omniture

Alphawave IP Dilancar di Kanada Revolusikan Sambungan Berbilang Standard untuk Dunia Digital

Alphawave IP
2019-02-19 16:00 880

TORONTO, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai petanda era baharu dalam dunia sambungan berbilang standard untuk dunia digital, Alphawave IP Incorporated ("Alphawave") dengan sukacitanya mengumumkan penyediaan penyelesaian IP Silikon Serializer-Deserializer berbilang standard ("MSS") 1-112Gbps AlphaCORE™ kepada pelanggan pertamanya dalam segmen-segmen pusat data dan pasaran perangkaian. AlphaCORE™ memanfaatkan proses fabrikasi 7nm yang paling canggih di dunia dan mewakili SerDes 112 Gbps utama dunia dari segi kuasa, kawasan dan prestasi – Kesemuanya tatkala ia menyediakan sokongan berbilang standard yang sebenar untuk pelbagai piawaian pusat data bermula daripada 1Gbps hingga 112Gbps.  

ALPHAWAVE IP LAUNCHED IN CANADA TO REVOLUTIONIZE MULTI-STANDARD CONNECTIVITY FOR THE DIGITAL WORLD
ALPHAWAVE IP LAUNCHED IN CANADA TO REVOLUTIONIZE MULTI-STANDARD CONNECTIVITY FOR THE DIGITAL WORLD

Alphawave telahpun bekerjasama dengan pelbagai pelanggan tahap satu sejak pertengahan tahun 2017 dan berasa sukacita kerana dapat menunjukkan Silikon 7nm yang berfungsi kepada pelanggan ini dalam tempoh kurang daripada 18 bulan. "Saya telah mengusahakan penyelesaian ini selama hampir 20 tahun dan kita semua tahu bahawa apa yang penting dalam teknologi-teknologi yang amat canggih ini adalah keputusan Silikon – Itu Sahaja!" kata Tony Pialis, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alphawave. "Syarikat-syarikat tahap satu dalam segmen-segmen pusat data dan perangkaian bertaruh produk-produk bernilai berbilion-bilion dolar pada IP kami dan mereka ingin melihat kami mempunyai penyelesaian yang menarik, fleksibel dan tangkas yang berfungsi dengan Silikon sebenar. Pasukan tersebut benar-benar dapat menjayakan usaha ini dan kami berasa gembira kerana mendapat kedudukan yang sangat baik dalam pasaran berbanding pengusaha-pengusaha industri awam berpangkalan di AS besar yang lain seperti Broadcom, Cadence, RAMBUS dan Synopsys."

IP MSS AlphaCORE™ ialah SerDes 1-112Gbps paling cekap tenaga dan dengan kawasan paling kecil di dunia dalam mana-mana teknologi proses. Berdasarkan seni bina DSP, IP MSS AlphaCORE™ menyokong hampir semua piawaian yang digunakan dalam Pusat Data – Eternet, PCI-Express, CPRI dan puluhan yang lain. Ia memberikan prestasi termaju, di samping bersaiz 45% lebih kecil dan menggunakan kuasa 25% lebih rendah berbanding pesaing-pesaing yang paling canggih. Metrik kuasa dan kawasan ini penting khususnya untuk pelanggan generasi seterusnya dalam Pembelajaran Mesin/AI, pengkomputeran berprestasi tinggi, pensuisan 25Tbps dan pusat data canggih yang lain, stesen pangkalan dan aplikasi perangkaian, yang mana kuasa dan kawasan merupakan metrik-metrik utama, namun demikian prestasi, kualiti dan keandalan tidak boleh dikompromi.

AlphaCORE™ ialah anggota pertama dalam portfolio IP MSS yang menyasarkan pusat data dan perangkaian Alphawave yang didemonstrasikan dalam 7nm. Syarikat turut membangunkan beberapa IP MSS lain untuk pasaran-pasaran pusat data dan perangkaian yang dibangunkan dalam teknologi 7nm. Produk-produk ini termasuk IP MSS XSR DieCORE™ dan IP MSS VSR ChipCORE. DieCORE™ menyasarkan pakej sistem masuk capaian-ultra-pendek (XSR/USR) dan pautan cip-ke-cip pada papan litar dan menyokong kurang 1mW/Gbps pada 112 Gbps.  Kini, dengan adanya Alphawave dalam 7nm, seluruh portfolio IP MSS Alphawave kini turut disasarkan untuk proses-proses lanjutan melangkaui 7nm. 

Maklumat lanjut tentang Portfolio Alphawave
Alphawave ialah syarikat IP Silikon pertama dunia yang menumpu secara eksklusif kepada penyelesaian IP silikon sambungan berbilang standard untuk semua peranti di dunia. Penyelesaian SerDes berbilang standard (MSS) yang kini telahpun dilancarkan pada tahun 2019 dibangunkan serentak dengan portfolio Radio berbilang standard (MSR) bertumpu Internet-Komunikasi-Benda (IOT) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi pada tahun 2019. Kedua-dua portfolio MSS dan MSR memanfaatkan seni bina berasaskan DSP inovatif sama yang dibangunkan oleh Alphawave pada tahun 2017. Dengan menyediakan portfolio lengkap IP Silikon MSS dan MSR untuk pasaran, Alphawave benar-benar menunjukkan bahawa ia merupakan peneraju teknologi dunia bagi penyelesaian IP sambungan berbilang standard.

Latar Belakang Pasukan, Pembiayaan dan Jejak Global Alphawave
Pasukan eksekutif Alphawave bekerjasama selama hampir dua dekad merentas beberapa buah syarikat yang berbeza – Namun sentiasa menumpu pada penyelesaian IP Silikon sambungan berkualiti tinggi. Dengan memanfaatkan pengalaman ini dan menerusi kehebatan kejayaan-kejayaan lalu, pasukan ini membangunkan Alphawave sehingga mencapai keuntungan dengan usaha mereka sendiri dan tanpa memerlukan modal luar. Sebagai salah sebuah syarikat yang paling pantas berkembang dan paling menguntungkan dalam industri semikonduktor, Alphawave kini meluaskan pasukan ini dari segi saiz dan skala, begitu juga dari segi jejak globalnya. Ibu pejabat Alphawave terletak di Toronto, Ontario, Kanada, namun baru-baru ini diperluas ke China, United Kingdom dan Eropah. Jejak global ini membolehkan Alphawave menggunakan dan menyokong teknologinya di mana-mana lokasi dan pasaran akhir.

Latar Belakang Alphawave IP Inc.
Alphawave ialah peneraju dunia bagi penyelesaian IP sambungan berbilang standard untuk semua peranti di dunia. Ditubuhkan di Toronto, Ontario, Kanada pada tahun 2017, Alphawave ialah salah sebuah syarikat yang paling pantas berkembang dan paling menguntungkan dalam industri semikonduktor. Ketahui lebih lanjut di http://www.awaveip.com

Untuk maklumat lanjut: Alex Mann, Alphawave, alex.mann@awaveip.com, 416-477-2113 x125

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/820307/Alphawave_IP_Alphawave_IP_Launched_in_Canada_to_Revolutionize_Mu.jpg

Source: Alphawave IP
Keywords: Computer Software Computer/Electronics