KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Sejak kebelakangan ini, aktiviti pelancongan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun 2016, dianggarkan sebanyak 11.9 juta perjalanan antarabangsa telah dilakukan oleh rakyat Malaysia dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 14.2 juta pada tahun 2021.
Jatuh sakit ketika melancong merupakan sesuatu perkara yang tidak diingini terutamanya apabila berkunjung ke luar negara. Kebimbangan utama yang sering dihadapi ketika berada di luar negara adalah masalah komunikasi di antara doktor dengan pesakit serta kos yang bakal dikenakan untuk sesi konsultasi. Komunikasi yang baik merupakan kunci yang sangat penting sewaktu sesi konsultasi di antara seseorang doktor dengan pesakit. Penjelasan yang terperinci berkenaan masalah yang dihadapi akan membantu doktor memberikan diagnosis dan preskripsi perubatan yang baik.
Berita baik! Tune Protect, syarikat penyedia insurans am telah menjalinkan kerjasama dengan DoctorOnCall.com.my, penyedia perkhidmatan doktor dalam talian yang pertama di Malaysia. Dengan kerjasama ini, setiap pemegang polisi AirAsia Tune Protect Travel Protection akan mempunyai akses untuk berhubung dengan doktor yang bertauliah di mana sahaja mereka berada, sama ada di dalam negeri ataupun luar negara secara percuma.
DoctorOnCall merupakan sebuah platform atas talian yang menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan bersama doktor-doktor yang berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. Melalui perkhidmatan yang disediakan, pesakit hanya memerlukan peranti yang mempunyai akses internet untuk berhubung terus dengan seorang doktor secara atas talian. Lebih daripada 70 orang doktor yang terdiri daripada pelbagai kepakaran bersedia untuk memberikan konsultasi berkenaan penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit seperti kudis buta, penyakit jangka panjang seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol dan lain-lain.
Melalui kerjasama ini, pemegang polisi AirAsia Tune Protect Travel Protection yang berlepas daripada Malaysia akan menikmati konsultasi perubatan dengan seorang doktor daripada Malaysia di mana-mana sahaja secara percuma! Pemegang polisi domestik pula akan menikmati penghantaran ubat terus ke pintu sekiranya doktor mengeluarkan preskripsi ubat. Hal ini sangat membantu sekiranya ubat-ubatan penting yang memerlukan preskripsi diperlukan seperti ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan migrain diperlukan ketika sedang mengembara.
"Dengan kerjasama yang telah dimeterai bersama Tune Protect, kini para pelancong boleh berhubung terus dengan doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan memegang sijil Annual Practising Certificate (APC) yang sah di mana-mana sahaja, bila-bila masa." Maran Virumandi, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama DoctorOnCall.
Pelancong boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan perjalanan dengan memilih pelan tahunan bermula daripada serendah 50 sen sehari atau pelan terbang bersama AirAsia serendah 80 sen sehari. Untuk maklumat lanjut berkenaan kerjasama AirAsia Tune Protect Travel Protection bersama DoctorOnCall, sila layari terus https://www.tuneprotect.com/airasia/en/doctoroncall/.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan DoctorOnCall, lawati laman web mereka pada www.DoctorOnCall.com.my ataupun hubungi terus 03-84082000.