omniture

Bintang-bintang Gastronomi Hadir sempena Parti Sambutan The World Restaurant Awards x Zacapa Rum di Paris

Acara eksklusif berlangsung menjelang edisi sulung The World Restaurant Awards yang diadakan di Palais Brongniart pada malam Isnin
Zacapa Rum
2019-02-19 22:59 1069

PARIS, Februari 19, 2019 /PRNewswire/ -- Amanda Cohen, Mauro Colagreco, Kylie Kwong dan Virgilio Martinez merupakan antara bintang-bintang gastronomi yang hadir pada malam tadi dalam upacara pembukaan rasmi rum Ron Zacapa sempena The World Restaurant Awards 2019.

Virgilio Martinez
Virgilio Martinez

 

Penyertaan baharu dalam dunia anugerah untuk kecemerlangan kulinari, The World Restaurant Awards meraikan kecemerlangan, integriti, kepelbagaian dan kekayaan budaya dalam dunia restoran, dan bukannya sekadar mengganjari puncak pencapaian. Anugerah-anugerah tersebut diwujudkan oleh IMG, dengan kerjasama wartawan restoran Joe Warwick yang berganding bahu bersama penulis gastronomi dan penyiar Andrea Petrini.

Panel penilaian, dengan pembahagian mengikut gender 50/50, terdiri daripada beberapa bintang utama dalam dunia kulinari termasuk beberapa cef yang paling terkenal dan semakin meningkat naik, penulis-penulis makanan dan ahli-ahli profesional. Cef-cef dalam panel penilaian tersebut termasuk tokoh-tokoh seperti Elena Arzak, Alex Atala, Massimo Bottura, David Chang, Hélène Darroze, Daniel Humm, Dan Barber, René Redzepi, Ana Roš, Yotam Ottolenghi dan Clare Smyth.

Tetamu-tetamu di acara sambutan rum Zacapa di Malro, Paris menikmati koktel Zacapa Old Fashioned yang hebat dan hidangan bersaiz kecil yang disajikan oleh ketua cef Malro, Denny Imbroisi.

Pakar pengadun Zacapa, Lorena Vasquez berkata: "Kami berasa amat gembira kerana berpeluang mengalu-alukan yang terbaik dalam industri di sini pada malam ini menjelang edisi pertama anugerah.

"Saya dapat melihat persamaan yang jelas antara apa yang kami lakukan apabila menghasilkan rum Zacapa di Guatemala serta apa yang dilakukan oleh cef-cef terbaik dalam restoran-restoran paling hebat di seluruh dunia, dan atas sebab inilah perkongsian Zacapa dengan The World Restaurant Awards ialah satu padanan yang tepat. Ia melibatkan masa, kesabaran dan kemahiran untuk menonjolkan keberanekaan perisa. Hakikatnya, sama ada makanan atau rum, kita semua fokus untuk menyerlahkan kedalaman dan lapisan kehebatan perisa.

"Bahagian penting dalam pengalaman menjamu selera ialah aperitif atau digestif yang hebat – makanan yang sungguh lazat disajikan dengan iringan luar biasa, maka kami berasa gembira kerana Zacapa merupakan minuman beralkohol pilihan untuk The World Restaurant Awards.

"Saya berharap agar tetamu-tetamu kami pada malam ini dapat menikmati sedikit rasa Guatemala, berkongsi Zacapa dengan teman-teman baik. Saya mendoakan kejayaan hebat buat mereka semua untuk anugerah tersebut, semestinya, bahkan juga dalam segala-gala yang mereka lakukan apabila mereka pulang."

Cecile Rebbot, Pengarah The World Restaurant Awards, IMG, berkata: "Hebat rasanya dapat menghimpunkan semua orang pada malam ini bagi menikmati koktel, kesemua individu restoran yang berbakat dari seluruh dunia ini, menjelang upacara penganugerahan pada esok hari. Kami tidak dapat menjayakan acara ini tanpa rakan-rakan kongsi yang hebat dan kami berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan jenama berkualiti seperti Zacapa sebagai minuman beralkohol pilihan kami untuk The World Restaurant Awards"

Pemenang-pemenang dalam 18 kategori The World Restaurant Awards bakal diumumkan dalam upacara gala pada malam Isnin.

Nikmati Zacapa Dengan Bertanggungjawab

DRINKiQ.com

Mauro Colagreco
Mauro Colagreco

 

Kylie Kwong
Kylie Kwong

 

Amanda Cohen
Amanda Cohen

 

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/823064/Virgilio_Martinez.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/823063/Mauro_Colagreco.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/822980/Kylie_Kwong.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/822979/Amanda_Cohen.jpg

  

Source: Zacapa Rum
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail Awards New products/services