omniture

Kanas lancar acara "Tahun Baharu Asli" di Kampung Hemu, pelawat boleh alami lebih 20 perayaan

Kanas Scenic Area
2019-02-04 08:00 1799

KANAS, China, 4 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Pada 3 Februari, acara Kanas "Menjemput Anda Merayakan Tahun Baharu Asli", dianjurkan oleh Xinjiang Kanas Scenic Area, secara rasminya dilancarkan di Taman Ais Hongbasi di Kampung Hemu, Xinjiang. Acara keraian ini menyediakan para pelawat dengan peluang untuk mengalami beberapa adat yang paling asli di kawasan itu yang begitu menarik dalam kesederhanaannya.

Acara "Tahun Baharu Asli"
Acara "Tahun Baharu Asli"

"Tahun Baharu Asli" tahun ini merangkumkan satu siri aktiviti menarik yang popular dalam kalangan para pelawat, termasuk, tradisi ikonik "mematahkan tulang dan menyedut sum sum".  Pada setiap malam Tahun Baharu, penduduk tempatan merebus kaki belakang bovin, melawat jiran mereka dan bersama-sama menyertai pembacaan doa untuk kehidupan yang sihat dan bahagia, yang sama perumpamaannya seperti sum sum memenuhi tulang.

Sehingga 5 Februari, pelawat berpeluang untuk mengambil bahagian dalam lebih daripada 20 aktiviti rakyat tradisional dalam perayaan Tahun Baru Qamari di dalam dan di sekitar taman geo, termasuk menyertai pesta unggun api, perayaan menangkap lentera, menonton beberapa persembahan tari popular, di samping merasai makanan tempatan sambil menikmati pelbagai persembahan rakyat. Persembahan tarian akan difilemkan dan dimuat naik ke platform video muzik Cina Tik Tok (juga dikenali sebagai Douyin di China).

Di samping menaiki gelongsor yang ditarik menggunakan kuda dan menghabiskan beberapa minit mencuba nasib mereka dengan ski bulu kuno, antara acara pengalaman tradisional lain yang tersedia kepada pengunjung, acara acara tahun ini juga menyediakan peluang kepada pelancong untuk mencuba pelbagai jenis pakaian tradisional Cina dan merakam video pendek mereka sendiri memakai pakaian ini, dengan matlamat untuk mendapatkan bantuan pelawat mempromosikan pelancongan di Kanas dengan mengubah Kanas Scenic Area menjadi destinasi "wajib dikunjungi".

"Tahun Baru Asli" tahun ini ialah penerokaan sebenar ke dalam budaya tempatan dan banyak aktiviti tradisional kawasan ini dalam merayakan Tahun Baharu Cina. Acara ini memberikan para pengunjung pengalaman yang bermakna dan tidak dapat dilupakan dengan memberi mereka peluang untuk menikmati perayaan ini dengan cara yang sama yang dirayakan oleh penduduk tempatan selama beratus-ratus jika tidak ribuan tahun. Acara ini mencerminkan dan memainkan peranan utama dalam meningkatkan pengiktirafan budaya tempatan dan meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan di Xinjiang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190129/2359597-1

Source: Kanas Scenic Area
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel