omniture

RevitaLash® Cosmetics Pilih Lori Jacobus sebagai Presiden Syarikat

RevitaLash Cosmetics
2019-02-19 21:00 801

Veteran Industri Pimpin Fasa Pertumbuhan Jenama Seterusnya

VENTURA, California, 19 Februari 2019 /PRNewswire/ -- RevitaLash® Cosmetics, jenama bulu mata dan alis mata yang dibangunkan oleh Pakar Perubatan yang terkemuka, mengumumkan pelantikan Lori Jacobus, sebagai Presiden syarikat. Jacobus – yang membawa lebih 30 tahun pengalaman ke dalam jawatan – telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di RevitaLash Cosmetics sejak tahun 2017, meneraju pelaksanaan reka bentuk semula jenama melalui wawasan terhadap kategori peningkatan bulu mata dan alis mata baru muncul, di samping meningkatkan pertumbuhan jualan kasar dan pendapatan bersih serta mengukuhkan RevitaLash Cosmetics sebagai jenama kecantikan bulu mata dan alis mata mewah dibangunkan oleh Pakar Perubatan yang terkemuka dalam pasaran.

"Pasukan kami teruja untuk mengumumkan pelantikan Lori sebagai Presiden," kata Michael Brinkenhoff, M.D., pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RevitaLash Cosmetics. "Kepintaran perniagaan beliau, pengalaman luas dan rekod prestasi terbukti dalam industri menjadikan beliau aset yang tidak ternilai. Pengetahuan beliau dalam jualan dan pemasaran, digandingkan dengan pengalaman dalam kategori khusus yang strategik menjadikan Lori sebagai calon sempurna untuk membentuk dan merealisasikan wawasan moden untuk jenama kami."

"Saya berasa bersyukur dan berasa rendah hati atas peluang ini dan turut berasa teruja untuk terus bekerjasama dengan pasukan di RevitaLash Cosmetics," kata Jacobus. "Jenama ini menjadi peneraju dalam kategori bulu mata dan alis mata, mengekalkan rentetan pencapaian yang mengagumkan melalui produk-produk inovatif dan hubungan amal yang lama. Saya berharap dapat terus membentuk pengalaman omnisaluran Global untuk para pelanggan kami dan masa depan jenama ini."

Sebelum menyertai RevitaLash, dengan permulaan yang mantap dalam bidang pengiklanan, Jacobus mengasas IceBox, sebuah agensi pengiklanan dan pemasaran khidmat penuh.  Beliau memimpin pasukan beliau dalam mempersiapkan jenama penjagaan kulit StriVectin untuk pemerolehan dengan jayanya, dan pada masa yang sama melancarkan jenama-jenama kecantikan Yes To Carrots dan InCoco. Jacobus menumpukan pengalaman pembinaan jenama beliau kepada pihak Pelanggan apabila beliau menyertai Murad Skincare sebagai Ketua Pegawai Pemasaran yang mana beliau sekali lagi membantu mempersiapkan syarikat untuk pemerolehan kepada bahagian berprestij Unilever.

Latar Belakang RevitaLash Cosmetics
RevitaLash Cosmetics ialah peneraju dunia dalam membangunkan produk-produk kecantikan bulu mata, alis mata dan rambut termaju. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksinya merangkumi Perapi Bulu Mata Termaju RevitaLash® dan Perapi Bulu Kening Termaju RevitaBrow® yang memenangi anugerah, dan boleh didapati melalui lebih 10,000 pejabat pakar perubatan, spa, salun dan penjual barangan khusus di lebih 50 negara. Selaku penyokong inisiatif kanser payudara bukan untung, RevitaLash Cosmetics menderma sebahagian daripada hasil jualan kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan, bagi menyumbang kembali kepada komuniti kanser payudara sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat, layari www.revitalash.com. [RevitaLash Advanced tidak terdapat di California.]

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/653485/RevitaLash_Cosmetics_Logo.jpg

 

Source: RevitaLash Cosmetics
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Personnel announcements Women-related news