omniture

HONOR View20 bawa pengguna melalui perjalanan yang tidak terlihat dengan fotografi Ultra Jelas AI 48MP

- Pelancaran cabaran fotografi 'See The Unseen' bakal menonjolkan keupayaan kamera 48MP pertama dunia HONOR View20
- Jalin kerjasama dengan Murad Osmann dan Jack Morris bagi menggambarkan gambar-gambar fenomena yang dijayakan oleh teknologi tiada tandingan ini
- Gambar-gambar dipaparkan di HONOR Gallery, komuniti fotografi dalam talian khusus untuk pengguna telefon pintar HONOR
HONOR
2019-02-08 11:14 839

HONG KONG, 8 Februari 2019 /PRNewswire/ -- HONOR, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, hari ini melancarkan cabaran fotografi 'See The Unseen' istimewa bagi menonjolkan keupayaan kamera Ultra Jelas AI 48MP mengagumkan daripada HONOR View20, yang berupaya mengambil gambar dengan butiran yang luar biasa tepatnya. Cabaran tersebut menggalakkan pengguna untuk menggunakan teknologi revolusioner ini bagi meneroka kisah-kisah menarik, merakam pengalaman yang jelas dan menerobos sempadan daya kreativiti mereka.

Cabaran Fotografi 'See The Unseen' dipaparkan di HONOR Gallery
Cabaran Fotografi 'See The Unseen' dipaparkan di HONOR Gallery

Bagi fotografi telefon pintar, tiada yang lebih penting berbanding kualiti serta kejelasan foto dan HONOR View20 membawakan ukuran-ukuran ini ke tahap baharu. Kamera belakang HONOR View20 merupakan yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh sensor imej CMOS bertindan Sony IMX586 yang menampilkan 48 megapiksel efektif pada unit sensor 1/2-inci bagi memberikan kualiti imej yang cemerlang. Hasilnya, anda akan dapat melihat butiran yang lebih diperkaya dan warna yang lebih terang dalam tangkapan yang dioptimumkan AI yang diambil menggunakan HONOR View20. Di samping itu, cip set Kirin 980 dwi-NPU dan dwi-ISP telah menambah baik keupayaan pemprosesan imej dan kamera telefon masing-masing sebanyak 134% dan 46%. Digabungkan dengan kuasa yang sedia menakjubkan pada sensor 48MP kamera, hasilnya merupakan potensi fotografi mudah alih yang belum pernah dilihat sebelum ini.  

Cabaran fotografi 'See The Unseen' disokong oleh penulis blog kembara Instagram terkenal Jack Morris, wajah blok kembara Do You Travel yang menarik lebih 2 juta pengikut; dan Murad Osmann, salah seorang daripada pasangan kembara Instagram Murad dan Nataly, daripada fenomena web #FollowMeTo.

Gambar diambil oleh Murad Osmann melalui HONOR View20 di Kuil Pura Lempuyang, Bali
Gambar diambil oleh Murad Osmann melalui HONOR View20 di Kuil Pura Lempuyang, Bali

Kedua-dua Jack dan Murad akan menjadi mentor-mentor kempen dan hakim-hakim semasa kempen cabaran-foto selama dua bulan yang membabitkan tiga tema utama: 'Unseen Love' ('Cinta yang Tak Terlihat'); 'Unseen Heroes' ('Wira Tak Terlihat'); dan 'Unseen World' ('Dunia Tak Terlihat'), bagi menggalakkan pengguna-pengguna HONOR untuk meneroka banyaknya kisah dan pengembaraan yang mengelilingi mereka di mana-mana mereka berada di dunia ini.

Setiap minggu semasa kempen berkenaan, mentor-mentor Jack dan Murad akan memilih gambar yang paling menarik daripada gambar-gambar yang dihantar, yang akan dipaparkan di HONOR Gallery, komuniti fotografi dalam talian khusus untuk pengguna-pengguna telefon pintar HONOR serta saluran sosial HONOR berserta kisah latar belakang bagi mengiringi tangkapan gambar tersebut. Penyertaan pertandingan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk telefon pintar HONOR View20 terkini.

Pada tahun 2018, prestasi perniagaan kukuh HONOR menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 170% dalam pasaran-pasaran luar negara. Untuk terus mendorong pertumbuhan perniagaan, HONOR mengumumkan secara rasminya penaiktarafan jenamanya di upacara Pelancaran Global HONOR View 20 di Paris yang memperkenalkan logo baharu dengan warna-warna bertenaga, slogan baharu iaitu "HONOR MY WORLD" dan perkongsian serba baharu bersama jenama-jenama yang digemari oleh belia global. Cabaran fotografi 'See The Unseen' dan HONOR Gallery turut diwujudkan sebagai sebahagian daripada penaiktarafan jenama HONOR demi memenuhi keperluan belia global yang semakin berkembang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HONOR dan bagi menyertai gerakan fotografi 'See The Unseen', peserta-peserta boleh menghantar gambar-gambar mereka menggunakan tagar #SeeTheUnseen dan #HONORMade pada Instagram, atau memuat naik penghantaran ke HONOR Gallery di https://www.hihonor.com/global/events/honorview20-photo-contest/

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/c/honorofficial/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190207/2364468-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190207/2364468-1-b

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services