omniture

Makan Malam Gala Diadakan di Sydney Sambut Ulang Tahun ke-12 AETOS Capital Group

AETOS Capital Group
2019-01-30 00:58 962

SYDNEY, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Sebuah majlis makan malam gala telahpun diadakan pada 19 Januari 2019 bagi menyambut ulang tahun ke-12 kehadiran AETOS Capital Group di Sydney, Australia, lokasi ibu pejabat organisasi tersebut. Beberapa pegawai kerajaan menghadiri acara tersebut termasuk Yang Berhormat Alex Hawke MP, Menteri Negara Khas, Dr. Michelle Byrne, Datuk Bandar The Hills Shire Council serta beberapa orang ahli majlis. Selain itu, wakil-wakil daripada kalangan rakan niaga AETOS serta rakan media tempatan seperti National Australia Bank; Industrial and Commercial Bank of China; Sydney Football Club berserta lebih 200 wakil daripada pejabat-pejabat seluruh dunia AETOS turut hadir bagi meraikan pencapaian penting 12 tahun oleh syarikat berkenaan.

generated by system

generated by system

En. Leo Cui JP, Pengarah Urusan AETOS Capital Group Pty. Ltd. mengucapkan terima kasih dalam ucapan alu-aluan beliau kepada semua tetamu dan turut mengucapkan selamat datang kepada wakil-wakil kakitangan. En. Leo Cui JP, berkata: "Sydney telah menyaksikan pertumbuhan dan pembangunan AETOS sejak 12 tahun yang lalu. AETOS berkembang menjadi penyedia perkhidmatan kewangan global ternama yang memegang dua lesen kewangan yang paling diiktiraf. Kini, AETOS mempunyai 25 pejabat milik penuh di seluruh Australia, Eropah dan Asia, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dari lebih 100 negara dan bidang kuasa, dengan jumlah dagangan mencecah lebih $1 Trilion dolar AS setahun. Menurut laporan Suku Ketiga Finance Magnates, AETOS berada di kedudukan ke-21 antara broker Forex dan CFD global."

Ahli Majlis Mike Thomas, Naib Presiden Kanan AETOS Capital Group berkata dalam ucapan beliau: "Kami berasa gembira kerana dapat melihat syarikat kami menjadi salah satu broker tukaran asing global yang terkemuka dalam tempoh yang singkat. Faktor utama yang membolehkan AETOS berupaya mencapai kadar pertumbuhan yang pantas disebabkan kami sentiasa menghormati dan menerima pematuhan serta kepercayaan di samping berpegang pada prinsip-prinsip 'Keadilan, Kecekapan dan Kepintaran'."

Dalam ucapan beliau, Yang Berhormat Alex Hawke MP mengucapkan tahniah kepada AETOS Capital Group dengan berkata: "Bagi pihak Kerajaan Australia dan Perdana Menteri Scott Morrison, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AETOS Capital Group atas ulang tahun ke-12nya. AETOS Capital Group ialah contoh penting bagi kerja keras dan dedikasi oleh syarikat-syarikat Australia. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada syarikat ini di masa depan."

AETOS, selaku rakan kongsi utama Sydney FC semasa penyertaannya dalam Liga Juara-Juara AFC, melancarkan jersi baharu kelab bagi musim 2019 dalam majlis makan malam gala berkenaan. Ketua Pegawai Komersial Sydney FC Cameron Honey mengucapkan tahniah kepada AETOS atas sambutan ulang tahun ke-12 mereka: "Kami berbesar hati kerana memainkan peranan dalam kejayaan AETOS. Kami teruja kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan mereka untuk Liga Juara-Juara AFC 2019 yang bermula pada Mac ini."

Source: AETOS Capital Group
Keywords: Banking/Financial Service New products/services