termasuk yang disebutkan di atas iaitu Wang Min dan Chen Dongliang, David Grossman, pengerusi Majlis Reka Bentuk Antarabangsa; Liu Xiaokang, setiausaha agung Persekutuan Persatuan-persatuan Reka Bentuk Hong Kong; Liu Xiaodu, pengasas URBANUS; Ma Ke, pengasas Wu Yong; Ma Quan, timbalan dekan Fakulti Kemanusiaan dan Kesenian di Macau University of Science and Technology; Tong Huiming, timbalan pengarah Jawatankuasa Kecil Pengajaran Reka Bentuk Perindustrian di Kementerian Pendidikan; dan Wang Yudong, timbalan pengarah Pejabat Jawatankuasa Penganjur Minggu Reka Bentuk Beijing.

Jawatankuasa akademik Minggu Reka Bentuk Zhuhai mengungguli kedudukannya melalui tahap kesarjanaan yang tinggi, selain melalui pelbagai pilihan bidang yang disertakan dan kedalaman liputan serantau. Dari segi tahap akademik, selain penganjur, En. Wang, (mantan presiden Sekolah Reka Bentuk China Central Academy of Fine Arts dan kini, timbalan pengarah jawatankuasa akademik bagi akademi), yang dinamakan sebagai Profesor Ilmuwan Sungai Yangtze, jawatankuasa berkenaan melibatkan pereka-pereka fesyen, perindustrian dan seni bina terkemuka China, beberapa pereka dan artis grafik yang paling terkenal di Asia selain pemimpin-pemimpin daripada organisasi-organisasi pereka yang terbesar di dunia. Dari segi bidang pengkhususan, anggota-anggota akademik terdiri daripada beberapa bidang berbeza, termasuk perindustrian, seni bina, fesyen dan reka bentuk seni, selain penyelidikan pendidikan reka bentuk dan pengurusan pengeluaran. Dari segi liputan serantau pula, mereka terdiri daripada beberapa pusat reka bentuk yang terkemuka di dunia, termasuk New York, Beijing, Guangzhou, Shenzhen, Hong Kong dan Macau. Hasil daripada usaha-usaha mereka, industri reka bentuk telah mewujudkan mekanisme kolaborasi dan pertukaran yang mana dialog-dialog berkualiti tinggi serta jalinan kerjasama antara wilayah-wilayah antarabangsa dan domestik utama dijalankan, seraya memacu penyatuan global dalam industri reka bentuk.

Di pertemuan tersebut, Xi Xiaole, wakil daripada Huafa Group dan penganjur acara, mengeluarkan surat lantikan yang menonjolkan logo unik Minggu Reka Bentuk Zhuhai kepada pakar-pakar yang disebutkan di atas.

Pakar dan ilmuwan, melalui pembentangan dan perbincangan, menyumbang kepada pembangunan pelan tindakan untuk sektor reka bentuk Kawasan Teluk 

Jawatankuasa akademik Minggu Reka Bentuk Zhuhai mengadakan tiga seminar premium mulai jam 9 pagi hingga 6 petang pada 24 Januari: persediaan dan pewujudan seminar-seminar selain seminar Pusat Reka Bentuk Zhuhai yang mana pakar-pakar dan para ilmuwan, melalui penyampaian pembentangan dan penglibatan dalam sesi perbincangan, memberi sumbangan kepada pembangunan pelan tindakan besar-besaran untuk sektor reka bentuk Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau ("Kawasan Teluk").

Pada sebelah pagi, anggota-anggota jawatankuasa mulanya membincangkan tentang status pembangunan sosial dan ekonomi selain keunikan serantau melibatkan Kawasan Teluk dan juga Zhuhai. Mereka percaya bahawa selain menjadi tempat terbaik untuk mengadakan minggu reka bentuk, Zhuhai turut membina lingkungan sosial utama dunia untuk para pereka melalui penubuhan jawatankuasa tersebut. Setelah terlibat dalam perbincangan tentang ciri-ciri, kedudukan dan kepentingan Minggu Reka Bentuk Zhuhai, anggota-anggota mengemukakan tiga cadangan: mengukuhkan hubungan antara komuniti reka bentuk dan jaringan lebih luas firma-firma bersaiz kecil dan sederhana bagi menyediakan platform untuk memperlihatkan kejayaan projek-projek reka bentuk yang berkualiti tinggi serta memperkasa transformasi perniagaan dan produk; meningkatkan bilangan dialog dan kualiti komunikasi antara pereka-pereka dalam hab industri reka bentuk seluruh dunia serta mewujudkan perikatan industri reka bentuk untuk Kawasan Teluk sebagai jendela untuk berkembang ke peringkat antarabangsa serta membawa masuk sumber-sumber; mempercepatkan pengenalan dan pengkomersialan usaha-usaha reka bentuk serta penyelidikan daripada rakan-rakan kongsi universiti.

Pada sebelah petang, pihak jawatankuasa mencadangkan idea untuk membina platform Pusat Reka Bentuk Zhuhai dengan tujuan untuk menarik pembuatan berkualiti tinggi dan perniagaan berkaitan reka bentuk berserta sumber-sumber inovatif dari dalam dan luar negara melalui platform tersebut, untuk memacu transformasi dalam sektor pembuatan, fesyen dan pelancongan di Zhuhai serta sekitar Kawasan Teluk.

Pihak jawatankuasa telah mencapai kesepakatan dari segi bagaimana anggota-anggota dapat melengkapi satu sama lain berhubung kepakaran, penyepaduan sumber dan kerjasama: dengan mengadakan Minggu Reka Bentuk Zhuhai, mereka akan berkolaborasi untuk membawa masuk sumber-sumber daripada sektor reka bentuk dan meneroka cara untuk menggabungkan teknologi dan reka bentuk melalui pemikiran yang inovatif dan humanistik. Tujuannya adalah untuk mendorong penyepaduan mendalam antara pembuatan berkualiti tinggi dan perkhidmatan moden dari segi inovasi industri diterajui ekonomi sebenar, memberi sumbangan kepada aglomerasi industri dan perkembangan generasi kedua keusahawanan di Zhuhai, yang melanjutkan kemakmuran sektor berkaitan reka bentuk kawasan tersebut dan memenuhi jangkaan yang semakin berkembang dengan lebih baik oleh penduduk tempatan demi kehidupan yang lebih baik.

Setiausaha agung jawatankuasa menyebut tentang harapan beliau untuk Minggu Reka Bentuk Zhuhai 2019 sambil mengulas acara 2018

Semasa seminar tersebut berlangsung, setiausaha agung jawatankuasa Ma Chenfeng mengulas tentang Minggu Reka Bentuk Zhuhai 2018. Edisi pertama acara tersebut melibatkan 10 sesi termasuk ekspo reka bentuk, dialog ucaptama dan forum selari selain 22 acara interaktif yang menarik lebih 1,000 pereka kanan dari lebih 10 negara dan wilayah seluruh dunia. Paling utama, ekspo reka bentuk telah melangkaui jangkaan pihak penganjur memandangkan ia bukan sahaja menarik lebih 250,000 pengunjung di lapangan dan 200,000 pengunjung dalam talian, tetapi turut menerima pujian tinggi daripada pengunjung tempatan.

Minggu Reka Bentuk Zhuhai 2019 akan dianjurkan sekali lagi oleh Huafa Group dan amat dinanti-nantikan oleh industri memandangkan pihak penganjur merancang untuk menambah topik-topik baharu dalam acara tersebut, termasuk sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan China Baharu dan ulang tahun ke-20 kembalinya Macau ke dalam China di samping mengekalkan sesi-sesi yang popular dalam kalangan pengunjung tahun lalu.

Pihak jawatankuasa merancang untuk menghimpunkan kumpulan pemikir profesional terkemuka, memberi akses kepada sumber-sumber reka bentuk berkualiti tinggi dan mengenal pasti beberapa hasil reka bentuk unggul kawasan tersebut sebagai langkah untuk mempromosi pembangunan sektor reka bentuk Kawasan Teluk. Selain itu, penubuhan jawatankuasa dijangka akan meletakkan asas yang kukuh untuk mengadakan Minggu Reka Bentuk Zhuhai 2019, sebuah acara reka bentuk tahunan yang akan membantu Zhuhai menjadi salah satu hab reka bentuk yang paling penting di Kawasan Teluk.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190125/2356923-1

Source: Zhuhai Huafa Group
Keywords: Art Education Entertainment