omniture

Vymo Berjaya dalam Kejohanan Dunia Inovasi Zurich, Kini Digunakan untuk Zurich Indonesia

Vymo
2019-01-30 10:51 1024

BENGALURU, India dan JAKARTA, Indonesia, 30 Januari 2019/PRNewswire/ --

Pembantu Peribadi Mudah Alih Didayakan AI dijangka berikan keterlihatan dan kawalan lebih baik untuk proses jualan   

Hari ini, Vymo, sebuah syarikat AI Jualan yang diiktiraf oleh Gartner mengumumkan ia telah diterima sebagai penyelesaian pilihan produktiviti jualan untuk Zurich Topas Life, sebahagian daripada Zurich Group, penyedia perkhidmatan insurans yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam pasaran-pasaran tempatan dan global. Zurich Topas Life menjalankan perniagaan insurans hayat di Indonesia melalui strategi berbilang pengedaran dan menyediakan pelbagai produk untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai segmen pelanggan.

Vymo dipilih selepas memenangi Kejohanan Dunia Inovasi Zurich pada awal tahun ini. Kejohanan ini menumpu pada syarikat-syarikat baharu yang memiliki produk dan perkhidmatan yang mantap serta menyediakan para pemenang dengan peluang untuk mengaplikasikan penyelesaian mereka kepada Zurich di negara-negara terpilih. Pertandingan ini merupakan langkah selanjutnya dalam sasaran Zurich untuk mengubah industri insurans. Vymo menyertai pertandingan ini di Indonesia dan muncul sebagai pemenang bagi pusingan rantau APAC. Kini, ia sedang bersiap sedia untuk menyertai Kejohanan Dunia pada 29 dan 30 Januari 2019.

Vymo digunakan untuk merancang interaksi pelanggan dan mengesan KRA ejen-ejen jualan. Ia dapat mengesan secara automatik aktiviti-aktiviti jualan dan menggesa 'tindakan terbaik selanjutnya' serta melaporkan metrik kecekapan berhubung petunjuk dan aktiviti untuk kepimpinan. Vymo digunakan selama kurang daripada empat minggu dan dijangka berkembang dalam saluran Agensi, Bancassurance dan Brokeraj.

Mengapa Zurich Indonesia memilih Vymo 

Mengulas tentang penglibatan ini, Budi Darmawan, Ketua Bahagian Pengedaran PT Zurich Topas Life, berkata "Zurich menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi model perniagaannya dan Kejohanan Dunia Inovasi Zuric memberi peluang kepada para usahawan untuk memacu transformasi dalam industri insurans. Kami melihat Vymo sebagai penyelesaian untuk pasukan jualan kami dan berupaya meningkatkan tahap produktiviti kami. Kami telah memulakan dengan 50 ejen utama pada Vymo dan saya amat positif dengan penerimaan dan peningkatan dalam produktiviti jualan menggunakan teknologi ini. Pada bulan-bulan akan datang, kami berharap dapat melibatkan sehingga 700 ejen utama."

Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif Vymo, berkata, "Kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan Zurich Indonesia. Vymo menetapkan piawaian industri menerusi penerimaan oleh pengguna bijak, kemudahan penggunaan, kedalaman fungsian dan ROI keseluruhan untuk penyelesaian jualan. Perkongsian ini membuktikan bahawa pendekatan kami terus mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap rantau berkenaan."  

Latar Belakang Vymo  

Vymo ialah Pembantu Peribadi Pintar untuk Jualan. Vymo telah digunakan dalam lebih 35 perusahaan besar di seluruh Dunia dan berakar umbi begitu kukuh dalam sektor BFSI dengan lebih 75,000 pengguna dalam organisasi-organisasi seperti AXA, Aegon, Allianz, Dubai Islamic Bank, Generali, HDFC Bank, VP Bank dan Zurich. Vymo diiktiraf oleh Gartner dan CB Insights bagi Jualan Preskriptif.

Latar Belakang Zurich 

Ditubuhkan pada tahun 1872, Zurich Insurance Group (Zurich) ialah penyedia perkhidmatan insurans yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam pasaran-pasaran tempatan dan global. Dengan sekitar 53,000 kakitangan, Zurich menyediakan perkhidmatan insurans termasuk insurans am dan insurans hayat, di lebih 210 negara dan wilayah. Beribu pejabat di Zurich, Switzerland, pelanggan-pelanggan Zurich melibatkan perniagaan-perniagaan individu, kecil dan sederhana, syarikat-syarikat besar serta syarikat-syarikat multinasional.

Di Indonesia, Zurich mempunyai 2 entiti perniagaan yang merupakan sebahagian daripada Zurich Insurance Group. PT Zurich Topas Life (ZTL) untuk perniagaan insurans hayat manakala PT Zurich Insurance Indonesia (ZII) untuk perniagaan insurans am. ZII ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai sebuah syarikat insurans am untuk syarikat-syarikat, perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perbadanan-perbadanan. ZTL dan ZII digunakan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan.

Pautan berkaitan

Laman Sesawang - www.getvymo.com

Tonton Vymo beraksi - video

Kajian Kes Vymo - video

Muat turun logo - pautan.

Hubungi:
Anurag Srivastava, Naib Presiden-APAC
anurag@getvymo.com
+65-91472172

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Internet Technology Licensing/marketing agreements